Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Khalid Ibrahim lafaz 10 akujanji sebagai MB Selangor


KLANG, 14 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah.
Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 akujanji jawatan Menteri Besar untuk dilaksana sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Akujanji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.
Menteri Besar juga berjanji memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan Persekutuan dan negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.
Istiadat angkat sumpah itu disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berlangsung di Balairong Seri Istana itu pada jam 10 pagi.
Turut hadir isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU-12 2008.
Beliau adalah orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Semua 13 MB Selangor sebelum ini ialah daripada UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU-13, gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR) memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.
Seterusnya >>>

Majoriti wakil PKR mahu Khalid sebagai MB Selangor


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Majoriti ahli parlimen dan ketua cabang PKR di negeri Selangor mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB), kata sumber, ketika bantahan oleh sekumpulan dalam parti yang diketuai timbalan presiden Azmin Ali.
The Malaysian Insider difahamkan sokongan tersebut dibuat dalam “pertemuan” tertutup yang diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya pada hari Isnin lalu di mana ia dihadiri 14 ahli dewan undangan negeri, 16 ketua cabang dan beberapa Ahli Parlimen (MP), malah mereka yang hadir ini merasakan Abdul Khalid layak memimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk penggal kedua.
“Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Azmin juga, tetapi beliau tidak hadir. Kebanyakan mereka yang hadir mahu TSKI sebagai MB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Abdul Khalid (gambar) dengan singkatan TSKI.
Beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan MP Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan pertemuan di Empire Hotel pernah berlaku.
“Ya,” katanya melalui pesanan ringkas ketika ditanya sama ada mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang jawatan seseorang MB.
Azmin mendakwa PKR semalam tidak menjalankan proses perundingan yang diperlukan dalam memilih calon untuk jawatan itu apabila surat yang kononnya menyokong Abdul Khalid untuk jawatan itu didakwa telah dihantar ke istana Selangor.
Beliau juga muncul untuk mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid pada sidang akhbar semalam dan mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama PKR untuk menggesa satu keputusan secara rundingan di dalam memilih MB Selangor yang baru.
Ketua cabang Pelabuhan Klang PKR, Yeoh Boon Lye memberitahu The Malaysian Insider bahawa kebanyakan pemimpin Selangor merasakan Abdul Khalid faktor penyumbang kepada sokongan PR meningkat di negeri tersebut.
PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melebihi lapan kerusi daripada pilihan raya umum lepas. PKR, bagaimanapun, hanya menang 14 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi.
Walaupun DAP dan PAS mendapat lebih kerusi, kedua-dua rakan komponennya tersebut menegaskan mereka mahu Abdul Khalid memimpin negeri untuk penggal kedua, satu langkah yang dilihat menunjukkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau, pandangan tersebut juga dinyatakan oleh Yeoh.
“Kami mendapat kejayaan dari Tan Sri Khalid. Bagaimana kami mahu tukar (beliau) apabila beliau membawa kami kearah kemenangan? Kami menang kerana dia,” katanya.
Pertikaian jawatan MB menjadi perkara yang dibangkitkan selepas Azmin yang dikatakan juga bersaing untuk jawatan tersebut berkemungkinan akan meninggalkan PKR ekoran sokongan parti tersebut ke atas pentadbiran Abdul Khalid.
Namun, Azmin menolak spekulasi tersebut dalam satu sidang akhbar hari ini dimana beliau diapit oleh beberapa barisan parti di Selangor, ia juga petanda bantahan terhadap kemungkinan pelantikan semula Abdul Khalid sebagai ketua eksekutif negeri.
Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa tersebut berulang-kali cuba mengelak apabila dihujani dengan soalan-soalan tentang pencalonan dirinya untuk mengisi jawatan tersebut, timbalan presiden PKR tersebut telah membuat beberapa sindiran sinis terhadap isu perlantikkan Abdul Khalid.
Beliau berulang-ulang sepanjang sidang akhbar itu berkata pentadbiran Abdul Khalid dipenuhi dengan aduan “pita merah” dan pada masa sama mendakwa kerajaan negeri tidak pernah responsif kepada isu-isu yang dihadapi oleh pengundi.
“Dalam jangka kedua, mesti ada reformasi pentadbiran (Selangor). Kami mempunyai simpanan sebanyak RM2.6 bilion tetapi ini bermakna apa-apa jika tiada manfaat yang dirasai oleh rakyat.
“Rakyat mahu sebuah kerajaan yang responsif... terdapat aduan sampah tidak diambil, masalah pembentungan, jalan tidak dibaiki,” katanya, sambil menambah bahawa aduan telah dibawa ke kepimpinan pusat PKR beberapa kali sebelum ini.
Azmin menafikan kritikan tersebut adalah berkaitan dengan isu pertikaian jawatan MB dan bantahan tersebut dibuat oleh pengundi Selangor dan ADUN di negeri tersebut.
Seterusnya >>>

