Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Muhyiddin Yassin Politikkan Imbuhan Guru






Saranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemberian imbuhan RM500 kepada guru-guru di negara ini dilaksanakan oleh negeri Pakatan Rakyat adalah tidak wajar.

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu di anggap sebagai spontan tanpa meneliti dasar pendidikan negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Justeru tambahnya, kerajaan persekutuan menganggap ia sebagai isu yang harus dipolitikkan.

"Sebab itu saya candangkan kepada Muhyiddin supaya menyemak semula kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan. Dia harus tahu membezakan bidang kuasa persekutuan dan negeri," tegasnya.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan sedia ada tidak serius dalam usaha meningkatkan martabat guru melalui imbuhan selain memastikan kualiti pendidikan negara meningkat baik.

Peruntukan sebanyak RM3.2 bilion setahun dijadikan alasan negara akan muflis sekiranya diberikan kepada tenaga pendidik adalah tidak munasabah jelas beliau lagi.

Tambahnya, jumlah itu tidak akan menggugat kewangan negara.

Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang seolah-olah memandang remeh isu pendidikan selain tidak serius mengangkat martabat institusi itu di negara ini.

Menurut Anwar lagi, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan itu adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat kedua awal bulan lalu, Shamsul berkata tumpuan menyelaras dasar pendidikan negara akan menampakkan keberkesanan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat diberi peluang.

Mengambil contoh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya melaksanakan dasar air percuma walaupun terdapat banyak pihak berpandangan sinikal terhadap perlaksanaan justeru membuktikan tiada kesan pada kewangan negeri.

Jelasnya lagi, isu ketirisan dalam negara yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat umumnya memerlukan modal jauh lebih tinggi berbanding imbuhan kepada tenaga pengajar generasi muda.

"Kita menyatakan bahawa apabila disebut tentang 100 hari program Pakatan Rakyat, kita telah laksanakan di peringkat negeri-negeri yang kita perintah dalam skala yang kecil. Tapi kalau peringkat kerajaan persekutuan, kuasa itu lebih besar dan kita boleh laksanakan janji-janji yang lebih efektif dan kita yakin ia telah diteliti dengan baik dan menyebabkan Umno-BN berasa tergugat dan terpaksa menyerang," jelas beliau.

-/ TVSelangor

2 comments :

  1. Mnteri nak terus perbodohkan golongan pendidik dengan 5ratus...

    ReplyDelete
  2. @Mohamadazhan hjDesa..... puak-puak ni tak ade kerja lain dari nak menipu dan mempebodohkan rakyat saja. Cuma ade lagi segelintir rakyat tak sedar yang dia orang ditipu dan diperbodohkan. Harap-harap satu hari nanti mereka akan sedar. Insyaallah.....

    ReplyDelete