Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

UMNO terus bisu bila MCA Hina Islam - DAP terus difitnah

KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sanggup menjadi sebegitu hina mempolitikkan isu hudud dan Islam adalah bertujuan menakut-nakutkan pengundi Cina dan berbahaya kepada perpaduan rakyat.
Ia digambarkan sebagai “perjanjian syaitan” antara UMNO dan MCA demi mengekal kuasa pemerintahan mereka dalam PRU ke 13 akan datang.
Demikian ulasan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya menjelaskan situasi yang berlaku.
Biarpun isu ini menaikkan kemarahan umat Islam, persoalannya mengapa UMNO terus membisu  biarpun pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak percaya dengan pembohongan MCA yang mengeluarkan kenyataan “Islam membenarkan bukan Islam dirogol”.
Menurut Kit Siang, modus operandi pembohongan mereka semakin jelas apabila sebelum ini MCA membisu terhadap tuduhan mengarut UMNO sebelum ini yang mendakwa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.
Malah tambah beliau, yang terus menjadi mangsa serangan UMNO dan sekutu rapatnya MCA ialah DAP dan parti-parti oposisi yang lain.
Antara pembohongan dan fitnah terhadap DAP dalam Mesyuarat Agung MCA baru-baru ini ialah dakwaan “DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara…”.
“Beliau cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”,
“Chua betul. Ini adalah satu pembohongan besar, tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP.” ujar beliau
Menjelaskannya lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud.
“Kita telah bersetuju bahawa undian terhadap Pakatan Rakyat adalah untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO-BN dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan daerah.” tegas beliau.

-roketkini.com

0 Komen pengunjong :