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Seterusnya >>>

PM Najib Seperti “Sesumpah Politik” - Khalid Ibrahim

MB pc PKR hq 01

SHAH ALAM 26 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat dalam siri kempen pilihan rayanya, tidak ubah seperti ‘sesumpah politik’.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas sikap bermuka-muka itu yang beliau sifatkan kerana Najib tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membantu rakyat.
Abdul Khalid berkata, Najib menggunakan kenyataan-kenyataan yang berbaur populis, tanpa mempunyai idea bagaimana untuk menangani isu-isu yang membelit rakyat.
Ini dapat dilihat dari kegagalan Najib untuk membentangkan pelan membela nasib tujuh juta pekerja di negara ini.
“Contohnya dalam isu dasar kekurangan tenaga  pekerja, beliau hanya mengambil penyelesaian mudah dengan mengambil tenaga pekerja asing sedangkan apa yang perlu adalah dasar untuk meningkatkan produktiviti pekerja,” katanya.
Antara yang dibidas Abdul Khalid adalah janji gaji minima RM900 yang dicanang BN sebelum ini. Malangnya sehingga kini hasrat itu tidak terlaksana.
“Tambahan pula Presiden MCA Chua Soi Lek membantah cadangan tersebut kononnya akan memberi kesan kepada para majikan. Nampaknya BN tidak serius dan tidak faham tentang dasar gaji minima ini.
“Sebaliknya Pakatan Rakyat menjawab kegagalan itu di dalam manifesto untuk menawan Putrajaya menerusi dasar jelas yang di mana kita menjanjikan tabung RM2 bilion untuk melaksanakan dasar gaji minima RM1,100,”katanya.
Di Selangor, Pakatan Rakyat menyediakan bantuan untuk anak-anak syarikat kerajaan negeri melaksanakan dasar gaji minima RM1,500 sebulan untuk mengeluarkan pekerja daripada kemiskinan.
Seterusnya >>>

Najib takut kalah di Selangor ‘macam ada badan tak ada tangan’

IMG_8399

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Razak lebih takutkan kalah di Selangor sekalipun Umno BN masih berpeluang mengekalkan Putrajaya, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Najib sangat takut. Kalau BN menang di Putrajaya tapi tak menang di Selangor – ‘macam ada badan tapi tak ada tangan’,” kata calon DUN Pelabuhan Klang itu.
Ucapan Khalid itu disambut ketawa kira-kira 10,000 hadirin di padang AU2, Keramat Gombak di sini, malam tadi sempena pengumuman calon KEADILAN bagi Parlimen dan DUN Selangor.
Najib juga adalah Pengerusi BN Selangor.
Beliau berterima kasih kepada rakyat yang memilih KEADILAN pada PRU 12 dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri paling kaya di Asia Tenggara itu.
Katanya, pegawai kerajaan negeri kini selesa bekerja dan melaksanakan dasar pro-reformasi selepas melihat sendiri manfaat yang diperoleh rakyat.
“Dulu orang tak berani sokong KEADILAN dan Pakatan. Jadi, saya kerja tujuh hari seminggu selama lima tahun. Saya kena kerja dengan amanah,” katanya.
Khalid bertanding kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang manakala kerusi N11 DUN Ijok yang disandangnya diwakili Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.
Seterusnya >>>

