Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Benci' Tapi 'Sayang'

SHAH ALAM 16 Sept - Umno berpura-pura memisahkan dirinya daripada dikaitankan  dengan Pertubuhan  Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walhal pada hakikatnya parti itu menyokong wadah perjuangan badan  ekstremis Melayu itu malah mengharapkan ia bertindak bagi pihak Umno.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hubungan Perkasa-Umno itu sengaja direkacipta   untuk mengaburi mata rakyat khususnya di kalangan pengundi Cina dan India.
"Pemimpin Umno tidak menyatakan pendirian tegas mereka berhubung tindakan dan kenyataan Perkasa yang dilihat begitu ekstrem dan berbaur perkauman.
"Umno pada masa yang sama telah memberi restu kepada pertubuhan itu dengan meluluskan permit akhbar Suara Perkasa  yang lantang memainkan isu perkauman tidak pula dipersoalkan," tegas beliau kepada Suara Keadilan.
Shamsul   berkata beliau percaya 'kebencian' Umno terhadap Perkasa hanyalah satu lakonan wayang kulit untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka tidak rasis tetapi secara senyap-senyap menggunakan pertubuhan itu untuk menekan  pengundi bukan Melayu.
"Perkasa dan Umno hanya ingin meneruskan agenda perkauman, pada yang sama cuba menarik sokongan pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India," kata Shamsul.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan Perkasa tidak lebih daripada 'ayam tambatan' Umno-BN untuk kepentingan politik mereka.  
Popularitinya juga menyebabkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengugut untuk keluar parti sekiranya Umno terus menyokong Perkasa. 
"Saya bimbang Perkasa akan memainkan pula isu agama, dan saya tidak terkejut jika Perkasa selepas ini akan membuat kacau dalam PAS malah sekarang ini ada sekumpulan kecil mereka yang berkopiah dan turun ke surau dan ke masjid di kawasan pedalaman untuk merencanakan agenda kotor mereka," jelas beliau.

0 Komen pengunjong :