Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

"Kalau tidak munasabah jangan layan"

Tengku Razaleigh KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai kata putus sama ada mahu melayan dan memenuhi  tuntutan orang Cina atau tidak, kata bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.
Mengulas tuntutan orang Cina dalam kongres ekonomi Cina anjuran MCA di ibu negara hujung minggu lalu, beliau berkata, "kalau tidak munasabah jangan layan."
"Dia (orang Cina boleh minta tetapi tidak semestinya kerajaan melayan kehendak mereka."

Tengku Razaleigh berkata demikian kepada wartawan selepas majlis baerbuka puasa dengan anak-anak Kelantan di Lembah Kelang di ibu negara semalam.
Dalam kongres ekonomi Cina itu antara lain tuntutan mereka ialah sistem merit menggantikan kuota dalam model baru ekonomi.
Mereka juga mahu penglibatan yang lebih dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk mahu jawatan-jawatan penting,
Tengku Razaleigh berkata, oleh kerana penubuhan GLC menggunakan wang rakyat mereka berhak untuk menuntut jawatan tersebut.
"Kalau tuntutan mereka berpatutan maka kerajaan patut memberi pertimbangan bukan sahaja kepada MCA tetapi mana-mana pihak sekali pun.
"Tetapi ada GLC yang diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan-tujuan tertentu," katanya.
Menurutnya,  perkara ini timbul kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah guna menyebabkan timbul rasa curiga dan marah terhadap dasar itu.
Katanya, pada mulanya DEB telah diterima oleh semua kaum bukan sahaja orang Melayu tetapi Cina dan India.

0 Komen pengunjong :