Showing posts with label MSO. Show all posts

Aziz, Wan Ahmad Kepanasan Kerana Jolokan Rafizi

Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli (foto) mengenai individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf.

Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"

Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan Wan Omar tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke?

Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...


Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu' laki Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan Tajuddin Rahman kepada beberapa orang pengundi di Kuala Besut, tetapi bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosuder di dalam sesebuah organisasi.

Mereka yang ada otak dan otaknya bergerak akan membuat penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku. Begitu juga ahli firasat sudah dapat membaca apa sebenar yang berlaku dengan merenung muka kedua mereka, Aziz dan Wan Omar.

Tidak munasabah kalau Aziz atau Wan Ahmad tidak mengetahui mengenai urusan pembelian dakwat itu atau berbagai peralatan lain sedangkan ianya bernilai jutaan ringgit. Peruntukan dakwat kekal itu saja bernilai lebih RM7 juta. Apakah boleh, sebagai seorang pengerusi dan timbalan pengerusi melepaskan begitu sahaja urusan pembelian dan perolehan lain kepada setiausaha?

Untuk mengukuhkan dakwaan Aziz ini mungkin rakan koribnya Wan Ahmad Wan Omar boleh membuat penjelasan berpandukan kepada pengalamannya yang pernah menjadi Setiausaha SPR sebelum ini. Apakah urusan perolehan untuk SPR diuruskan oleh setiausaha dan tidak ada apa-apa campur tangan pengerusi? Jawab Wan Omar, bantulah kawan itu.

Dalam pada itu Aziz juga membuat penjelasan pembelian dakwat kekal itu berjalan dengan baik. Beliau menghujah mengatakan ianya diluluskan oleh kementerian kewangan dengan baik. Alasan ia diluluskan oleh kementerian kewangan dengan baik tidak begitu kemas. Apakah maksud dengan baik itu, Jiz? Apakah apabila sesuatu diluluskan oleh kementerian kewangan ia dijamin tidak berlaku penyelewengan. Cara Aziz berfikir semacam lah beliau tidak pernah berkerja dengan kerajaan. Aduh..beruk Bidah terlekat ekor di selongan.

Pihak kementerian kewangan akan meluluskan berapa saja jumlah yang dikehendaki setelah ianya dilulus oleh SPR. Bajet itu disediakan oleh SPR di mana Aziz adalah pengerusinya. Mustahil kalau semasa membuat kelulusan itu Aziz tidak tahu? Mesti tahu. Rasanya Kamarudin tidak akan berani buat bersendiri memadangkan ia jumlah yang besar. Dan kalau benar Aziz tidak tahu seperti dijelaskan malangnya Malaysia mempunyai seorang pengerusi seperti Aziz.

Begitu juga cara Aziz melemparkan perkara itu kepada Kamarudin seakan-olah beliau mahu ianya dipikul oleh Kamarudin bersendirian tanpa mengaitkan dia dan Wan Ahmad. "Elok urusan ini diajukan kepada Kamaruddin," begitulah katanya dipetik.

Adalah sesuatu yang janggal Aziz sebagai pengerusi tidak mengetahui apa-apa mengenai tender menender pembekalan dakwat kekal itu. Sikap Aziz boleh disangsikan kerana sebelum ini dialah yang menegaskan dakwat itu kekal, (sambil menunjukkan jarinya yang berlumuran dakwat bagi menyakinkan orang ramai), selepas itu dia sendiri juga mengakui sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat keadaan dakwat itu bila timbul kekalutan.

Sebenarnya sikap dolak dalih dan berpendirian tidak kemas beginilah menjadikan sebahagian besar pengundi semakin mempertikaikan akan ketelusan dan kebersihan SPR sebagai badan bebas. Sikap Aziz yang tidak tegas dalam pendirian mempertahankan keputusan dibuatnya itulah makin menyebabkan rakyat marah kepadanya dan juga SPR.

Pastinya isu berkaitan pembelian dakwat kekal dan dakwaan dibuat Rafizi dalam parlimen itu akan menjadi perhatian SPRM. SPRM tidak perlu melepaskan begitu saja memandangkan ia melibatkan kewangan rakyat yang besar. Cuma kita harap jangan dalam kasus ini teknik menggunakan 'Bafia' seperti mana berlaku ke atas pendedahan Rafizi mengenai akaun dalam perniagaan lembu gemuk (NFC) digunakan. Rafizi yang sebelum ini mendedahkan pernyataan kewangan syarikat NFC telah disaman atas kesalahan dibawah Bafia.

Dalam pada itu sejuta tahniah kepada Rafizi Ramli atas inisiatif mendedahkan perkara itu dalam memastikan wang rakyat tidak dibazirkan dan SPR sebagai badan bebas benar-benar bebas sesuai dengan kewujudannya. Langkah dan keberanian dipunyai Rafizi harus menjadi tiruan dan teladan wakil-wakil rakyat yang lain.

-/ http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib


PETALING JAYA: Seorang blogger mencadangkan satu kaedah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual Oktober depan.
Mohd Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta MSO di antara lain menulis, formula ini boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
“Memandangkan Anwar sendiri tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno kerana beliau kini berada di luar parti itu maka orang yang paling sesuai ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disebut Ku Li.
“Anwar dan Pakatan boleh memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk berdepan dengan Najib untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Anwar dan Pakatan harus bersekongkol dengan Ku Li,” terangnya.
Menurutnya, masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.
Ujarnya, “sikap keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain.
“Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.
“Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno,” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Zahid Cuba Jadikan Anwar Sebagai Modal Politiknya


Menteri yang dikenali dengan Kerbau Air dikalangan penjengok blog saya, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya telah menjadikan jawatan baru Menteri Dalam Negeri (KDN) sebagai kempen untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pemimpin (MT) pada Oktober nanti; maka Zahid kena mulai berkempen dari sekarang bagi menjamin kedudukkan sekurang-sekurang sebagai Naib Presiden kekal.


Walaupun dalam pemilihan lalu Zahid mendapat undi terbanyak untuk kerusi Naib Presiden, tetapi ia tidak menjamin beliau kekal dengan kedudukan itu dalam perhimpunan nanti. Prestasi Zahid sebagai Menteri Pertahanan dinilaiukur oleh ahli Umno sejauh mana kebolehan dan kemampuan Zahid sebagai menteri.

Ahli Umno kini bukan saja akan teruja atau menganggap seseorang menteri itu berkualiti setakat tahu berjabat tangan sambil menepuk bahu dan mengeluarkan ketawa kuat selepas itu mengoncang-goncangkan tangan tetamu. Ahli Umno akan membuat pennilaian dari sudut intelektual dan profesionalisme seseorang yang bergelar menteri.

Juga ahli Umno tidak akan mudah teruja setakat dapat menghadiri jamuan majlis hari raya atau kenduri kahwin yang dibuat di lokasi mewah dan sebagainya. Apa dinilai ialah pandangan dan juga idea-idea penyelesaian (solusi) masalah oleh menteri berkenaan. Pemimpin atau menteri bukan sahaja diharap menjaga Umno tetapi menjaga negara keseluruhannya.

Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid sangat lemah dan tidak tegas. Beberapa kenyataan dan keputusannya boleh dipertikaikan. Misalnya menggunakan kuasanya sebagai menteri bagi menjamin kemenangan UBN satu tindakan huduh. Beliau sering dipadankan dengan kebolehan dan kemampuan Menteri Dalam Negeri sebelum ini Hishamuddin Hussein. Beliau dianggap adik beradik segenetik kurang cerdik dengan Hishamuddin Hussein. Ada juga mengatakan wawasan diterapkan oleh Shafei Afdal untuk pembangunan luar bandar lebih baik dari Zahid.

