Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah: Zul Nordin minta bayaran untuk kosongkan kerusi


Bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang itu, bertanding.
“Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN,” kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.
Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk “Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin”.
Memetik laporan Malaysia Kini, Syed Hussin berkata,  Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk “Anjing-anjing Pencen”.
Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

0 Komen pengunjong :