Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib tidak bertanggungjawab, kata Dr Dzulkefly

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengheret kumpulan silat lincah di negara ini ke dalam kancah politik sebagai tidak bertanggungjawab.
Mengulas perkara ini dalam blognya hari ini, beliau berkata, negara kini mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan kumpulan silat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga selepas pasukan polis dan tentera.
Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai perhimpunan Bersih Sabtu ini dan kenyataan Najib semalam yang menganggap kumpulan silat sebagai barisan pertahanan ketiga negara.
“Dengan meniupkan api perkauman dan menyemarakkan perasaan benci dalam peristiwa kepala lembu dan menyerang rumah-rumah ibadat dan serangan ke atas rumah-rumah ibadat menyerlah peribadi sebenar Najib.
Zulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan Najib dalam tempuh dua minggu ini bagi menghalang perhimpunan Bersih amat mengecewakan.
“Walaupun kempen demokratik Bersih bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil mendapat pengiktirafan daripada Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri masih berusaha untuk menyekatnya,” ujarnya.
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mencabar Bersih kerana keengganan Bersih untuk membatalkan perhimpunan 9 Julai itu bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Saya percaya jika ada musuh-musuh berniat jahat yang mahu menyerang negara ini dari luar dan dari dalam maka ‘anak-anak lincah’ akan bangkit menentang mereka,” kata Najib dalam ucapannya semalam.
“Tetapi, malam ini kita berkumpul bukan untuk berperang,” tambah perdana menteri.  ”Kita berkumpul bukan untuk menghunuskan keris.  Kita berkumpul untuk menyuarakan ketaatan dan kesetiaan kepada negara kita.”

Keretakan dalaman Umno

Dalam perkembangan yang lain, Dr Dzulkefly berkata keretakan dalaman Umno jelas dapat dilihat dengan percanggahan pandangan antara pemimpin mereka dalam menangani himpunan Bersih 2.0.
Beliau berkata, pertentangan tersebut antara kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengharamkan Bersih dengan kem Presidennya, Najib.
Menurutnya, Hishammuddin yang turut disokong Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno lantang menolak himpunan Bersih walau dengan apa alasan.
“Ini agak pelik sebab Hisham lazim berada dalam kem Najib seperti juga Khairy dan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,” katanya kepada Harakahdaily.

0 Komen pengunjong :