KOTA KINABALU 17 SEPT - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiyah boleh dielak jika polis pantas mengambil tindakan terhadap aduan terhadap suspek utama kes sebelum ini.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mengulas demikian mengenai penglibatan suspek utama dalam beberapa kes ini yang dakwanya diketahui polis.
"Terdapat 17 lain sebelum ini yang sudah dilapor kepada polis. Jika mereka (polis) ambil tindakan awal, pembunuhan Sosilawati mungkin tidak terjadi," kata beliau kepada TV Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin pada sidang media pada 12 September lalu dipetik berkata ada empat kes 'orang hilang' yang dikaitkan dengan suspek.
Kit Siang turut mengulas mengenai dakwaan bekas ahli PKR, Mohd Zahid Md Arip yang cuba mengaitkan suspek dengan DAP seperti yang diuar-uar Utusan Malaysia.
"Sebenarnya saya di luar negara semasa (mayat) Sosilawati dijumpai. Saya pandang serius kes ini, tapi kenapa mahu kaitkan dengan DAP?" katanya.
Sosilawati dan tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu setelah tidak pulang setelah menghadiri urusan perniagaan di Banting, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai.

0 Komen pengunjong :