Hujan mula turun

Alhamdulillah syukur kepadanya kerana sejak semalam lagi sehingga ke sekarang ni hujan dah mulai turun di Kemaman. Walaupun tidak berapa lebat tetapi ianya berterusan tanpa henti. Basahlah bumi Allah ini kerananya dan saya rasakan inilah harapan semua orang disini yang telah lama tidak menerima hujan. Saya jangkakan hujan ini akan berterusan lagi kerana kelihatan cuaca redup sekali.

Disekitar Kemaman sudah lama tidak ada hujan turun. Cuacanya sepanjang hari panas. Disebabkan inilah saya rasakan tangki simpanan air " Satu " baru-baru ini telah mengalami kekurangan air dan menyebabkan sesetengah kawasan di sini tidak mendapat bekalan air yang mencukupi. Aku sendiri telah menyediakan beberapan bekas untuk menyimpan air dirumahku sebagai persediaan takut-takut nanti kekurangan air akan berpanjangan. Maklumlah jika tidak ada air berpanjangan susah juga nanti. Kata orang baik tak de elektrik daripada tak de air. Tak de elektrik boleh juga pasang lilin atau pelita tapi kalau tak de air? nak buat macam mana! Tuboh badan akan berbau semacan nanti kerana tak mandi.
Kerana kepanasan juga kelihatan kebanyakan tumbuhan kecil seperti rumput-rumput kekeringan. Begitu juga dengan pokok-pokok bunga dilaman rumah aku. Ada diantaranya kemerahan walaupun aku siramnya hari-hari. 


 Jadi hari ini semua makluk Allah disini bersyukur kerana menerima nikmat darinya. Moga Allah sentiasa memberi nikmatnya kepada hamba-hambanya. Insyaallah..........
  

0 Komen pengunjong :