Tolak Agenda Pembodohan Rakyat

MB Pencerdasan Rakyat 01

SHAH ALAM, 10 MAC : Rakyat negara ini perlu dibangunkan sehingga mampu memiliki kecerdasan akal yang tinggi dan mempunyai daya fikir yang tajam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kualiti ini penting untuk menghasilkan masyarakat yang mampu menyumbang idea dan formula bagi menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.
“Kita menolak pembodohan rakyat dengan mengangkat pembijakan atau pencerdasan rakyat,” kata Abdul Khalid.
Ujarnya, sesetengah elit pemerintah tidak begitu senang dengan meningkatnya kesedaran dan kercerdasan masyarakat yang dilihatnya suatu ancaman kepada kekuasaan mereka.
“Lantas berjalanlah projek pembodohan ini di tengah-tengah umat bermula dengan ‘pasungan’ pemikiran di sekolah dan universiti serta berterusan sehingga ke pejabat dan ruang awam.
“Dengan ‘kebodohan’ ini maka saat-saat keruntuhan satu-satu tamadun sudah menjadi suatu yang tidak boleh dielakkan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi yang diadakan di Dewan Kompleks Belia Dan Kebudayaan Seksyen 7 di sini.
Abdul Khalid berkata, usaha mewujudkan Akademi Pendidikan Dan Demokrasi itu perlu dipuji kerana ia bertujuan untuk membangun masyarakat dari segi kesedaran dan pemikiran masih belum dibuat secara bersungguh-sungguh dan holistik.
“Banyak pihak telah menubuhkan ‘think tank’ yang bermotifkan politik di mana ia hanya untuk memenuhi kepentingan politik sempit dan hanya untuk mempertahan kuasa mereka.
“Maka kehadiran akademi ini amatlah penting terutama ketika kita menghadapi cabaran yang semakin meningkat dari dalam dan luar.
“Ia juga diharap dapat membantu meluruskan kembali penyimpangan ketara yang terjadi dalam amalan demokrasi kita,” kata Abdul Khalid.
Akedemi itu diwujudkan dengan matlamat menggerakkan agenda pendidikan kewarganegaraan dan pemasyarakatan nilai demokrasi yang berteraskan ajaran Islam bersumberkan tamadun Melayu dan budaya pelbagai kaum di negara ini.
Ia berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendidikan dan latihan dalam bidang untuk memberi kefahaman erti demokrasi, mekanisme pilihan raya dan membincangkan isu politik, siasah shariyyah dan kewarganegaraan.
Turut hadir dalam majlis itu, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Dr Siddiq Fadhil dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan.
Kira-kira 2,000 orang hadir dalam program itu yang bertemakan ‘Memimpin Kesedaran Rakyat Memartabat Karomah Insaniah’.
Seterusnya >>>

