PETALING JAYA: Umno-Barisan Nasional (BN) semakin takut berdepan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang kian hampir dan ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, kata Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. “Terakhir kita saksikan di akhbar Utusan Malaysia isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah hilang pertimbangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menyoal, “kenapakah Najib perlu takut sedangkan mereka mendakwa sokongan rakyat kepada Umno-BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.
“Pakatan Rakyat hanya ada akhbar lidah rasmi parti, liputan tidak meluas edarannya dan bergantung kepada media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak BN di beberapa negeri pada Mac 2008.
Khalil Idham berkata demikian ketika mengulas tentang kebebasan media seperti laporan Freedom House hari ini yang menunjukkan Malaysia terperosok jauh di tangga 144 di belakang Mongolia (80), Papua New Guinea (54), dan Bangladesh (111) dari jumlah 197 negara.
Katanya, Perdana Menteri tidak mengerti dalam menilai kedudukan indeks media ini dalam agenda untuk mentransformasi negara tetapi kenyataan beliau condong kepada percubaan untuk memperdayakan rakyat.
Beliau menempelak Perdana Menteri yang mendakwa Pakatan tidak mempunyai idea sedangkan BN mencedok banyak idea dari Buku Jingga.
Menurut beliau, beberapa contoh dalam Buku Jingga yang diterimapakai oleh BN ialah pemansuhan tol yang dianggap mustahil sebelum ini.
“Akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan bilion sekarang ini.
Nadi dan jantung
Ujar beliau, bagi Umno-BN kebodohan rakyat adalah nadi dan
jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir
orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta
tidak bebas.
“Tragedi paling memalukan ialah apabila anggota polis diarahkan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan Bersih 3.0.
Mereka yang bertugas pada Sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua.
“Benarlah pengakuan (mantan perdana menteri) Tun Mahathir Mohamad bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dari segi intelektual,” katanya Khalil Idham.
.

0 Komen pengunjong :