Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Husam pertahankan dinar emas

husamKUALA LUMPUR: Mereka yang menentang penggunaan dinar emas dan dirham yang diperkenalkan kerajaan Kelantan adalah jahil ekonomi, kata exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau juga menegaskan penggunaan dinar  emas dan dirham bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia.

"Jika urusniaga mata wang ditentukan pasaran tetapi menggunakan dinar emas  dan dirham ia meningkat sepanjang masa,’ katanya berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Kelantanyang tinggal  di Lembah Kelang di Kuala Lumpur malam tadi.
Hadir sama ialah bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan kira-kira 200 rakyat Kelantan.
Penggunaan dinar emas dan dirham telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat  pada 14  Ogos lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan dinar emas Kelantan melanggar peraturan Bank Negara Malaysia jika dijadikan mata wang .
Husam menyangkal dinar emas adalah mata wang . Ia hanyalah sebahagian daripada sistem barter iaitu sistem pertukaran barang yang lebih Islamik. Sistem mata wang konvensional tidak Islamik kerana mudah dimanipulasi dan terjebak dengan riba.
"Di pasar Siti Khatijah (Kota Baru) peniaga kini menggunakan dinar emas dan dirham serta juga wang ringgit," katanya.
Kerana yakin dengan potensi tersebut, Husam mengajak rakyat Kelantan khususnya separuh simpanan wang mereka dengan membeli dinar dan dirham.
"Separuh simpanan membeli dinar emas dan dirham manakala separuh lagi simpan dalam bank dan kita tengok dinar atau simpanan bank yang lebih untung," katanya.
Di majlis itu, Husam juga meminta rakyat Kelantan di Lembah Kelang yang balik ke kampung supaya membayar zakat menggunakan dinar emas.
Tengku Razaleigh di dalam ucapannya turut menyokong penggunaaan dinar emas yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan,
Bagaimanapun, katanya, satu penerangan perlu diadakan supaya orang tidak keliru kerana urusniaga di Malaysia menggunakan ringgit.
Beliau berkata, mata wang  hanya boleh dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan pihak lain tidak boleh berbuat demikian.

1 comment :

  1. jim sangat menyokong penggunaan wang dirham dinar emas nie, sebabnya dengan matawang yang ada skrg yang skadar dicetak dia ats kertas putih asalnya memang idea yahudi..kerana ianya mudah terjebak kepada riba'..kerana didalam negara yahudi mereka menggariskan "pengambilan riba dianggap berdosa sesama kaum Yahudi, tetapi dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi."

    ReplyDelete