Pejabat Menteri Besar Selangor gesa The Star tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menggesa akhbar harian berbahasa Inggeris The Star menarik balik penyiaran artikel mereka kerana menggunakan tajuk yang berniat jahat berhubung kenyataan Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kenyataan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini yang mengatakan insiden di Lahad Datu adalah konspirasi Umno.
“Saya merujuk kepada laporan berita di akhbar The Star yang bertajuk ‘Selangor MB slams Tian Chua’ yang disiarkan di muka surat 12, hari ini.
“Tajuk mengenai komen Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap YB Tian Chua itu dibuat dengan tidak bertanggungjawab, tidak tepat dan berniat jahat,” kata Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Faekah, tajuk yang digunakan The Star itu nyata bercanggah dengan laporan berita tersebut yang jelas tiada sebarang unsur membidas Chua.
“Tajuk ini bercanggah sama sekali dengan laporan berita itu sendiri ... tiada dalam laporan berita itu yang menyebut unsur-unsur membidas Tian Chua,” tegas Faekah.
Beliau turut menegaskan, The Star akan mengambil tindakan serta merta untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf berhubung penyiaran artikel tersebut.
“Jika The Star gagal berbuat demikian, kita berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.”
Akhbar berkenaan hari ini memetik kenyataan Khalid sebagai berkata, “... beliau menghormati dan yakin dengan usaha pihak polis dan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Khalid berkata beliau tidak fikir mana-mana pemimpin PKR akan membuat kenyataan sedemikian.”
 Chua sejak awal minggu lalu telah dikecam kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa insiden di Lahad Datu, Sabah adalah konspirasi Umno.
Beliau bagaimanapun telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut, sebaliknya menegaskan kenyataan itu dikeluarkannya sebelum insiden tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu.
Beberapa individu dan kumpulan turut mengadakan demonstrasi di kawasan Tugu Negara membantah kenyataan ahli Parlimen Batu itu.
Saudara kepada anggota polis yang terbunuh dalam ketegangan di Sabah turut membuat laporan polis terhaap Chua
Seterusnya >>>

Presiden Jati Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKsYcgD6miM_Vn6xX2EDsBzvHncbgByDtORXT1RF1plvbvbeKEosQqiK0u_5ktrinUq1BI8C_JGs6FGX2PB_6XhDTEvJAFZuQFCM6mOzdCgpuOGQqODdoYmT7Ofl5xQh4r6ffJLN7Njng/s640/hassan-ali999.jpg

SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.
Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.
Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.
“Saya fikir dia tidak belajar ‘accounting’ (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam,” katanya lagi.
Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.
Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.
Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.
Seterusnya >>>

Selangor akan bubar DUN selepas Tahun Baru Cina


SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.
“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.
Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari dari tarikh tersebut. Pemerhati menjangkakan Najib akan mengadakan pilihan raya pada penghujung Mac selepas memberi kesemua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program pemimpin Barisan Nasional percaya akan meningkatkan peluang dalam pilihan raya akan datang.

Menteri besar Selangor sebelum itu berkata pembubaran tersebut bergantung kepada bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya, sama ada secara berasingan atau serentak dengan parlimen.
Abdul Khalid menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.
Kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan satu kajian peningkatan pengundi dalam daftar pemilih meningkat, pada 563,471, 600,406 dan 625,510 setiap suku tahun lalu.
Khalid berkata kerajaan negeri tidak boleh mengesan 28 peratus dari 497,084 pengundi yang didaftarkan pada suku terakhir tahun lalu.
Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Beritahu dia, dia hanya boleh menasihati Sultan untuk bubarkan DUN, tapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya terletak kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
"Kebanyakan negeri dia punya last day .. About March, April atau Mei.."
Beliau juga berkata keputusan pembubaran DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Terpulang kepada tuanku, kalau tuanku setuju," katanya lagi.

Seterusnya >>>

'BN, Umno, hentikan pembohongan'


Tahun 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri telah memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional.

Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan yang diberi oleh Pakatan Rakyat khususnya kerajaan negeri Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk mengamalkan tadbirurus beramanah.

Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah Barisan Nasional dahulu tetapi di mana-mana negeri bawah naungan Barisan Nasional sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan.

Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan untuk program kebajikan, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat jauh mendahului negeri-negeri bawah Barisan Nasional mahupun kerajaan persekutuan sendiri.

Kedudukan Kewangan


Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor pada tahun 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta.

Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion.

Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?

Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan.

Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa.

Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah. Justeru itu, hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata kepada semua rakyat Selangor, tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)  


Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar asas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menegaskan bahawa segala hasil negeri harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa “untung” yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.

