Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nik Aziz: Umno gagal jaga Melayu, Islam


PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana kegagalan parti tersebut dalam menjaga kepentingan masyarakat Melayu dan umat Islam.
“DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana,” kata Nik Aziz yang juga merupakan Mursyidul Am PAS dalam suratnya kepada Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.
Dua hari lalu semasa sidang Dewan Rakyat Ahli Parlimen Rasah yang juga Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mempertahankan Nik Aziz.
“Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap,” kata Loke sambil menepuk meja.
Ketika Perhimpunan Agung MCA minggu lalu, Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie telah mendakwa bahawa Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol.
Kenyataan Heng turut disokong oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Surat tersebut yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Kelantan dan ditandatangani oleh Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusoff turut merakamkan rasa terharu dan terima kasih di atas keberanian Loke mempertahankan Nik Aziz.

0 Komen pengunjong :