Memenohi tugas dan tanggungjawab, setiap hari ( Kecuali hari cuti ) saya kepejabat untuk bekerja. Itu lah tugas saya untuk menanggong sara hidup keluarga. Walaubagaimanapun semenjak kebelakangan ini setiap pagi bila saja hendak kepejabat timbul saja perasaan malas. Ini bukan kerana kerja banyak dipejabat atau lain-lain masalah disana tetapi satu masalaah yang sama juga dihadapi oleh pekerja-pekerja lain dipersekitaran pejabat saya. Masalahnya ialah kesesakan jalan raya di kawasan Bukit Kuang menghala ke Pelabuhan Kemaman.
Kesesakan jalan raya ini bukan saja baru dialami oleh pengguna jalan raya disini tetapi ianya telah lama berlaku. Kebiasaannya kesesakan ini terjadi diwaktu puncak iaitu waktu pagi ketika pekerja-pekerja menghala kepejabat dikawasan pelabuhan dan juga waktu petang ketika pekerja –pekerja balik dari kerja. Akibat kesesakan ini kadang-kadang dihari-hari tertentu deretan kereta sampai ke tiga atau empat kilometer panjang. Ini mengakibatkan ramai yang sampai lewat kepejabat setiap pagi.
Daripada Bandar Cukai ke pejabat diwaktu kesesakan ini kadang-kadang ianya mengambil masa satu jam lamanya untuk sampai walaupun jaraknya tidak berapa jauh. Oleh itu bagi memastikan sampai kepejabat sebelum waktu bekerja ada diantara mereka turun dari rumah menuju kepejabat seawal jam tujuh pagi. Jika tidak hari-harilah kad perakam mereka akan berwarna merah.
Bagi pehak berwajib ambillah tindakan segera agar pekara ini tidak akan berpanjangan. Kami difahami telah ada perancangan daripada pehak berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan kami sebagai pengguna jalan raya amat mengalu-alukan dan mengucapkan berbanyak terima-kasih. Cuma kami meminta agar segeralah projek yang dirancangkan itu agar kami tidak lagi menghadapi masalah sebegini.
0 Komen pengunjong :