Rekod yang disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada tahun 2008.

Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011).

Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah RM 165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanja demi kebajikan rakyat melalui program MES dalam empat tahun ini adalah RM 766 juta.

Sebanyak empat program telah berjalan secara berterusan sejak 2008 - 20 meter padu air percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak.

Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan. Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional, yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan secara buta dengan tujuan membeli undi.

Sebaliknya, asas MES adalah pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi secara berdikari.

Jumlah rakyat yang menerima bantuan MES juga telah meningkat secara konsisten sejak 2008 - 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang (2012, sehingga September).

Bukti terperinci komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap kebajikan rakyat boleh dilihat dalam lamanweb rasmi.

Fokus kepada rakyat, bukan mainan politik


Maka, dengan bukti yang dikemukan di atas, jelas ternampak bahawa komen-komen Timbalan Perdana Menteri adalah komen pemimpin Umno yang kian terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka kepada rakyat.

Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif air di antara tertinggi di Malaysia?

Sekarang di peringkat persekutuan, bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan industri air kepada kerajaan negeri sepertimana yang diniatkan dalam Akta WSIA 2006 – satu proses yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat tohmahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian, memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan raya. Lebih teruk lagi hutang Negara pula melebihi RM 500 billion.

Sebaliknya Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang demi kebaikan rakyat.

Ini mencerminkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang enggan menggadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang pilihanraya melalui kaedah-kaedah yang tidak halal.

Saya seru berhenti membuat fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan bertanding dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada sebab Tan Sri Muhyidin harus mencuba.
Seterusnya >>>

Penganalisa Ekonomi Berat Sebelah, Buta Kepada Kelemahan Umno-BN


SHAH ALAM : Analisa dari segelintir “pakar ekonomi” yang ekonomi negara akan merudum sekiranya Kerajaan Umno-BN tumbang dalam pilihanraya akan datang tidak mengambil kira kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat.
Persepsi mereka tidak mengambil kira rasuah, ketirisan dan sikap meninggikan hutang negara oleh Kerajaan Umno-BN, serta dasar penswastaan yang merugikan rakyat dan menguntungkan syarikat kroni, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Analisa mereka juga tidak mengambil kira kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana ia mengurangkan ketirisan, meningkatkan rizab negeri serta meningkatkan pelaburan.
Juga terdapat tafsiran yang salah bahawa pertukaran pentadbiran akan mendatangkan kepincangan kerana negara-negara seperti Thailand dan Indonesia terus mengalami kadar pertumbuhan yang memberangsangkan walaupun telah tukar kerajaan.
Abdul Khalid berkata, kepercayaan bahawa perubahan politik akan membawa kesan negatif terhadap ekonomi adalah hasil daripada politik ketakutan yang cuba disemai kerajaan Umno-BN sekarang.
Dilaporkan sebelum ini bahawa, syarikat analisa antarabangsa seperti JP Morgan mengeluarkan laporan yang mengatakan prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik sekiranya Umno-BN terus menguasai Kerajaan Pusat.
“Kedudukan ekonomi Malaysia semakin merudum dan penunjuk paling ketara adalah hutang negara yang semakin besar dan Kerajaan Pusat terus meminjam berbilion ringgit yang akan dipikul generasi akan datang.
“Dalam jangka masa panjang, prestasi ekonomi Malaysia hanya boleh dijamin dengan adanya Kerajaan Pusat yang bebas daripada amalan rasuah, kronisme dan kegagalan pengurusan yang diamalkan Kerajaan Umno-BN,” katanya dalam satu sidang media.
Abdul Khalid menggesa JP Morgan serta syarikat antarabangsa lain berhati-hati dan memastikan analisa tidak berat sebelah serta menghormati hak demokratik rakyat untuk memilih kerajaan.
“Sebagai contoh, walaupun melalui proses perubahan politik yang cukup ketara namun Thailand dan Indonesia mencatat pertumbuhan ekonomi 4.2 peratus dan 6.4 peratus.
“Ini membuktikan penukaran kerajaan tidak semestinya membawa kesan ekonomi yang buruk sebaliknya ada kalanya penukaran kerajaan amat diperlukan untuk merealisasikan reformasi dan pembaikan ekonomi yang menyeluruh,” jelasnya.
Seterusnya >>>

