Monyet liar


Daripada gambar diatas aku rasa semua orang kenal binatang itu bukan? Ya, monyet iaitu sejenis binatang yang masih banyak terdapat dinegara kita. Aku rasa senang kita hendak jumpa binatang ini seperti di zoo, kedai menjual binatang peliharaan dan juga di pinggir hutan.

Monyet ialah sejenis binatang yang baik dan mudah untuk diajar. Maka kerana itu ada diantara orang membela monyet untuk mengambil buah kelapa daripada pokok. Kepandaian monyet ialah dia akan menurunkan buah kelapa yang tua sebagaimana yang dikehendaki. Jarang sekali monyet tersilap langkah dengan menurunkan kelapa muda.




 Lain pula dengan apa yang aku nak ceritakan disini. Di kawasan perumahan tempat aku tinggal memang banyak sekali monyet. Monyet liar daripada pinggir hutan berdekatan perumahan. Dalam satu kumpulan kadang-kadang mencecah sampai sepuloh ekor. Monyet-monyet ini akan sampai kekawasan perumahan seawal pagi lagi. Mereka mula berkeliaran dikawasan rumah. Habis tong sampah diselongkarnya  untuk mencari makanan menyebabkan sampah-sampah bertaburan merata-rata. Jika tidak ada makanan didalam tong-tong sampah, monyet-monyet ini tanpa dipelawa akan memasuki rumah jika didapati tiada orang didalamnya. Rumah aku sendiri sudah beberapa kali dimasukinya. 


 Disamping itu kereta-kereta juga akan menjadi mangsa monyet. Aku perhatikan selepas saja mencari makan, monyet-monyet ini akan bermain dan bergurau sesama mereka. Tempat yang paling disukainya ialah diatas bumbong kereta untuk bermain. Habis kereta kotor dibuatnya. Maka terpaksalah tuan kereta mencucinya. Kalau sekali tak pe tapi kalau dah selalu naik sakit hati juga dibuatnya.


Aku sudah cuba menghalau monyet-monyet ini apabila datang  tetapi tidak berhasil. Monyet-monyet ini akan lari apabila dihalau tetapi dalam beberapa minit lagi datang kembali apabila dilihtnya sudah tidak ada orang. Halau , lari kemudian datang lagi. Halau, lari kemudian datang lagi. Begitulah selalunya.
Apa yang membimbangkan aku ialah ada diantara monyet-monyet tersebut yang jenis tidak takut orang. Apabila dihalau monyet tersebut akan menerkam kepada penghalau. Kebimbangan  aku ialah takut-takut monyet tersebut menerkam kepada budak-budak yang sedang bermain.

Kepada sesiapa yang tahu cara menghalau monyet aku minta dapat kiranya tolong aku dalam mengatasi masalaah ini. Jika masalaah ini selesai sampah tidak bertaburan lagi, rumah tidak dicerobohi monyet lagi dan juga aku rasa kereta tak perlulah dicuci selalu. Lagi satu paling penting ialah keselamatan budak-budak  sekurang-kurang terjamin juga bila ketiadaan monyet liar.

0 Komen pengunjong :