Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beri RM200 juta: Tun khianat Umno K'tan dalam senyap?

KUALA LUMPUR: Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap.

"Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan seorang aktivis Umno yang mendakwa PAS Kelantan menerima sebanyak RM200 juta hingga RM300 juta setahun daripada Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata jika benar perkara itu berlaku, ianya sesuatu yang agak pelik kerana ianya tidak direkodkan.

"Rupa-rupanya sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa direkodkan di dalam pentadbiran kewangan kerajaan Umno.Jika mahu membeli sebentuk cincin dengan jumlah itu pun tidak menjadi masalah, apatah lagi jika mahu membeli seekor lembu berharga RM250 juta.

"Akhir sekali, cerita itu hanyalah lawak jenaka semata-mata. Ia bertujuan segar angin sebelum PRU13," katanya.

3 comments :

  1. tak crediknya kenyataan S/U akhbar ni......takdok skill politik langsung..sesuai jadi S/U akhbar masjid atau surau saja....

    ReplyDelete
  2. orang yang tak faham bahasa su akhbar mb kelantan lagi la tak cerdik standard budak darjah satu punya otak

    ReplyDelete
  3. lawak apa lawak?... cuba bawak bersyukur sikit.

    ReplyDelete