Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pembangkang anggap batal SBPA mainan politik


Walaupun menyambut baik pembatalan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), pembangkang beranggapan tindakan itu secara tidak langsung membuktikan kepimpinan perdana menteri menjadikan dasar negara sebagai mainan politik.

Timbalan Ketua Penerangan PKR (AMK) Najwan Halimi mendakwa, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hari ini bertujuan menjadikannya modal bagi meraih sokongan demi pilihan raya umum yang akan datang.

"Justeru, dalam pada kita meraikan keputusan kerajaan pada hari ini, AMK tegas berpandangan bahawa polemik SBPA ini secara tidak langsung menzahirkan kelemahan kepimpinan perdana menteri dalam mengurus serta melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan awam negara," katanya.

Najwan juga berkata, pembatalan dasar selepas diumumkan penguatkuasaan pelaksanaannya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.

"Mengapa SBPA sebelum ini diumumkan pelaksanaannya meski pun masih belum ada konsensus menyeluruh daripada golongan penjawat awam?" soalnya.

Najib pagi tadi mengumumkan SBPA dibatalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Dalam perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

Laksana kembali lepas p'raya?

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor pula menyifatkan pembatalan itu sebagai kejayaan rakyat memperjuangkan hak sehingga kerajaan terpaksa mengalah.

"Pemuda PAS melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya perdana menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13," katanya.

Riduan juga mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana sekali lagi jika BN mendapat mandat lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang.

"Pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada perdana menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka," katanya lagi.

0 Komen pengunjong :