Najib Digesa Jangan Banyak Alasan Untuk Debat Dengan Anwar




KUALA LUMPUR 23 JAN : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima debat , dan jangan banyak helah serta cuba mengalih isu,kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.
Dalam satu kenyataan medianya beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah. 
"Sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP. 
Subsidi untuk  rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun," katanya. 
Tambah Idris lagi, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah  RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya.  
"Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap. Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan," katanya.
Menurut Idris lagi,manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan. 
Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal  menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.
"PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan  kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)," ujar Idris lagi.

2 comments :

  1. Tak payah ajak berdebatla,confirm tak berani punya. Najib bkn ada telok pun.UMNGOK!DULU,KINI dan SELAMANYA,BONGOK!

    ReplyDelete
  2. @Anonymous..... saya pun nampak begitu. Cakap je berani, tapi nak menghadapi kebenaran takut....

    ReplyDelete