Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saksi Ke- 7 Terima Arahan KP JKM


KUALA LUMPUR 25 FEB: Ketua Unit Paterniti DNA Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah beliau  menerima arahan daripada bekas Ketua Pengarah JKM, pada 17 Julai 2008 untuk mengendalikan ujian DNA.
"Beliau (DG) berkata telah berbincang dengan ketua jabatan dan berkata ini adalah kes berprofile tinggi yang harus saya uruskan," jelas beliau kepada peguambela Ram Karpal Singh.
Nor Aidora menjelaskan pada hari tersebut DSP Jude Blacious Periere hadir ke pejabatnya di Petaling Jaya menyerahkan empat sampel disyaki bahan bukti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun beliau tidak ingat sekiranya ada individu menemani DSP Jude ketika hadir ke pejabat JKM.
Saksi ke 7 itu menambah, beliau tahu bahawa ujian tersebut akan dibandingkan dengan laporan analisis DNA oleh pakar forensik, Dr Seah Lay Hong yang berada di Amerika Syarikat ketika itu.
Ram Karpal seterusnya bertanya sekiranya prosedur JKM mengambil kira kemerosotan kualiti sampel (bukti) DNA yang dianalisis.
Nor Aidora berkata "Jika kita dapat mengesan profile DNA lengkap, kami tidak kira sebarang penurunan kualiti sebab ia tidak memberi kesan kepada keputusan DNA (lengkap)," jelasnya.
Sementara itu, Nor Aidora menjelaskan kepada mahkamah berdasarkan garis panduan pemulaan Jabatan Kimia, sekiranya tiga alel ditemui pada bahan bukti maka bacaan menunjukkan terdapat lebih daripada satu penyumbang DNA.

Namun beliau berkata berdasarkan laporan kiraan statistik yang dilakukan, beliau mengesan tiga alel pada bahan bukti namun membuat keputusan untuk tidak melaporkan kerana menurutnya bacaan ketiga tidak relevan.

Seterusnya Nor Aidora berkata beliau diarahkan oleh DSP Jude untuk membuat analisa profil DNA dalam kes ini.

Namun katanya proses tersebut bergantung kepada beliau samada mahu mengesan sampel DNA tersebut dengan cara yang didapati sesuai.

0 Komen pengunjong :