KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak
menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah
Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari
seperti dilapor baru-baru ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku
individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana
melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.
“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa
senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan
kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.
“Mereka datang bukan nak
shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.
Menurut laporan
Manila Buletin Publishing Corporation
(mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar
janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm
Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di
Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram
III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah
dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam
menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis
Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga
Semporna.
Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.
“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya
dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum
April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.
Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.
“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan
isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini,
negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri
Nur Misuari,” kata Johari.
“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa,
bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan
menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.
“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan
macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk
pantau isu politik sahaja.
“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap
sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita,
takkan kita nak diamkan,” tempelak Johari.
kenapa PTI yg baru ke sabah senang2 dpt kewarganegaraan sedangkan pelarian filipina yg dah beranak pinak d sabah payah nak dapatkannya betul ke kerajaan malaysia d bawah pentadbiran dr mahathir dahulu mengikut konyensen jeneva bg pelarian atau sekadar ia sekadar taktik nak untung cepat utk meraih undi utk umno ramai
ReplyDeleteramai pelarian islam d sabah menderita kerana tidak mendapat kerakyatan malaysia yg seharusnya mereka dapat ada anak2 mereka yg lahir d sabah nengeluh kerana mewarisi kepelarian mereka mungkin sebeb itu jglah mereka keturunan sultan sulu tidak puas hati dgn pentadbiran malaysia
ReplyDeletenak bela islam konon2nya tetapi islam d tanah sendiri hidup merana
ReplyDeleteanak2 pelarian islam yg ingin bersekolah tidak dapat berbuat demikian kerana mereka bukan warganegara jd mereka membesar dgn hidup susah ada yg terpaksa melakukan jenayah kerana tekanan hidup
ReplyDeletepatutkah anak pelarian yg tak mempunyai dokumen di hantar ke filipina sedangkan mereka lahir d sabah dan dah nak mati d sabah tp ayah punyai dokumen d sabah dan memegang status pelarian terlalu lama
ReplyDeletedulu masa kerajaan malaysia buat ops pti d sabah ramai org2 islam keturunan kesultanan sulu menderita ada yg dhantar ke filipina hidup terumbang ambing dsana krn mereka dah tak ada saudara mara dsana(filipina) betapa dasyatnya penderitaan mereka ayah dmalaysia anak d filipina hidup sebatang kara
ReplyDeletejadi disini pendek kata d mana KEADILAN hidup didunia bg mereka orang islam yg menderita patutlah dunia dah tak aman islam dgn islam bergigitan sesama sendiri
ReplyDeleteYa lah Najib dan Anwar bikin kacau bilau
ReplyDeleteNak dapat kerakyatan senang sahaja kawin dengan rakyat tempatan: Asimilasi.
ReplyDeleteMoro ada tiga Geng Abu Sayaf,MNLF dan MINLF ketua mereka tidak sepakat macam PKR,UMNO dan PAS........ apa MILF bersetuju AS dan MINLF bangang. Mereka buat demo BERSIH tersendiri dengan bawa senjata
ReplyDelete