Hina Islam Presiden MCA Amal Politik Murahan


SHAH ALAM, 23 OKT : Tindakan mempelekehkan hukum hudud oleh Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek disifatkan sebagai satu penghinaan besar kepada agama Islam dan umatnya di seluruh dunia, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin negara, beliau (Soi Lek) seharusnya menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam di antara perbezaan pegangan agama dan bukannya membuat kenyataan berbaur sensitif.
Beliau berkata, tindakan itu akan menggugat hubungan diplomatik negara dengan negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Timur Tengah.
“Pemimpin Malaysia seharusnya bersatu dengan pemimpin-pemimpin dunia untuk mengutuk kenyataan menghina Soi Lek terhadap Islam dan umat Islam.
“Tindakan memperkecilkan orang lain dan menggunakan agama dalam cubaan memalukan perjuangan parti lain disifatkan sebagai politik murahan dan gagal mencerminkan kematangan beliau sebagai pemimpin,” katanya dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Sementara itu, pada ucapan di perhimpunan Agung MCA ke-59 yang berlangsung Ahad lalu, Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Tambah Abdul Khalid, tindakan berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan sikap hipokrit Umno-BN yang mengamalkan bangsa berasaskan politik dan kuasa semata-mata.
Justeru, terdapat keperluan untuk mengadakan dialog secara terbuka dalam usaha mencapai persefahaman terutama di kalangan komuniti yang berbeza latar belakang.
“Hanya melalui tindakan berkenaan kita bersama-sama dapat membina sebuah masyarakat yang matang mengenai masa depan negara kita,” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Muhyiddin Yassin Tidak Pandai Baca Angka


KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah ‘terbaik’ berbanding Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.
Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.
“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.
“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.
Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.
“Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.
“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,” katanya.
Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.
“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.
.
Seterusnya >>>

Serangan Bas Perbuatan Tidak Demokratik


BISTARI JAYA 02 SEPT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbuatan samseng ke atas serangan bas Merdeka Rakyat di Kota Bahru, Kelantan semalam, tidak menggambarkan negara demokrasi.
Dengan nada sinis, Abdul Khalid berkata sekiranya pihak yang terlibat mahu mengikut inisiatif dari PKR itu, lakukan sahaja bukannya dengan cara mensabotaj seperti itu.
“Kalau mahu ikut cara itu ikutlah. Boleh buat cara yang sama, guna bas juga.
“Kalau mahu marah, marah sendiri bukan marah orang lain. Cara samseng ini tidak menggambarkan negara demokrasi,” katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 DUN Ijok, di sini.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.
Beliau berkata bas bergerak itu akan tetap meneruskan program Jelajah Merdeka Rakyat walaupun berhadapan dengan kekangan seperti kejadian itu.
Semalam, kira-kira jam 4.30 pagi, bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.
Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.
Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
.
Seterusnya >>>

Karya seni penting untuk kritik pemerintah zalim – MB Selangor


SHAH ALAM  – Perjuangan dalam penghasilan karya seni yang membawa suara masyarakat perlu diteruskan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Karya seni berbentuk interpretasi politik perlu ada untuk menyampaikan kritikan dan luahan kepada penyelewengan dan salah guna kuasa” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran kartun solo Zunar di Galeri Shah Alam.
Pameran kartun Zunar yang diadakan di Galeri Shah Alam ini berlangsung dari 1 hingga 9 September 2012.


