20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan


SEMENYIH 21 SEPT : 20 September 1998 merupakan detik bersejarah Datuk Seri Dr Wan Azizah terbabit dalam kancah politik tanah air.
13 tahun lalu, hari tersebut merupakan hari gelap di mana kediaman beliau diserbu oleh sekumpulan polis yang lengkap bertopeng dan bersenjata 'submachine' gun dan mengheret suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum diheret ke Mahkamah atas tuduhan korupsi dan liwat.

Wan Azizah kini menjadi Presiden Parti Keadilan Rakyat yang meneraju Pakatan Rakyat menjadi suara besar di Parlimen Malaysia. Bagaimanapun beliau masih jelas ingatan terhadap peristiwa hitam tersebut.

Beliau dengan sayu menceritakan hal tersebut di Majlis Jamuan Aidilfitri PKR Cabang Hulu Langat semalam.

"20 September 1998. Pada masa ini rumah kami diserang. Diserbu masuk, Anwar Ibrahim digari depan kami semua. Mereka pakai topeng. Tikar sembahyang masih terhampar. Anwar dibawa ke Bukit Aman."

Beliau menyatakan dalam keadaan panik tersebut, beliau hanya berkaki ayam tiba di Bukit Aman namun dihalang atas alasan pejabat sudah ditutup.

Beliau kemudiannya bertemu dengan Pengarah Pengurusan PDRM ketika itu Datuk Jamil Johari dan merayu agar Polis bertindak profesional.

Anwar kemudiannya muncul di Mahkamah seminggu kemudian dalam keadaan matanya lebam dan lemah seolah dibelasah seseorang.

"Sampai di Bukit Aman, saya disuruh balik. Mereka kata dah malam, pejabat sudah tutup. Saya berjumpa Jamil Johari, orang nombor tiga Bukit Aman. Saya kata awak Muslim, Islam, saya Islam. Suami saya betul atau salah, sebagai Islam, jadi profesional. Jangan apa-apakan dia. Pada masa itu saya tak tahu dia sedang dibelasah setengah mati. Saya tidak tahu, hanya saya berserah kepada Allah.

Bagaimanapun beliau memanjatkan kesyukuran kerana sokongan dari penyokong dan rakyat Malaysia hingga Pakatan mampu berkembang ke tahap ini.

Malah, sebagai ibu, beliau turut bersyukur kerana keluarganya masih baik dan berjaya mengharungi pelbagai rintangan.

"Ini jadi tidak permulaan reformasi yang sesudah itu berkembang. Ini pencetus perubahan negara ini sehingga ke tahap ini. Bagi keluarga kami, Alhamdulillah, sudah berkembang walau ada pelbagai rintangan .Anak kami 4 sudah berkahwin dan 2 di kolej, masih dapat teruskan hidup. Reformasi juga sedikit lagi untuk tumbangkan kerajaan zalim.

2 comments :