KUALA
LUMPUR – Bersih hari ini menafikan dakwaan perhimpunan jalanan
mereka Sabtu lalu untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya hanya menuntut
pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.
Pemerhati pilihan raya itu yang sebelum ini sering menafikan
menyokong pembangkang, menegaskan objektif Bersih 3.0 hanya menuntut
proses pilihan raya yang adil dan bersih.
“Bersih mahu pilihan raya yang bersih dan adil.
“Harapan kami adalah untuk melihat pembaharuan dalam kerajaan yang
mentadbir melalui peti undi yang adil dan bersih,” kata badan NGO
gabungan daripada 84 ahli hari ini.
Menurut laporan The Star Online semalam, Najib mendakwa perhimpunan
Bersih 3.0 hujung minggu lalu berniat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Perdana menteri dalam ucapannya di Kelantan telah disiarkan secara
langsung di stesen televisyen tempatan berkata, peserta perhimpunan 28
April lalu mahu menawan Dataran Merdeka, bukan sekadar mahu berada di
kawasan dataran bersejarah itu untuk beberapa jam.
“Mereka mahu menguasai dataran pada hari itu. Sebab itu penganjur
Bersih 3.0 enggan menerima cadangan kerajaan supaya perhimpunan itu
diadakan di lokasi lain termasuk Stadium Merdeka.
“Niat mereka jelas menunjukkan pengaruh politik, ia adalah cubaan untuk merampas Putrajaya.
“Mereka mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya
dipetik The Star Online ketika karnival Komuniti Malaysia di Gua
Musang.
Pemerhati pilihan raya itu bagaimanapun menegaskan kepada Najib
bagaimana cubaan mereka berhimpun di Dataran Merdeka akan mengancam
kuasa kerajaan.
“Kerajaan tidak menjelaskan dengan lengkap bagaimana dengan menguasai
Dataran Merdeka akan memberikan ancaman untuk menjatuhkan kuasa
kerajaan,” tegas mereka.
Kumpulan itu turut mengekalkan keputusan mereka menolak tawaran
kerajaan mengadakan protes di Stadium Merdeka, menolak dakwaan lain oleh
Najib ia merupakan punca tercetusnya huru hara yang pada mulanya
himpunan secara aman.
Mereka menjelaskan saiz peserta yang ramai dan perubahan di saat-saat
akhir bakal menimbulkan kekeliruan kepada peserta jika tawaran itu
diterima.
“Kami juga yakin ia adalah langkah terbaik untuk menerima tawaran menggunakan Stadium Merdeka.
“Jika berdasarkan jumlah anggota polis dan keadaan stadium, lokasi itu adalah merbahaya untuk peserta,” dakwa mereka.
Najib Khamis lalu menyalahkan Bersih 3.0 atas keganasan ketika
perhimpunan mereka, dan menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku jika
mereka menerima tawaran kerajaan untuk menggunakan Stadium Merdeka.
Menurut beliau, perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan
bersih itu akan berlangsung dalam situasi aman jika diadakan di stadium
yang telah dicadangkan pihak berkuasa.
Namun Bersih berkeras berdasarkan laporan kesihatan, keganasan antara perusuh dan pihak polis dicetuskan kumpulan berkenaan.
“Laporan kesihatan daripada mereka yang ditahan melihatkan polis
memukul peserta yang memakai baju kuning Bersih 3.0, baju anti Lynas,
atau mana-mana baju kuning dengan melakukan keganasan kepada mereka,”
kata kumpulan terbabit.
Mereka turut mendakwa sesetengah mereka yang ditahan turut diserang
apabila ditangkap, malah ketika sedang makan di gerai makan, dan
melintasi kawasan LRT, dan ada yang diserang selepas ditangkap walaupun
mereka tidak melawan.
Malah wakil media turut tidak terkecuali daripada dipukul, Bersih
menegaskan lebih 12 jurugambar dan wartawan menjadi mangsa keganasan
polis dengan peralatan mereka dirampas.
“Keganasan ini menimbulkan persoalan polis menggunakan paksaan dalam
menjalankan tugas ketika Bersih 3.0 atas arahan atau mereka telah hilang
kawalan.
“Terlalu banyak laporan keganasan polis yang memakai uniform tanpa
nama dan identiti pengenalan polis bagi mengelakkan mangsa mengenalpasti
mereka,” kata kumpulan tersebut.
“Persoalannya yang masih menjadi tanda tanya – siapa yang
bertanggungjawab menyembunyikan keganasan terhadap perusuh Duduk Bantah
selepas gas pemedih mata dilepaskan?”
Bersih menuntut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ditugaskan
untuk mengadakan inkuiri awam bagi menyiasat keganasan polis dan
pembentukan panel itu dipilih oleh Kabinet untuk menyiasat keganasan
terhadap media.
.
0 Komen pengunjong :