Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Murugiah Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 17 SEPT:  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.
"SMS tersebut merupakan fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang merupakan kawan baik beliau.
Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri tersebut dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".
Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.
"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh. 
"Perkara ini amat serius  bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.
Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 Sept lepas. 
Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah. 
Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru pada pukul 10 pagi tadi.
"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.
Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

0 Komen pengunjong :