Adakah
Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menukar MCA kepada
“Malaysian Charlatans (Pendusta) Party” dengan mendiamkan diri terhadap
jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom di Parlimen berkenaan hudud pada Selasa lalu, lantas mendedahkan
kepura-puraan kempen MCA ke atas hudud sejak dua tahun lalu?
Semalam, dalam kenyataan media saya ““Perjanjian Syaitan” UMNO/MCA disahkan oleh Mahathir dalam tempoh 24 jam”,
saya telah melontarkan sebuah soalan kepada Chua dan pemimpin MCA
adakah jawapan Parlimen Jamil yang menyebut “jika hukum hudud
dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas
bukan Islam” itu mewakili pendirian MCA di dalam Kabinet dan Barisan
Nasional, “jika tidak, apa yang akan mereka lakukan tentangnya”.
Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi!
Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah
mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri-menteri dan
timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen
iaitu – adalah “tipu” untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan
orang bukan Islam.
Melalui gaya Chua dan pemimpin-pemimpin MCA dalam kempen jelajah
negara mereka sejak dua tahun lalu, mereka tentu sekali akan “memarahi”
Jamil kerana “menipu” di Parlimen, adakah mereka akan meminta tindakan
yang keras terhadap Jamil daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat
Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional MCA di dalam
Barisan Nasional atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan
UMNO disebabkan jawapan parlimen Jamil?
Atau adakah Chua dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin MCA cuma
bermain politik, tanpa benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan,
dan peranan mereka hanyalah seperti yang digambarkan mantan Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir iaitu: ““pendirian tidak bertolak ansur” MCA
terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah
bertujuan “menakut-nakutkan” komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada
kaum Melayu atau umat Islam”, disebabkan itulah MCA “tidak pernah
membantah” apabila Mahathir secara sebelah pihak, sembarangan dan tidak
mengikut perlembagaan membuat “deklarasi 929” bahawa Malaysia adalah
Negara Islam pada Persidangan Delegasi Nasional Gerakan, 29 September
2001.
Tidak seperti MCA, pendirian DAP terhadap hudud jelas, konsisten dan
berpegang pada prinsip – bahawa ia tidak sesuai untuk masyarakat
Malaysia yang majmuk dan ia bukannya sebahagian daripada dasar bersama
Pakatan Rakyat. Sebaliknya, MCA hanya memainkan wayang politik yang
tidak bertanggungjawab memandangkan apabila sampai kepada analisis
terakhir, mereka akan menurut kehendak dan arahan UMNO sebagaimana yang
terjadi ketika “Deklarasi 929” yang tidak mengikut perlembagaan
mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
13 hours ago
0 Komen pengunjong :