Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sultan Dan MB Kelantan Berangkat Ke Tanah Suci





KOTA BHARU 10 NOV : Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, hari ini.

Kenyataan itu disampaikan oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air.

"Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda," ujarnya.

Baginda akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, sementara Nik Aziz dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra melalui penerbangan pertama 6.15 pagi tadi.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk  Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Nik Aziz ketika ditemui media di kediamannya petang semalam berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
"Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup," ujarnya sambil tersenyum ceria.

Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.


*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :