KUALA LUMPUR, 12 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal
dipanggil bagi memberi keterangan kepada mahkamah Perancis berhubung
skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.
Anggota NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata
hakim Roger Le Loire di Tribunal Grande Instance Paris yang
mengendalikan kes tersebut telah menyenarai pendek nama saksi yang
diberikan oleh Suaram sebelum ini.
Najib merupakan antara nama yang diterima hakim setelah mendengar
hujah Suaram dan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham
yang mewakili Suaram pada April tahun lalu.
“Perkembangan terbaru, Perdana Menteri, Najib Razak akan dipanggil
dalam masa terdekat, tetapi bila, kita belum tahu lagi, kita tunggu,”
kata Cynthia.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 6,000 hadirin
dalam Rapat Kemuncak Countdown #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru malam tadi.
Menurut Cynthia lagi, hakim Perancis itu turut memutuskan agar
siasatan dijalankan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian dua kapal selam berharga RM 4.85 bilion itu.
Harga RM 4.85 bilion itu bagaimanapun melonjak mencecah RM 7.3 bilion
apabila Kerajaan Malaysia turut membayar yuran perundingan kepada
Perimekar yang dimiliki pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.
Kos tambahan itu melibatkan RM 570 juta untuk penyelengaraan, RM 600
juta peluru berpandu, RM1.1 bilion kos penyelarasan dan perkhidmatan
bantuan dari DCNS bernilai RM 180 juta.
Pada 2010, Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pertahanan
Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada
pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene
kepada Kerajaan Malaysia pada 2002.
Dah bosan aku.. asyik2 tulis bakal dipanggil, tapi tah bila. Jangan2 tak panggil terus, saja nak wat cerita. Tak nampak pun perkembangan najib akan sangkut pasal kes ini. Najib senang lenang ngan Rosmah bebas bersuka-ria, kita dok tunggu kena kelentong ngan suaram...
ReplyDeletexpa! if x dipanggil d france, d akhirat akan tetap dipanggil!
ReplyDelete