PETALING
JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk
menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat
Zain Ibrahim berkata, sepatutnya parlimen terbubar sendiri pada 28
April ini.
Beliau berkata, berikutan itu penamaan calon yang dijadualkan esok
dan mengundi pada 5.Mei hendaklah ditunda kepada satu tarikh lain dalam
tempoh 60 hari selepas 28 April.
Beliau mendakwa, Najib tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam bulan November 2011 beliau telah membawa kepengetahuan Ketua
Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri secara bertulis berkaitan
pembikinan afidavit palsu oleh Najib yang sekali gus mencetuskan
persoalan kesahihan upacara majlis angkat sumpah jawatan beliau sebagai
Perdana Menteri ke-6, pada 3 April 2009.
Mat Zain berkata, beliau telah mengemukakan beberapa lagi surat
terbuka berkaitan persoalan kesahan majlis angkat sumpahyang turut
disalinkan kepada Najib, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara,
Pengerusi SPR dan lain-lain pihak berkuasa.
`Afidavit palsu’
“Perkara Najib mengangkat sumpah tidak mengikut sepertimana
peruntukan Perlembagaan dan perkara beliau mengikrarkan afidavit yang
boleh dibuktikan sebagai palsu, bukan lagi perkara rahsia, bahkan telah
diketahui umum dan pihak berkuasa sejak November 2011.
“Sepatutnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
telah membawa maklumat perkara pembikinan affidavit palsu oleh PM ini
kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahan angkat sumpah PM ke-6
kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi,” katanya dalam surat
terbuka kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof.
Mat Zain berkata demikian dipercayai mengulas keputusan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf jawatankuasa
eksekutif pusat (CEC) DAP.
Beliau mempersoalkan jika pengaduan berkaitan pemilihan parti DAP
yang dibuat kepada ROS dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan perkara yang
berlaku dalam bulan Disember 2012, boleh diberi keputusan kelmarin,
mengapa pula persoalan perkara yang lebih penting mengenai Perdana
Menteri dan negara, yang dikemukakan pada bulan November 2011 kepada KPN
dan Menteri Dalam Negeri, tidak mereka hiraukan.
“Bukankah Hishammuddin ,Menteri Dalam Negeri yang mengawal ROS dan
Polis ketika pengaduan dibuat adalah orang yang sama?” tanyanya..
Patut bawa ke kabinet
Sepatutnya Hishammuddin telah membawa maklumat perkara pembikinan
afidavit palsu oleh Perdana Menteri ini kepada kabinet dan merujukkan
perkara kesahihan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan
sejak akhir 2011 lagi.
Rakyat berhak untuk mendesak kerajaan supaya menunjukkan sikap
bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka hasil
penyiasatan, khasnya mengenai persoalan kesahihan Najib melaksanakan
fungsi jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6, berdasarkan aduan yang
telah dikemukakan kepada kerajaan itu.
Menurut Mat Zain lagi, bagi Pengerusi SPR pula, sekiranya beliau
mampu memberikan respon serta merta mengenai surat ROS kepada DAP itu,
maka beliau seharusnya mampu menjawab persoalan bertulis yang diemail
kepada beliau pada 15. Aparil lalu mengenai sama ada PM patut
menggunakan nama Mohd.Najib sepertimana terdapat dalam daftar pemilih
ataupun Najib sahaja, seperti yang PM ikrarkan dalam afidavit beliau,
ketika mengisi borang penamaan calon.
“SPR perlu merujuk perkara ini dahulu kepada mahkamah yang telah
menerima dan membuat sesuatu keptutusan kehakiman berkaitan dengan
affidavit yang dikrarkan oleh PM itu,” katanya..
Ataupun, SPR menolak borang pencalonan Najib bersandarkan butir
peribadi beliau yang mengelirukan atau lain-lain jawapan yang munasabah,
kata Mat Zain.
0 Komen pengunjong :