Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahfuz: 'Umno, BN cukup takut hilang kuasa'

Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Pas mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak yang mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan "survival" Melayu baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan hanya menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan itu jelas memperlihatkan yang Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri sedang berada di ambang keresahan.

"Kenyataan yang dibuat Najib ini menunjukkan yang mereka cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti.

"Beliau juga takut jika rakyat berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ini supaya rakyat terus bersama Umno," katanya pada sidang media, hari ini.

Dua hari lalu, Perdana Menteri berkata yang PRU13 bukan sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu.

Mahfuz menambah, kenyataan Najib itu juga akan menambah kebencian masyarakat bukan Melayu negara ini terhadap Melayu.

"Saya ingin mengingatkan kepada masyarakat Melayu negara ini agar buat pilihan secara bijak. Kenyataan ini hanya menjurus kepada survival politik Umno, bukan survival politik Melayu," tegasnya.

Beliau menambah, rakyat negara ini perlu membuat perubahan yang sewajarnya bagi memastikan pilihan raya umum akan datang akan memberi keadilan kepada semua pihak.

"Umno juga terpaksa membuat ugutan agar ahlinya kekal dalam parti. Buktinya mereka dengan senang hati mengugut jika berlaku sabotaj, jawatan dalam parti akan lucut serta-merta.

"Ini salah satu cara penghambaan secara halus yang dibuat Umno terhadap ahli mereka," katanya
.

0 Komen pengunjong :