Satu kayu ukur untuk melihat siapa lebih hebat di antara tiga Naib Presiden ialah pada ucapan penangguhan dalam perhimpunan agung Umno. Ternyata ucapan Zahid lebih serabut dan komidian berbanding Shafei.

Banyak kenyataan-kenyataan beliau tidak menggambarkan kenyataan dari seorang menteri dari ketegasan dan sosok sebagai seorang menteri pertahanan. Seorang menteri pertahanan bukan saja memerlukan seorang yang bermulut besar (bual) tetapi ketegasan dalam tindakan serta keakuratan dan keabsahan dalam kenyataan-kenyataa dibuatnya. Malangnya banyak ketegasan dibuat Zahid khasnya kepada publik tidak ditunaikan dan ia lebih sebagai satu gerakan untuk halau itik makan padi saja.

Kalau kita masih ingat beliau pernah berjanji ingin menjelaskan satu persoalan terhadapnya mengenai kunjungannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Bila dipersoalkan Zahid berjanji dia akan jelaskan jet siapa yang beliau naiki itu. Waktu itu beliau di New Delhi. Katanya sekembali dari New Delhi dia akan jelaskan. Aduh cik Minah sayang, bulu ketiak panjang....sampai ke hari ini beliau tidak menjelaskan siapakah yang punya jet berkenaan, apakah kepunyaannya atau orang lain.

Begitu juga kenyataan Zahid sebagai menteri pertahanan mengenai kehilangan enjen jet tidak lama dulu. Satu masa dia mengatakan harga jet itu RM500 ribu, selepas itu dalam kenyataan lain angkanya bertukar menjadi RM 1 juta dan akhir sekali nilainya cuma RM69 ribu saja. Perbezaan kenyataan-kenyataan sebeginilah menyebabkan orang mulai mengukur kepada caka-cakap Zahid sejauh mana benar, tepat dan boleh dipercayai. Atau dia hanya berkomidi tanpa mengira tempat dan keadaan,

Terbaru beliau mengatakan ada tiga pemimpin pembangkang akan didakwa di mahkamah kerana terlibat dengan tragedi Lahad Datu. Katanya pendakwaan itu akan dilakukan selepas pilihan raya. Malangnya pilihan raya sudah hampir dua minggu tetapi pendakwaan belum dibuat. Orang ramai ternanti-nanti dengan janji Zahid itu. Apakah kenyataan itu hanya dakyah pilihan raya saja? Kalau ia sekadar modal pilihan raya untuk menimbulkan kelam kabut kepada pihak Pakatan Rakyat, nyatalah kita dapat mengukur tinggi rendah politik Zahid.

Hari ini beliau telah menyerang Anwar Ibrahim secara terbuka. Beliau nampaknya dilantik oleh Najib untuk menyerang Anwar. Najib belum memberi apa-apa ulasan berhubung himpunan Black 505 (mungkin masih phobia dengan kekalahan UBN yang hilang tujuh kerusi dan hilang undi popular) tetapi Zahid sudah mendahului Najib dengan mengecam anak-anak muda yang berhimpun.

Zahid telah mengambil alih tugas Najib dengan melayan kemarahan rakyat secara pongoh. Boleh jadi Zahid diperintah oleh Najib tetapi boleh jadi juga sikap melampau Zahid dan berperangai  macam kambing tidak cukup garam itu atas inisitifnya sendiri. Zahid mula membuat perhitungan untuk peperangan Oktober akan datang. Serangan ke atas Anwar dan pencincangan beliau kepada Pakatan Rakyat sebagai menanam saham untuk dirinya sendiri.

Bagi saya kecaman Zahid kepada Anwar atau pun kumpulan anak muda yang bersama Anwar hanya satu sandiwara bukan bertolak daripada keserisuan isu berkenaan ataupun dibuat demi kepentingan negara. Zahid ingin menunjukkan dia hero Jawa peranakan berani untuk menghalau orang. Maksud Zahid ialah untuk diperhatikan oleh 148,000 ahli Umno di seluruh negara kelak. Zahid mahu tunjukkan dalam ramai-ramai khasnya di kalangan Naib Presiden beliaulah paling berani dan konmited dengan Umno.

Kalau itulah tujuan Zahid ia tindakan silap. Zahid dinilai bukan saja kepada kenyataan-kenyataan dan dakyah 'lewel'nya dalam politik. Orang juga akan melihat kepada sejarah masa lampau, hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim sendiri. Pemerhati politik dan juga pemimpin Umno lain sudah mengenali siapa dia Zahid Hamidi. Sudah tahu bau mulutnya makan petai atau jengko atau buah geduak?

Di mana Zahid Hamidi sebelum Anwar dipecat dari Umno? Apakah yang Anwar lakukan kepadanya. Siapakah yang memberi pink form saham kepadanya. Zaman siapakah syarikat-syarikat milik Zahid seperti Tekala Sdn Bhd, Kertam Holding Sdn Bhd dan sebagainya wujud. Apakah zaman Najib menjadi Menteri Kewangan atau Anwar Ibrahim?

Dan dimanakah Zahid semasa Anwar dipecat? Bukankah Zahid tercokol berada di rumah Anwar bersama rakan-rakan pemuda Umno lain yang hidup merayap macam kutu itu?  Saya masih simpan hingga ke hari ini gambar-gambar Zahid berceramah menggerakkan semangat refomis di rumah Anwar? Dan orang juga akan menjadi tertanya-tanya kenapa selepas itu beliau boleh berundur meninggalkan Anwar dan mendedahkan kemaluannya sendiri konon dia menjadi alat Anwar. Tidakkah pendedahan itu menujukkan Zahid seorang 'komidian'?

Apa yang Zahid lakukan hari ini tidak boleh menutup apa yang beliau lakukan sebelum ini. Setiap gerak geri kita, kata-kata kita dan tindak tanduk kita direkod oleh sejarah. Sejarah tetap akan kekal selagi semua manusia tidak gila. Mungkin Zahid telah gila kepada dirinya sendiri menyebabkan segala peristiwa lalu beliau sudah tidak ingat. Kalau dia ingat dia tidak akan membuang najis atas tangga sendiri.

Kepada Zahid kita boleh maafkan tetapi beliau perlu bersikap rasional dan kurangkan emosional. Saya hendak mengingatkan Zahid lawannya yang sebenar untuk dia menjadi timbalan perdana atau perdana menteri bukan Anwar, tetapi orang lain. Zahid tidak mengenali musuh beliau siapa yang sebenarnya? Inilah kesilapan Zahid. Sasarannya salah. Inilah kesilapan kadok setelah naik junjung.

Untuk pengetahuan Zahid musuh beliau atau batu penghalang untuk beliau naik bukan Anwar tetapi Muhyuddin Yassin. Beliau harus berdepan dengan Muhyuddin secara lunak. Muhyuddin selepas akan akan menyekat kemaraanya. Najib yang kini berada dalam keadaan telor di hujung tanduk tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu Zahid kerana dirinya sendiri juga sakit.

