KUALA
LUMPUR, May 1 — British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar
tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0
Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.
“Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.
“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang
dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,”
kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan
segera” kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua
minit terhadap protes ganas tersebut.
“BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.
“Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan
di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan
daripada bersi asal BBC,” katanya.
Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut,
laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat
termasuk rakaman dengan dua perusuh.
Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan
oleh saluran Malaysia boleh di tonton
di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0
Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa
Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih
mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.
“Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami
tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian,
tapi mereka tetap melepaskan tembakan,” katanya.
Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan
alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba
bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.
“Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.
“Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika
ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini
kerana ia hari bermakna buat Malaysia,” katanya di sekeliling ribuan
peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.
Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan
BBC, yang mana menunjukkan rakaman daripada atas polis melepaskan gas
pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.
Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.
“Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula,” katanya dalam petikan yang disiarkan.
“.... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang
ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...,” katanya dalam
petikan yang disensorkan.
“... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh,” katanya, dan petikan rakanan itu disiarkan.
Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap nedia antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.
Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat
tidak berminat untuk mengubah dan pilihan raya dijangkal bakal berlaku
Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.
“Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik.”
Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu,
Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang
siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.
0 Komen pengunjong :