Sebanyak 150 karya berkisar mengenai lanskap politik negara yang dihasilkan sejak 1999 hingga kini dipamer.
Pameran dibuka setiap hari kepada orang ramai dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Zunar sebelum ini pada Februari 2012 mengadakan pameran solo hasil karya beliau selama sebulan yang bertemakan ‘Berjuang Menerusi Kartun’ di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London.
.
Seterusnya >>>

Bas kempen p’raya ditanggung MB Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang kerajaan negeri.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya olehnya  tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang kerajaan Selangor dan  wang rakyat”, katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Bas dua tingkat itu yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi, akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
.
Seterusnya >>>

Selangor belum putus bubar Dun serentak - MB

Selangor belum putus bubar Dun serentak - MB KUALA LUMPUR- Kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Program Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.
“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini,” ujarnya.
“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan berkaitan.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Selangor sebelum ini mengesan pertambahan pengundi baru dengan jumlah yang sangat luar biasa dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu merampas negeri itu pada PRU-13 akan datang.
Kerajaan negeri juga sebelum ini melancarkan program Selangorku Bersih dalam usaha menjejak pengundi baru tersebut dan masih berjalan sehingga hari ini.
“Kita juga sedang meneliti dengan penuh minat penambahan dan pendaftaran pengundi baru seramai 490,000 orang di negeri ini,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak..
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya mengulas mengenai kemungkinan Parlimen dibubar antara September hingga November tahun ini.
.
Seterusnya >>>

Rampas Selangor: Rakyat tolak rayuan PM

SHAH ALAM 11 Julai: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyatnya pasti menolak rayuan Perdana Menteri agar memberi peluang kepada Umno BN untuk merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita yakin rakyat tidak lupa pentadbiran Umno BN yang membiarkan rasuah berleluasa, pengurusan sumber-sumber semulajadi menguntungkan kroni sekaligus membebankan rakyat jelata dan hasil negeri dibolot untuk golongan tertentu  sahaja.
“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berasaskan nilai-nilai reformasi berjaya merakyatkan pentadbiran negeri dan mengembalikan semula hasilnya kepada rakyat Selangor; Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Selangor di Bandar Baru Bangi Ahad lalu yang mengakui Umno BN melakukan kesilapan pada PRU lalu.
Dalam pada itu, Khalid turut mengecam dakwaan Najib kononnya Pakatan tidak menunaikan janji.
“Kerajaan Selangor berjaya mencegah rasuah di semua peringkat, menghentikan ketirisan sumber-sumber negeri dan hemah berbelanja. Hasilnya, Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan simpanan tunai kerajaan dari RM400 juta pada 2008 hampir lima kali ganda ke RM1.9 billion pada 2011.
“Sebanyak RM700 juta dipulangkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor.
“Ini membuktikan Pakatan Rakyat mampu mentadbir Selangor lebih baik walaupun berdepan sekatan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan BN,” katanya lagi.
Hakikatnya, menurut Khalid, dari keseluruhan 23 peratus cukai rakyat Selangor yang dikutip pentadbiran Najib, hanya tiga peratus yang dikembalikan kepada kerajaan Selangor.
.
Seterusnya >>>

Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Daftar Pemilih Dibersihkan


SHAH ALAM: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.
Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program ‘Selangorku Bersih’ hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.
Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.
Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku.
“Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan.
“Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan  barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu.
“Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan,” kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini.
Kempen ‘Selangorku Bersih’ yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi.
Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.
Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui.
Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia.
Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut.
“Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut.
“Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun ‘level playing field’ supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik,” Abdul Khalid berkata.
Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor.
“Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Seterusnya >>>

Isu Air : Najib Razak Bukan Negarawan


BANTING : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air di Selangor membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
“Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa.
“Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah Kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan  air.
“Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat.
Beliau juga berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkan pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air.
Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)  adalah melebihi 70 peratus.
“Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air,” katanya.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor  pada tahap lebih dari mencukupi.
“Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW),” katanya.
Seterusnya >>>