Menyerang Anwar yang berada di luar Umno tidak menguntungkan Zahid. Bahkan tindakan itu merugikannya. Seperkara lagi beliau juga kena ingat yang mendominasi Umno kini golongan muda. Jadi sikap Zahid bermusuh dengan orang muda atau cuba menunjuk motor besar kepada orang muda ia tidak membawa apa-apa keuntungasn. Orang muda memiliki motor lebih berkuasa tinggi dari motor Zahid Hamidi.

Kalau tidak kena gaya musuh Zahid bukan saja Muhyuddin tetapi Najib juga boleh bertukar menjadi musuh Zahid. Bagi Najib beliau tidak akan bersama orang yang mulai dibenci oleh ahli Umno. Bagi Najib seburuk-buruk atau sepondan Hishamuddin dia tetap akan memilih Hishamuddin sebagai penggantinya kerana Hishamuddin ada adik beradik sepupunya. Zahid kena sedar dan tahu ini.

Seperti dikatakan tadi di dalam keadaan Najib sendiri nyawa-nyawa ikan dia tidak boleh banyak membantu orang lain termasuk Zahid. Saya meramalkan dalam pemilihan Umno akan datang Zahid tidak akan mendapat blassing sesiapa, manakala Muhyiddin sudah tentu ada itik nila yang hendak disokongnya. Hendak tidak hendak Zahid terpaksa mempertahankan jawatan secara solo.

Ketika Muhyuddin sedang menyusun tapak kepada orang yang akan menjejaknya nanti, Zahid kena sedar dia berada dilorong lain. Muhyuddin sama sekali tidak akan kenang kepadanya. Apakah kita lupa yang Zahid pernah membuat kenyataan akan bertanding jawatan timbalan presiden Umno kemudian menarik balik. Kenapa? Dan kenyataan Zahid itu tidak akan dilupakan Muhyuddin dan ia sekali lagi akan dilihat sebagai komidian. 

Seterusnya >>>

100 Ribu Bangsa Malaysia Kini Berhimpun Tuntut Pilihan Raya Bersih


Saat ini 100,000 rakyat Malaysia yang mengakui mereka sebagai Bangsa Malaysia bercampur Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum sedang berhimpun di stadium Kelana Jaya, Selangor dalam satu himpunan memprotes pilihan raya ke-13 lalu yang dianggap sebagai tidak telus, kotor dan penuh penipuan.

Walaupun terpaksa berhalangan dengan kesesakan jalan raya berkilo meter dan disirami hujan sesekali lebat dan gerimis ia tidak menghalang orang ramai untuk bergerak memasuki stadium. Ternyata semangat Bangsa Malaysia begitu kuat sekali untuki menutut pilihan raya bersih dan adil.

Himpuan yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum itu bolehlah dianggap sebagai detik meletak kerja bagi Pakatan Rakyat untuk terus bergerak bagi menumbangkan kerajaan UBN bakal dibentuk Najib Razak minggu depan.


Semengat yang ditunjukkan oleh para himpunan yang mengenakan baju hitam sebagai tanda bergabun atas kekalahan mereka sangat tingga sehingga ada yang tidak mempedulikan hujan dan tetap berdiri atas padang mendengar pidato para pemimpin Pakatan Rakyat.

Ternyata walaupun ada larangan dari pihak polis agar tidak menghadiri himpunan itu kerana ia tidak ada permit tetapi tidak dipedulikan orang ramai. Ini menunjukkan Bangsa Malaysia sudah tidak peduli dan takut kepada arahan polis.

Mungkin Bangsa Malaysia ini menjadi lebih semangatdan yakin apabila peratus undi popular memihak kepada mereka. Begitu juga penegasan Anwar Ibrahim yang mengatakan Pakatan Rakyat menang menjadi peniup semangat untuk Bangsa Malaysia berhimpun dan membuat protes.

Nampaknya episod untuk menumbangkan Najib tidak berakhir pada 5 Mei. Mereka akan terus mengasak dan mengasak sehinggalah Najib mengaku kalah.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Kecuh Depan Balai Polis Larut, SPR Hendak Ambil Peti Undi

Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.

Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti undi berkenaan.

Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.

Peti-peti itu undi adalah keras undi pos untuk parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang, Setiawan dan Pangkor. Kerusi parlimen Lumut ditanding Mohd Imran Abdu Hamid.

Dalam pada itu menurut rakan itu permit atau keizinan yang diberikan kepada beberapa orang untuk mengawal peti undi berkenaan juga ditarik balik. Waktu ini usaha sedang dilakukan untuk berunding dengan pihak polis supaya permit itu dikembalikan semula dan kawalan ke atas peti undi itu diteruskan.

Apa yang pelik dengan kejadian ini kenapa SPR awal-awal lagi hendak memindah peti undi berkenaan dan kenapa tidak tunggu sehingga habis waktu mengundi 5 Mei ini. Kalau pun ianya dibuat atas alasan untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan itu tetapi biarlah ia dilakukan dengan telus dan terbuka.

Sesiapa pun akan merasa tidak puas hati sekiranya peti-peti undi itu dipindah begitu saja tanpa apa apa-apa kawalan atau wakil parti yang memantaunya. Sepatutnya SPR memahami perkara ini dan mengambil tindakan secara profesional bagi mengelakkan kekecuhan dan sekaligus mencemarkan nama baik SPR yang sudah pun tercemar.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku


Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah menarik perhatian umum dan menjadi perhatian media massa dengan kenyataan yang menddakwa dakwaan anaknya itu (kena liwat) sebagai bohong dan satu konspirasi.

Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.

Hari ini, menjelang lima hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula. Berapa kali maaf dahhhh...

Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tetarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar.

Biarkah Azlan hendak buat kenyataan apa-apa sekali pun, buatlah. Hari ini rakyat sudah membuat keputusan mereka akan melakukan perubahan. Cerita-cerita pak pandir seperti cuba ditayangkan Azlan itu sudah tidak laku lagi. Hari ini rakyat sudah lupa semua isu, sama isu di sebelah Pakatan Rakyat atau BN. Walhasilnya yang kena sorak dan dijuah nanti ialah bapa pembacuh kopi dan anaknya kerana berdolak dalih.

Kalau pun hendak buat sadiwara janganlah nampak sangat akan kebodohan. Sandiwara yang tidak ada nilai umpama wayang yang tidak akan ditonton oleh orang ramai. Kalau tidak ramai tonton kuranglah jualan tikit dan kempislah poket. Kesian...

Saya rasa pengakuan undur belakang Azlan itu tidak akan memberi kesan kepada mood pengundi hari ini. Pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana yang mereka akan pilih. Isu-isu seperti yang cuba dibawa oleh Azlan itu sudah tidak mempengaruhi mereka lagi. Sebaliknya pengakuan reverse itu menyebabkan orang akan mencemuh kedua beranak itu.

Saat ini segala isu telah ditinggalkan oleh pengundi. Pengundi tidak lagi mengenang apa juga isu samada dari Pakatan Rakyat atau UBN. Isu kapal selem, Altantuya, lembu yang selalu dibangkitkan Pakatan Rakyat tidak menjadi perhitungan pengundi lagi. Pengundi sudah faham dengan isu-isu itu.

Begitu juga isu liwat, video lucah dan lucu juga tidak akan diperkirakan rakyat. Rakyat sudah lumat mengunyahnya. Mereka sudah hadam sehabis-habisanya mencari kebenaran atas segala isu-isu itu. Yang rakyat lihat hari ini isu calon dan keperibadian calon. Keperibadan calon, kehebatan calon atau pun kewibawaan calon yang menjadi perhitungan.

