Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan
(korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak.
Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila
mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di
balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.
Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah
berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti
undi berkenaan.
Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan
usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada
tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.
Peti-peti itu undi adalah keras undi pos untuk
parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang, Setiawan dan Pangkor. Kerusi
parlimen Lumut ditanding Mohd Imran Abdu Hamid.
Dalam pada itu menurut rakan itu permit atau keizinan yang diberikan
kepada beberapa orang untuk mengawal peti undi berkenaan juga ditarik
balik. Waktu ini usaha sedang dilakukan untuk berunding dengan pihak
polis supaya permit itu dikembalikan semula dan kawalan ke atas peti
undi itu diteruskan.
Apa yang pelik dengan kejadian ini kenapa SPR awal-awal lagi hendak
memindah peti undi berkenaan dan kenapa tidak tunggu sehingga habis
waktu mengundi 5 Mei ini. Kalau pun ianya dibuat atas alasan untuk
memudahkan kerja-kerja pemindahan itu tetapi biarlah ia dilakukan dengan
telus dan terbuka.
Sesiapa pun akan merasa tidak puas hati sekiranya peti-peti undi itu
dipindah begitu saja tanpa apa apa-apa kawalan atau wakil parti yang
memantaunya. Sepatutnya SPR memahami perkara ini dan mengambil tindakan
secara profesional bagi mengelakkan kekecuhan dan sekaligus mencemarkan
nama baik SPR yang sudah pun tercemar.
- http://msomelayu.blogspot.com
0 Komen pengunjong :