Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Cubaan pembangkang masuk Felda satu gangguan – Yusof Nor

sri KUALA TERENGGANU: Cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh  warga komuniti itu, kata Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.  
Menurut beliau pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

"Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita di sini semalam selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300.     
Mengulas lanjut beliau berkata pihak pengurusan Felda tidak akan terikut-ikut dengan perkara itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi Felda yang sebelum ini telah  menerima pengiktirafan dunia.
"Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana Felda tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan. Pengurusan Felda adalah profesional," katanya seperti dilapur Bernama.     
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Felda merancang  membina masjid contoh seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.      
"Lokasinya akan ditetapkan kemudian, masjid ini bakal menjadi institusi penting dalam Felda. Kita sedang memperhalusi dari segi rekabentuk yang bersesuaian.    
"Ia nanti bukan sahaja ada kemudahan beribadat tetapi juga kemudahan lain seperti tadika, klinik, perpustakaan dan sebagainya," kata beliau.      
Yusof berkata kos untuk masjid itu akan ditentukan kemudian.      
"Satu jawatankuasa khas juga akan melihat kemungkinan ia dilaksanakan di 400 masjid yang sedia ada di kawasan-kawasan Felda seluruh negara kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat masjid di tapak baru," katanya.      
Masjid itu juga akan mengadakan program bersesuaian bagi menarik minat golongan muda dan juga kanak-kanak ke masjid, tambah beliau.

2 comments :

  1. Mengapa pulak nak marah pembangkang nak masuk felda. Felda tu bukan harta puska mak bapak kamu wahai yusof nor.Itu adalah hak rakyat.

    Kalau pembangkang tak percaya apa yang kamu uruskan selama ini, biarkanlah depa nak tengok.Hang pa jawablah secara "gentlemen".Ini tidak, buat fitnah buat ugutan.Perangai buruk.

    Heran lah kamu semua wahai pemimpin umno, kamu ingat harta kat Malaysia ni harta pusaka mak bapak mu ke?????????

    ReplyDelete
  2. Begitulah minda puak-puak Umno/BN. Mereka tak pakai akal dikepala tapi mereka guna kepala lutut.

    ReplyDelete