Rakyat akan pilihan calon yang berwibawa untuk disangkutkan harapan kepada negara. Sehubungan itu rakyat akan memilih parti untuk menjadi pemeritah Malaysia. UBN sudah lebih 55 tahun rakyat sudah mengenali parti itu luar dan dalam. Sekarang ini sudah sampai untuk mereka buat perubahan.

Kepada Azlan selamat berdolak dalih dan rancanglah apa saja dengan pembacuh kopi, apa juga pendedahan dan kejutan rakyat Malaysia tidak akan pedulikan kamu lagi. Rakyat akan mencemuh dan membenci kamu sampai ke bila-bila pun dan sejarah akan merakam segala apa yang berlaku.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Tokguru tidak perlu hiraukan Brahim Ali


1 MEI — Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM10 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.
Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tokguru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughalazah.
Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.
Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.
Saya tidak mahu memberi jawaban dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.
Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.
Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?
Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir-pinggir kampung Pasir Mas.
Sekali lagi diingatkan Tokguru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah. Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.
Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; “pergi taya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi..” Ada faham ke Brahim bab ini?
Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak “kirah” semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.
Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh...
RM4 juta harga Tokguru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak orang terkaya di Malaysia? Brahim, Nik Aziz bukan seperti Madir, Nik Aziz adalah Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis “menete tak reti bahasa”.
Kalaulah Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4 juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai tokguru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim.

-/  msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Mahathir Akui Umno / BN Sudah Kalah?


Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.

Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.

Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.

Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.

Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Najib Dan Mahathir Tidak Sekata Kriteria Calon

Saya rasa saya tidak salah dengar dan telinga saya tidak berdengung. Sekejap tadi saya dengar Mahathir Mohamad ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. "Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang," katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.

Baru-baru ini Umno telah menghantar senarai calonnya untuk ditapis oleh SPRM. Selepas ditapis difahamkan ada beberapa orang termasuk tiga wakil rakyat, seorang menteri dan seorang ketua menteri dan orang menteri besar dari negeri Pantai Timur tidak lepas saringan SPRM. Menteri Besar berkenaan dikaitkan dengan beberapa projek kerajaan di negeri itu yang runtuh dan rosak sebelum dipakai.


Sekarang ini ahli Umno akan bingung kata-kata atau formula siapa yang hendak dituruti; apakah Najib atau Mahathir. Kalau mengikut Mahathir orang yang rasuah, ada skandal dan kes jenayah tidak mengapa asalkan mereka Umno. Manakala Najib pula tidak mahu calon-calon berpenyakit dipilih menjadi calon. Ini bermakna kalau ada mereka yang tidak bersih menjadi calon mereka hendaklah ditolak kerana ia boleh merosakkan reputasi Najib dan Umno.

Apakah Mahathir membuat rayuan itu kerana dia tahu kalau calon ditapis mengenai kredibilitinya seperti mana dikehendak Najib, menyebabkan tiga suku calon yang bakal dikemukakan nanti tidak layak menjadi calon kerana mereka rasuah? Mahathir tentu tahu siapa kentut busuk atau 'jubur belengah' didalam Umno. Semua fail-fail menteri dia pegang dan fail itulah dijadikan modal ataupun senjata dia mengugut tokoh-tokoh Umno supaya bersujud sawi atau jangan melawannya ketika di jadi bos dulu.

Najib sendiri juga ada fail tertentu yang dipegang oleh Mahathir. Muhyiddin Yassin juga ada, Zahid Hamid apa lagi, disebabkan fail berwarna pink bertanda RAHSIA itulah menyebabkan bekas ketua pemuda itu mufaraqah dari kem Anwar Ibrahim dan berundur ke kem Najib/Mahatir semula semasa Anwar sednag menghadapi saat-saat kritikal bila dipecat Mahathir.

Demikian juga dengan Shafei Afdal, Hishmuddin Hussein semuanya ada fail bertanda sulit yang pernah Mahathir pegang. Saya yakin pendua fail itu masih ada di pejabatnya di Yayasan Perdana.

Jadi hari ini apakah Najib alkan akur dengan kehendak Mahathir itu yang sudah jelas melentang transformasi yang dilakukannya. Najib berkehendakkan calon yang mempunyai syaksiakn yang baik, suci dari skandal dan tiada rasuah sebaliknya Mahathir pentingkan kemenangan.

Dalam pilihan raya lalu (2008) lalu Najib yang juga turut membuat seleksi calon telah menggugurkan beberapa orang ketua bahagian yang dicadangkan menjadi calon disebabkan kerana rasuah. Najib bertegas mengenai hal ini. Katanya ketua bahagian dariTerengganu itu puas merayu kepada Najib agar dilepaskan - untuk jadi calon, tetapi Najib tegas menyebabkan ketua bahagian itu akhirnya tidak bertanding tetapi diselamatkan Najib dari dituduh rasuah berhubung pembinaan highway. Perlepasan itu sebagai syarat dia tidak menuntut menjadi calon!

Itu masalah Umno, sama-sama kita tenguk nanti bagaimana rupa paras calon-calon yang akan bertanding atas tikit Umno kelas. Apakah ia calon yang sudah ditapis ataupun calon yang langsung tidak ditapis. Kalau banyak calon yang tidak dilapis bertanding ini bermakna Mahathir Mohamad ternyata lebih berkuasa dalam menentukan calon daripada Najib. Desas desus mengatakan Mahathir telah mengambil alih kuasa Najib bersama Muhyiddin sangat jelas dan nyata sekali.

Silap-silap hari bulan Khairy Jamaluddin juga termasuk yang telah melepasi tapisan tetapi ia akan dinafikan kerana Mahathir tidak menyukainya. Inilah akan berlaku kalau Mahathir kembali menjadi presiden sementara dalam pilihan raya ini. Mat... Mat mana lagi Mat  Maslan lah khabarnya sudah terlebih layak sebab saham Felda jatuh. Heheh geli aku

http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya.

Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita. Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu.

Nah.. begitu juga dengan polis, apa lagi orang seperti Musa Hasan, bekas IGP. Orang yang bertaraf sepertinya tidak mungkin akan terbalik ketaatanya kepada kerajaannya dengan begitu mudah kalau tanpa ada sebab musabab besar. Apa lagi kenaikannya menjawat jawatan itu dengan melangkau beberapa orang pegawai senior lain lagilah dia perlu berdisiplin. Dalam kata lain kenaikan Musa menjadi IGP kerana ada sebab bersebab tentulah dia berterima kasih banyak kepada 'rekmendor'nya.

Jadi apabila dia menunjukkan angin kepada Pakatan Rakyat menyebabkan saya berburuk sangka mengira ada sebab bersebab dan ada undang di sebalik batu. Saya mengambil pedoman bidalan orang tua-tua; tempuan tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Justeru apabila Musa menunjukkan baik hati dan buang tabiat ingin berbudi dengan Pakatan Rakyat tertentu ia ada motif tersirat.

Lantaran itu sebaik saya mengetahui dia sedang merisik untuk menyertai PAS, saya terus menembaknya awal-awal lagi. Saya memberi ingatan kepada PAS agar tidak mudah terpesona dan tertawan dengan perubahan fiil perangai Musa Hasan. Gara-gara itu menyebabkan Musa terpaksa menafikan dan PAS juga terpaksa membuat penelitian semula terhadap sikap ganjil Musa.

Wahasilnya dia tidak jadi mengisi borang PAS. Terima kasih kepada tokoh veteran Umno yang memecahkan maklumat ini kepada saya. Mungkin kalau maklumat ini tidak terpecah awal boleh jadi Musa kini sudah pun berada dalam PAS, dan telah pun hadir ke muktamar PAS di Kota Bharu yang lalu.

Apabila beliau gagal untuk menyusup di dalam PAS dan memecah belah kepaduan PAS dengan parti Pakatan Rakyat khasnya PKR, beliau membuat tektik dan strategi lain. Musa memang seorang hebat dan tidak tahu malu muka. Seorang tali barut yang bagus. Bayaran atau pun benefit yang bakal diperolehinya kalau misinya berjaya mungkin dapat membayar segala malu aid dan maruahnnya yang tergadai kerana aksi itu.

Selepas gagak mengetuk pintu PAS dia berjinak-jinak pula dengan Anwar Ibrahim. Langkah pertama dia menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Anwar di dalam satu laporan polis menuduh dia terlibat dalam menyembunyikan maklumat bersama Ghani Petail. Penarikan balikan saman itu mengejutkan bukan saja Anwar tetapi orang ramai juga. Apa lagi ianya bukan atas kehendak Anwar.

Semua orang naik bingung dan mula merasakan Musa seorang yang baik dan lebih diharapkan dia akan membantu perjuangan Anwar kononnya atas rasa insaf kerana menyusahkan Anwar sewaktu era reformasi dulu. Mereka yang berhati lembut mulai merasa lunak dengan Musa dan suka sangat kalau dia berbalik hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.  Kehadiran Musa itu akan disambut dengan pulut kuning dan ayam panggang.

Keberanian diambil oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah,  Fauzi Shaari dijadikan ukuran bagaimana hati nurani Musa terbuka dan menginsafi apa yang berlaku. Begitulah selalunya rakyat bersangkat baik kepada penjawat awam, walaupun rekod penjawat awam itu cemar dan buruk dan menyakitikan hati mereka sewaktu memegang kuasa.

Sebenarnya beberapa bulan sebelum Musa cuba menjinak diri dengan PAS sudah ditaburkan propoganda kononnya Musa seorang yang kuat bersembahyang. Nama ayahnya Hassan Azhaari digunakan untuk mernunjukkan akan ketinggian budi dan akhlak bekas IGP ini. Saya sudah hairan kenapa nama Musa tiba-tiba dijaja dengan sebegitu rupa. Belum pernah selama beliau berkhidmat di dalam pasukan polis nama baik dan maruah ayahnya ditimbulkan bersama namanya. Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya.

Seperti kata tadi selepas gagal menjinakkan PAS dia cuba menjinakkan Anwar pula. Anwar juga mulanya sudah mulai termakan dengan perangkap Musa dan mulai hendak jinak dengan Musa Hasan. Begitulah Anwar seorang yang tidak tahu berdendam dan pemafaat serta redha atas takdir yang berlaku mudah bersangka baik. Dia tidak tahu implikasi di sebalik bersangka baik sebab itu dia selalu kena main dalam manis oleh konspirator yang hendak menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat. Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.

"You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami.

"Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja.

Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas. Adik Anwar, Rosli yang berdiri di sampng kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar. Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu.

"Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya. "Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula. Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan.

Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya."

Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa. Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia  meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa. Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR.

Dan, Musa Hasan ternyata frust dengan dua kegagalan itu; menyertai PAS dan berbaik dengan Anwar. Rasa kecewa Musa ini jelas sekali apabila beliau telah meralatkan semula kritikan beliau ke atas polis yang agak lantang sebelum ini dengan mengatakan jangan salah anggap sikap vokalnya kepada polis. Sebelum ini, sewaktu hendak berbaik dengan Anwar bukan main lagi dia mengkritik kepimpinan polis yang kononnya berlaku penyalahgunakan kuasa.

Penjelamaan beliau dalam majlis Bicara Mahathir, di Karangkraf beberapa minggu lalu pula menjelaskan siapa dia Musa sebenarnya. Kehadiran itu menunjukkan keakraban dia dengan Mahathir dan masih melaksanakan misi atas kehendak Mahathir? Dia masih belum berubah dan apa yang cuba dilakukan sebelum ini adalah strategi dan sandiwara semata-mata.

Terbaru tuduhan Musa kononnya Pakatan Rajkyat akan menghidupkan semula akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa tujuan dan motifnya. Tuduhan itu jelas berniat jahat ke atas Anwar Ibrahim. Dia mahu agar orang Melayu marah kepada Anwar. Tuduhan itu menjelaskan betapa busuk pahitnya hati Musa Hasan.

Dia ini sanggup melakukan saja untuk survivenya. Kalau dia tahu asal usul dan perjuangan menentang ISA dia tidak akan buat tuduhan itu. Dia tidak akan tergamak untuk bercakap bohong dan menyatakan sesuatu yang semua tahu. Siapakah yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA. Apakah Umno dan Mahathir atau pun Anwar dan Pakatan Rakyat?

'Debek' dan 'ngor' sangatlah sebagai bekas IGP tidak mengetahui sejarah mengenai ISA dan perjuangan menentang akta berkenaan. Jadi sekali lagi tindakan dan fitnah Musa itu menggambarkan rupa dirinya sebenar. Dalam banyak hal saya nampak Musa sama mempunyai watak dan bentuk hati seperti Mahathir. Suka melempar batu sembunyi tangan dan mengamalkan politik kotor tanpa mengira masa dan ketika. Yang penting semua itu akan memuaskan hatinya.

Bila mengenangkan kecelaruan Musa hari ini saya merasa bahagia kerana apa yang saya bimbangi terhadapnya tidak sempat menjadi kenyataan. Musa gagal untuk memecah belahkan PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menjadi tali barut atau pun musang berbulu ayam dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Mahathir Terus Melontar Najis Ke Mukanya


Mahathir: Nafikan dulu buku ini. 

Selepas bekas KM Sabah Salleh Said Keruak membuat dakwaan Anwar Ibrahim terlibat dalam projek IC palsu di Sabah, saya sedang menunggu perkembangan selanjutnya. Saya tidak nampak kenyataan dan dakwaan Salleh itu memberi impak besar dan tidak akan tersambung. Tentu akan ada hulubalang lain akan menyambung dakwaan Salleh itu.  Apa dilakukan Salleh itu sekadar membuka idea, macam mana untuk mengelakkan rakyat Sabah membenci Umno.

Bagaimana pun Anwar Ibrahim terus membalas kenyataan Salleh itu secara ringkas dengan mengatakan dia tidak terlibat. Barang kali kenyataan itu sudah mencukupi bagi Anwar, tanpa memberi hujah dan bukti tambahan. Dan mereka yang mengikuti perbicaraan dan siasatan RCI ternanti-nanti dengan penuh minat untuk mengetahui perkembangan selanjut.

 

Setakat ini siasatan RCI tidak terkeluar nama Anwar dan nama-nama lain lebih besar yang terlibat dengan projek huduh nasional itu. Yang terkeluar ialah dua nama bekas menteri kabinet, Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub di samping nama seorang bekas KM Sabah, Osu Sukam. Orang pun faham apabila dua nama bekas menteri kabinet itu disebut dan keluar. Orang tahu menteri kabinet itu menjadi 'anak ayam' kepada siapa. Menjadi boy kepada siapa?

Megat Junid (sudah mati) dan Abdul Aziz Shamuddin tidak mesra dengan Anwar. Walaupun mereka berada dalam parti sama, tetapi jarang malahan boleh dikatakan tiada langsung agenda Umno yang digerak oleh mereka bersama. Masing-masing bergerak mengikut arah pandu berbeza. Dalam kata lain Aziz bersama Megat Junid tidak akan berpakat dengan Anwar kerana mereka sebenarnya adalah 'bermusuh' di antara satu sama lain. Mereka bertentangan bukan saja dari ideologi atau aliran pemikiran, tetapi Abdul Aziz Shamsuddin adalah memusuhi Anwar secara tersendiri.


Berdasar chemistry itu jelas apa didakwakan oleh Salleh Said Keruak itu hanya tuduhan semata-mata. Satu palitan fitnah untuk memburukkan reputasi Anwar yang masa kini semakin mendapat sambutan di Sabah. Salleh sepatutnya mendedah apa-apa bukti penglibatan Anwar lebih jauh dari itu dan bukan sekadar membuat tunduhan bersifat 'lancau'.

Jadi hari ini bila orang yang pernah mendapat jolokan Mahafiraun, Mahathir Mohamad membuat pengakuan kononnya Anwar terlibat dalam projek IC palsu itu ia menempati apa yang saya bayangkan. Saya sudah merasakan idea Salleh Said Keruak itu akan diperpanjangkan oleh Mahathir, dan itu yang diharapkan kerana Salleh sendiri tahu powernya tidak sekuat mana.

Dalam penjelasan hari ini Mahathir tidak menyebut dengan jelas penglibatan Anwar hanya berandaian. Katanya Anwar suka berbuat sesuatu tanpa arahan, kadang-kadang melebihi daripada apa yang dia buat. Nah dengarlah, itulah jawaban mengubah jiwa orang (psykologi) yang selalu Mahathir guna. Itulah tektiknya. Dia suka memberi percakapan tanggung untuk diterjemah oleh orang ramai mengikut dendangan iramanya. Bagi orang yang bersujud sahwi dan taksub "dalalah" kepadanya akan mempercayai apa yang diucapkan oleh Mahathir.

Katanya lagi, dia akan dedahkan penglibatan Anwar itu di mahkamah sekiranya di panggil memberi keterangan. Kenapa tunggu di mahkamah. Mahathir boleh dedahkan hari ini juga. Bila masa pula Mahathir menghormati mahkamah. Dulu semasa dia mendedahkan afidavit untuk memenjarakan Anwar, Mahathir tidak pun pedulikan peraturan mahkamah? Tetapi kenapa hari ini perlu nanti mahkamah panggil?

Begitu pun kita alu-alukan Mahathir ke mahkamah dan begitu juga dengan Anwar. Kita harap RCI memanggil mereka berdua ini. Walaupun tiada tanda dan hubungan Anwar terlibat dalam projek itu tetapi kerana dia berada bersama Mahathir dalam Umno ketika itu, kita boleh mengandaikan ianya turut terlibat.

Memanggil Mahathir dan Anwar adalah tindakan terbaik.

Seperkara lagi saya hendak sebut di sini untuk difikir, siapakah terlibat atau tidak dalam projek IC palsu itu, ialah kehadiran sebuah buku berjudul "IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?" yang ditulis oleh Mutalib M.D.

Walaupun buku itu itu bukan merupakan laporan sahih yang disahkan oleh mana lembaga, tetapi ia boleh dijadikan panduan. Di dalam buku itu nama yang disebut dengan projek itu ialah Mahathir bukannya Anwar. Gambar Mahathir tertera di muka depan, tiada wajah Anwar. Kalau apa yang didedahkan dalam buku palsu kenapa tiada tindakan ke atas penulis dan penerbitnya.

Kalau Anwar terlibat dengan projek IC palsu sudah tentu gambar Anwar juga tertera sama dengan gambar Mahathir. Semasa isu projek IC palsu itu Anwar masih bersama Umno dan wajar ia dihukum sama ketika itu kalau dia terlibat. Tetapi kenapa tidak. Kalau tidak kesemuanya sekurang-kurang ada nama Anwar dikaitkan dengan projek syaitan dikenali itu.

Mudahnya kenyataan Mahathir mengaitkan Anwar dengan projek IC palsu adalah ulangan kepada sikap dan fiilnya yang suka mengenakan getah nangka kepada orang lain. Itulah kerja licik dan bijak Mahathir menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah walaupun dia adalah pemuka utamanya. Dalam serbi serbi Mahathir berbuat begitu.

Tragedi Memali tahun 1985, Mahathir langsung tidak bertanggungjawab dan kejadian itu diletakkan atas bahu Musa Hitam. Kerugian Perwaja Steel di Terengganu melibatkan kerugian lebih RM800 billion Mahathir letakkan atas Eric Chia. Kerugian projek kereta nasional, Proton, Mahathir letakkan atas menterinya yang memberi AP kepada kereta luar. Ah, bermacam-macam kerugian dan kejadian jenayah lain semuanya Mahathir mengelak dan mencari kambing hitam untuk dijadikan korban. Mahathir seorang yang berbohong tanpa berkerut kening, kata orang Kelantan.

Mengenai projek IC palsu ini Mahathir boleh elak tetapi orang tidak akan percaya yang dia tidak terlibat. Projek ini adalah skandal terbesar didalam negara ini yang menyebabkan negara boleh 'kalah perang' terlepas kepada orang lain. Tidak dapat tidak sebagai menteri dalam negeri dan perdana menteri Mahathir maha mengetahui mengenainya. Salah satu kes jenayah yang akan dituduh ke atas Mahathir sekiranya Pakatan Rakyat memerintahkan nanti ialah mengenai memalsukan warganegara ini.

Seluruh rakyat yang faham dan mengetahui kuasa seorang perdana menteri tidak akan menolak penglibatan dan peranan Mahathir, lagi pun beliau sendiri sudah membuat pengakuan di luar mahkamah yang beliau berikan taraf warganegara kepada warga asing atas alasan Tunku Abdul Rahman pun berbuat demikian.
Mahathir boleh lari dan mengelak tetapi orang tidak akan mempercayainya. Hanya dua manusia saja yang mempercayai apa yang beliau katakan, pertama anaknya Mukhriz dan penyokong nombor wahidnya yang sanggup menjilat punggungnya, Inchek Ibrahim Ali.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Tamrin Tempelak Brua Umno

Tamrin sedang menyampaikan ceramah.
Semalam anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba, Tamrin menempelak para brua Umno yang tidak habis menakut-nakut orang Melayu khasnya di kampung dengan menimbulkan cerita-cerita yang tidak masuk akal kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya.


Kata Tamrin, Umno menerusi agensinya sanggup memperbodoh-bodohkan orang Melayu sampai sanggup menengelamkan fakta yang ada di depan mata mereka.

Misal kata beliau, boleh agen Umno bercerita kepada orang Melayu kampung sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi di Pulau Pinang negeri itu akan terus menjadi milik Cina, hari ini pun dakwa mereka DAP sudah berkuasa apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Dengan nada lelucoh Tamrin menyebut satu persatu bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini; katanya KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa Bugis, yang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa, ketiga Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau.

"Hanya kini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina," sinis Tamrin.


"Saya hairan dengan Umno dan agen-agennya ini masakan buta sejarah begitu teruk sekali," katanya sambil disorak oleh para hadirin. Tamrin membuat senikal itu semasa berceramah di Padang Bola Rejang Setapak malam tadi. Tambah beliau lagi memang patut kalau kita hantarkan mereka ini ke sekolah semula dari Tadika hingga ke IPTA untuk mengenalkan mereka dengan sejarah dan fakta-fakta yang direkod.

Tambah beliau lagi, Umno dan agennya boleh memberi tahu apa saja yang tak tersaul dek akal kepada orang ramai, tetapi orang tidak akan mempercayainya. "Umno boleh mengadu dombkan rakyat, membuat fitnah dan sebagainya, tetapi rakyat akan menolaknya, percayalah tuan-tuan, kerana rakyat sudah naik muak," kata Tamrin lagi.

Bekas Exco Pemuda Umno yang kini sudah menjadi ahli PAS seumur hidup itu dan menjadi penceramah paling popular juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini, Lim Guan Eng kerana telah membantu dalam pengembangan Islam di negeri itu di mana jumlah bantuannya lebih banyak berbanding dengan bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan BN di mana Umno bersekongkol sekali sebelum ini.

Beliau lantas menyebut angka-angka yang diperuntukkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk institusi agama di negeri itu berbanding dengan sebelum ini.

Peruntukan berkaitan hal ehwal agama Islam semasa BN sejak 55 tahun lalu, RM25.7 juta (2008) sekarang di zaman DAP sebanyak RM33.2 juta (2009), RM38.9 juta (2010), RM45.7 juta (2011) dan RM64.03 juta (2012).

Saguhati tahunan untuk KAFA, di zaman BN sebanyak RM659,000.00 (2008) di zaman Pakatan Rakyat RM879,000.00 (2009), RM913,200.00 (2010), RM900,000.00 (2011) dan RM900,000.00 (2012).

Yang paling mendukacitakan katanya ialah peruntukan tambahan tahunan untuk sekolah rendah Rakyat (SAR) kosong di zaman BN, manakala di zaman DAP atau Pakatan Rakyat lebih RM4 juta.

Begitu juga degan sumbangan dan pengikhtirafan al Hafiz, ehya ramadhan dan program bulanan al Quran tidak pernah wujud dan ada peruntukan di zaman BN tetapi kini diwujudkan dan diberikan peruntukan di zaman DAP.

Fatka yang ada dihadapan kita tidak boleh disembunyikan begitu saja dan rakyat sudah celik maklumat. Kerana itu katanya, baginya Umno kini sudah kehilangan kompas untuk mencari arah dan jalan bagaimana untuk kekalkan kuasa.

"Tidak perlu hairan tuan-tuan kalau Allah hendak tarik kuasa dari sesuatu puak dan kumpulan itu ia akan berlaku dengan sendiri, salah satu caranya ialah mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan diri mereka sendiri," katanya sambil menekannya apa dilakukan Umno kini adalah menjelaskan mereka akan kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum nanti.

Majlis malam tadi adalah anjuran bersama NGO Pahlwan bagi membantu calon Pakatan Rakyat bagi parlimen Setiawangsa dalam piliha raya umum nanti. Dalam pada itu adalah elok kalau PKR yang diperuntukan kerusi berkenaan tidak lagi mencalonkan bekas calon sebelum ini Ibrahim Yaacob kerana kurang wibawa dan tidak mesra rakyat.

Ada juga yang berpandangan kerusi Parlimen patut diserahkan kepada PAS kerana PAS mempunyai calon berwibawa untuk diletakkan di situ.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Rakyat Kelantan Ketawakan Najib, Hasan Akidah Kena Mohon Maaf


Baru sampai rumah dari Kelantan dalam rangka menjalani satu misi khas di sana. Selepas Najib Razak kunjung ke Kelantan saya perlu balik untuk mengambus tapak-tapak jejaknya? Hehe. Hari ini hujan turun di sekitar kawasan Najib mengadakan program semalam. Jadi tapak jejak Najib sudah habis hilang, tak sempat saya menyapunya.Jadi saya fokus seratus peratus kepada misi utama.

Seperti tapak jejak Najib hilang maka begitu juga hilangnya kesan dan ingatan orang kepada tujuh perkara yang Najib janjikan. Seperti mana kata Husam Musa dalam satu kenyataanya hari ini, cara Najib berjanji dengan syarat Umno menang di Kelantan adalah satu penghinaan.

"Tidak memberi kesan apa-apa bos," begitulah pula tutur seorang peniaga kain di Kota Bharu mengulas mengenai janji Najib.

"Tapi katanya ramai orang?" usik saya kepada seorang penghulu.
"Memang ramai sebab di kerah, cikgu pula pagi-pagi lagi dah berada di kawasan RTC untuk melakukan senam arobik dengan Rosmah Mansor," kata tok penghulu yang menjaga hal ehawal orang-orang Cina.

Banyak ulasan mengenai janji Najib semalam. Berbagai-bagai versi dan satu pun tidak positif. Janji Najib diperli dan diketawai oleh rakyat Kelantan.

Di sini saya nak sebut juga sikit sikit sebagai ole-ole malam ini iaitu mengenai berita busyro keputusan mahkamah yang mendapati Utusan Melayu bersalah kerana memfitnahkan Anwar Ibrahim.

Keputusan itu saya rasa dinanti-nantikan oleh semua orang. Keputusan itu menunjukkan segala apa yang surat khabar itu cakap mengenai Anwar adalah bohong dan fitnah. Pun begitu surat khabar yang sudah terkenal dengan bohong dan fitnah itu tidak akan berhenti. Ia semacam sudah melakukan 'hara kiri' dalam dunia persurat khabaran. Utusan sudah tidak tinggal apa-apa maruah lagi. Baginya ia akan melakukan seberapa banyak fitnah demi membela Umno kerana ia tahu selepas ini surat khabar itu akan tiada lagi.



Di sebalik keputusan itu ada orang bernasib baik dan perlu jaga mulutnya selepas ini. Dia tidak boleh cakap ikut sedap saja. Orang dimaksudkan itu ialah Hassan Akidah. Nasib baik Anwar tidak ikut saman beliau kalau tidak dia juga pasti akan dihukum berrsalah memfitnah Anwar.

Dan kalau Hasan benar seorang yang jujur, ada integriti apabila Utusan sudah didapati bersalah atas kenyataan yang dibuatnya, Hasan automatik kena memohon maaf kepada Anwar. Dia kena malu dan ambil tanggungjawab. Utusan menerima nasib malang dan mungkin kena bayar ratusan ribu itu ialah kerana 'pembohongan' dan 'fitnah' Hasan Akidah.

Kalau Hasan tidak tampil membuat permohonan maaf Anwar boleh mempertimbangkan untuk memulakan saman ke atas Hasan pula berasaskan kenyataannya yang dipetik oleh Utusan itu. Tetapi kenapa Anwar tudak menyaman sama Hasan bersekali kerana bagi Anwar, Hasan adalah tahi kuku saja. Maaflah catatan ini bertabur sedikit. Selamat malam dan istirehat.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Menggulung panji kemenangan esok


Himpunan akhir menjelang pilihan raya umum ke-13, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tetap akan diadakan di Stadium Merdeka lokasi awal yang ditetapkan. Walaupun ada cadangan daripada polis Kuala Lumpur agar ia dipindah ke stadium Nasional Bukit Jalil, kononnya untuk memudahkan manusia dimobilis namun pihak penganjur tetap mahu meneruskan himpunan itu di Stadium Merdeka.

