Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pertumbuhan Enam Peratus, Wawasan 2020 Jauh Dari Realiti

KUALA LUMPUR, 17 SEPT : Malaysia berkemungkinan besar akan menemui kegagalan dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020 ekoran dari perkembangan ekonominya yang tidak menentu, demikian pendapat ahli ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri NajiRazak yang mensasarkan pencapaian tersebut.

Akan tetapi, dengan ramalan pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus untuk tempoh lima tahun akan datang sudah tentu akan mengikut jejak dua Rancangan Malaysia yang sebelumnya yang juga gagal mencapai sasaran KDNK mereka.

Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8, pertumbuhan ekonomi adalah sebanyak lima peratus dan 4.7 peratus masing-masing masih jauh di bawah sasaran 8.6 peratus dan enam peratus pada sasaran yang ditetapkan.

Pakar ekonomi Bank Pelaburan Kenanga, Suhaimie Wan Wan Saidie berpendapat jika Malaysia mengekalkan trend pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun ini untuk 10 tahun akan datang, adalah amat sukar bagi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

"Kita mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk memcapai Wawan 2020 dan kita masih di bawah paras bahkan itu diramal untuk tempoh lima tahun akan datang. Jadi apa ertinya itu?,” ujar beliau.

Walaupun mengakui bahawa itu bukanlah sesuatu yang mustahil, beliau tetap berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang amat sukar jika kerajaan tidak melakukan suatu perubahan yang ‘drastik’.

"Mereka perlu menyempitkan jurang antara kaya dan miskin. Tidak kira seberapa tinggi pertumbuhan KDNK kita, jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini, kita akan mempunyai masalah akhirnya,’” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :