Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Enggang Boikot Produk Dan bayar Pulohan Juta Sebagai Penasihat

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin mengecam keengganan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin. Kata Ghani, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia memboikot produk keluaran Israel dan memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu.



Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel.

Malaysia adalah diantara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi membenarkan produknya memasuki pasaran tempatan kita. Malah kerajaan Malaysia telah melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding bagi memberi nasihat disudut pentadbiran. Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka, bukan percuma tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka, katanya lagi.

Tambah beliau, Malaysia yang mengisytihar sebagai negara Islam, sepatutnya sudah memboikot produk Isreal yang diketahui menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis, jadi sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap agama dan identiti sebagai seorang Muslim, iaitu memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk..



Kembara Jr.......... Selagi ada APCO di Malaysia selagi itulah juga Malaysia tidak akan memusuhi Israel. Sebagaimana kita semua maklum APCO terdiri daripada Yahudi-Yahudi, jadi untuk kepentingan bersama mereka tidak akan bermusoh tetapi terus bekerjasama antara satu dengan lain.


Untuk mengaburi rakyat, akan pasti ada kenyataan-kenyataan yang memburok-burok Israel, membantah tindakan tertentu Israel, kutok Israel dan sebagainya daripada pemimpin Malaysia. Tuiuan mereka dengan lakunan tersebut rakyat akan nampak dan percaya bahawa Malaysia dan Israel sudah tidak sefahaman atau sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Itulah yang kerajaan dapat buat untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaan memahami perasaan mereka. Itu hanyalah sandiwara didepan rakyat tetapi dibelakang mereka masih tidur sebantal dengan mimpi yang sama.......

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn.

0 Komen pengunjong :