BESUT:
Tindakan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Besut, Datuk Seri
Idris Jusoh yang menumpukan kepada pengundi luar sebagai fasa terakhir
kempen Barisan Nasional (BN) menunjukkan mereka berada dalam keadaan
tertekan.
Idris yang sebelum hari penamaan calon berkeyakinan PAS akan
menghadapi kekalahan dengan majoriti 4,000 undi jika parti itu menyertai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata ini
membuktikan BN berada dalam terdesak untuk mempertahankan Dun Kuala
Besut apabila mereka cuba menagih simpati pengundi luar.
Katanya lagi, BN juga turut melihat persaingan sengit yang mereka perlu
hadapi terhadap kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.
"Kita merasa suatu yang pelik telah berlaku, di mana sebelum ini Idris
berkeyakinan bahawa PAS jika bertanding akan kalah dengan majoriti 4,000
undi tetapi saat-saat akhir mengharapkan pengundi luar.
"Ini
bukti jelas mereka merasakan saingan sengit dan bukan laluan mudah untuk
mempertahan kerusi Kuala Besut, bila berada dalam keadaan terdesak
menagih simpati dari pengundi luar, ego mereka sudah tercemar," jelasnya
yang juga Timbalan Pengarah Operasi PRK Kuala Besut pada sidang media
di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.
Satiful yang juga
merupakan Adun Paka mengulangi PAS akan pastikan agenda 16:16 dapat
direalisasikan bagi memastikan Terengganu terus mendayakan pembangunan
yang lebih mapan dan lestari.
Menurutnya, kesimbangan yang
wujud ini, semua daerah akan dipelihara dan tidak akan terpinggir
khususnya Kuala Besut yang jauh ketinggalan dari sudut pembangunan.
"Dengan suara 16:16, kita akan memastikan pelaksanaan berkesan dalam
semua program dan projek yang diputuskan di dalam Dewan Undangan Negeri.
"Janji-janji kempen BN dalam PRK Kuala Besut ini akan dipantau
sepenuhnya supaya ia dilaksanakan oleh kerajaan BN, kita tidak mahu ia
sekadar janji kosong politik," sambung beliau.
Dalam pada itu Satipul yang ketika ditanya mengenai tindakan PAS mengenai pengundi luar.
Jelasnya, PAS akan berusaha sebaik mungkin untuk menghubungi mereka
yang berada di luar agar balik mengundi supaya agenda 16:16 dapat
direalisasikan.
Beliau jugamempertikaikan projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di muara Sungai Kuala Besut dengan perbelanjaan RM250 juta.
Menurutnya, janji BN pada PRK Bagan Pinang pada 2009 untuk menjadikan
Port Dickson sebagai Bandar Tentera belum lagi menjadi kenyataan, apatah
lagi projek di Kuala Besut yang bersifat khayalan.
0 Komen pengunjong :