Sudah-Sudahlah Membuat Dosa Dan Sebar Fitnah


SHAH ALAM, : Akhbar Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun apabila mengutamakan berita seks dan fitnah sambil melindungi kerakusan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam liputannya.
Bekas Wartawan Utusan Malaysia Hata Wahari berkata demikian dalam surat terbuka beliau ekoran tindakan akhbar itu yang melemparkan berita fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat mutakhir ini.
“Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah,” kata Hata yang juga Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia NUJ.
Beliau berkata, selepas setahun dipecat dari Utusan Malaysia, rakan-rakan beliau dan juga Ketua Pengarang, Aziz Ishak masih lagi tidak berubah.
“Nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa.
“Terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat,” ujar beliau.
Hata menambah, beliau menyeru rakan-rakannya di Utusan Malaysia akan bertaubat, dan mengingati Allah.
“Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti. Cuma harapan saya ingatlah siksa kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali,” ujar Hata.
.

0 Komen pengunjong :