Cadangan itu semacam suatu perangkap?

Alasan yang diberikan, kerana persiapan telah dibuat di stadium Merdeka. Semua persiapan pentas dan layar besar untuk 'menampung tonton' peserta yang dijangka melimpah tidak dapat masuk ke dalam sudah dipunggah ke stadium berkenaan. Lagi pun stadium itu ada signifiken tersendiri terhadap himpunan berkenaan. Sekiranya selapas pilihan raya nanti UBN 'syahid' dan Pakatan Rakyat mengambil alih kekuasaan, ia akan dicatat; himpunan sejarah yang menjatuhkan kerajaan UBN dan meruntuhkan hegomeni Umno klimaksnya di situ - Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka itu juga akan menambah satu lagi bahan koleksi momentum kemerdekaan negara ini.

Apa yang harus difahami HKR adalah himpunan bukan saja menuntut lapan perkara berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi dilaksanakan seperti mana dideklarasikan oleh Bersih. Tetapi ia membawa makna lebih besar dari itu. Maksud dan mesej lebih jauh dari itu untuk mendapat kemerdekaan negara dan rakyat lebih bererti lagi. Kemerdekaan bagi membebaskan rakyat dari ketidakadilan, penindasan dan kezaliman ciptaan UBN.

Kemerdekaan sebelum ini adalah kemerdekaan bangsa Melayu, tetapi kemerdekaan selepas 56 tahun bakal dicapai nanti apabila runtuhnya hegomeni Umno dan BN, adalah kemerdekaan rakyat. Justeru kemerdekaan rakyat ini lebih besar dan hebat dari kemerdekaan tahun 1957 itu. Semua bangsa di dunia kini sedang menuntut kemerdekaan peribadi rakyat.

Jelas, bukan semua lapisan rakyat menerima amanat pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lalu. Kemerdekaan itu ada unsur-unsur ketidaktulenannya. Ia adalah kemerdekaan yang dirancang atau kemerdekaan subsidi. Kemerdekaan itu kurang menjerap. Sebab itu bangsa Indoneisa bila bercakap fasal kemerdekaan Malaysia mereka akan ketawa. Mereka menganggap kita bukan merdeka, cuma diberi kemerdekaan. Ertinya kemerdekaan tanpa peperangan.Celaka kau Indoneisa?

Mungkin itu persendaan Indoneisa yang tidak sukakan kita, tetapi hakikatnya tiap dari kita yang bernafas dan bernaug disini memahami sejauh mana keberertian kemerdekaan itu. Setiap dari kita tahu seluas mana ruang kemerdekaan diberikan kepada kita.

Kerana kemerdekaan disedekahlah maka kita banyak tunduk kepada kuasa kolonial. Dalam bidang tertentu kita masih lagi terikat dengan kolonial. Paling jelas mengenai perlembagaan negara yang digunakan pakai kini dan diagungkan oleh Umno. Ia tidak mempunyai sprit dan roh Islam. Umnolah yang menjadi juara mendukung perlembagaan itu. Lantaran itu bagi PAS apa yang diperjuangkan Umno itu perlu ditentang kerana ia berkonsepkan perlembagaan sekular.

Pihak yang menerima kemerdekaan seperti yang ada, akan mempertahankan apa yang dikatakan kemerdekaan itu. Kenapa, kerana kemerdekaan hari ini lebih merupakan kebebasan untuk mereka melakukan apa yang mereka citakan bukan yang rakyat seluruh impikan.  Kemerdekaan negara digunakan sebagai kemerdekaan melaksanakan hak dan kemahuan peribadi mereka, Umno. Kemerdekaan kini membela dan memberi kesenangan kepada kroni dan bersifat nepotisme.

Sebab itu himpunan esok mereka akan menghalang, mengejek, mempersendakan dan berusaha untuk mengagalkan kerana ia bakal mengacam hidup dan kehidupan mereka. Rakyat pula menerusi Pakatan Rakyat akan cuba membangunkan sebuah kemerdekaan sejati, kemerdekaan rakyat yang bakal membebaskan mereka dan merasai kehidupan lebih adil dan saksama. Kemerdekaan untuk membaiki kemerdekaan negara bangsa.

Berdasarkan realiti itu maka semua lapisan rakyat yang mahukan kepada kemerdekaan peribadi yang hakiki, kemerdekaan rakyat, kebebasan dalam erti kata sebenarnya menurut konsep beragama perlu hadir beramai-ramai ke stadium Merdeka untuk menyatakan hasrat dan menyuarakan kemahuan kepada kebebasan.  Kalau tidak sempat hadir tetapi harus mendoakan dari jauh dengan penuh tawaduk dan istiqamah.

Polis jangan jahat

Atas janji pihak berkuasa polis yang sedia mengawal keadaan tidak perlu takut dan gentar untuk hadir. InsyaAllah esok tidak akan ada kerkecohan dan ketegangan berlaku seperti sebelum ini.

Himpunan esok juga merupakan ujian besar kepada Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia. Rakyat seluruhnya akan melihat dan menjadi saksi apakah perubahan yang dibawa oleh PR benar-benar dituntut oleh rakyat atau ia tidak lebih menjadi modal dan ilusi pembangkang saja. Ia akan terbukti kalau himpunan besar jumlahnya mencecah lebih 500,000. Dan sekiranya sasaran 1 juta jiwa berjaya dicapai ia memberi isyarat jelas yang Najib Razak dan semua kepimpina UBN perlu 'meninggalkan' segera negara ini. Oh ya jangan lupa angkut Mahathir Mohamad sekali.

Yang akan dinanti dan disaksi esok juga apakah himpunan itu berlangsung dalam aman dan harmoni. Ini penting. Semua pihak yang terlibat esok kena memastikan tidak ada sebarang kekecohan. Tunjuk dan buktikan setiap orang yang hadir ikhlas dan tulus untuk mencari kebenaran. Sekiranya himpunan itu esok menjadi tegang, huruhara ia akan memberi implikasi buruk kepada rakyat yang sedang memerhati. Pintu pilihan raya yang akan di buka bila-bila masa itu belum pasti rakyat akan memasuki dari arah pintu PR kalau berlaku keburukan esok.

Ingatan kuasa kepada anak-anak muda PR supaya tidak terlebih emosi. Ingatlah perangkat dan dalih yang berada di hadapan. Tidak ada guna sedikit pun kita berjaya berhimpunan tetapi himpunan itu rosak dan menjadi hodoh. 

Ini semua akan terjawab dan tercermin dalam himpunan besok. Jumlah kehadiran, kelicinan himpunan berkenaan adalah dua faktor utama. Tidak kira kalau pun himpunan itu dikucar ganggu atau pun diburuk dan dihuduhkan mana-mana pihak ia tetap memberi impak kepada Pakatan Rakyat.

Buat polis sendiri yang berjanji untuk memberi perlindungan mengawal dan tidak akan melakukan provokasi atau menggunakan anggota gelap untuk membuat kacau, anda juga akan diperhatikan esok. Kalau himpunan esok dikacau, kelompok manusia disembur gas dan air gatal, dipukul dan ditangkap maka anda tidak akan dipercayai selama-lamanya oleh rakyat negara ini. Rakyat akan melihat anda adalah musuh dan anti kepada kemerdekaan rakyat. Akta Perhimpunan Aman 2012 mungkin tidak sesuai diguna esok.

Maka anda juga perlu menjaga kredibiliti dan integriti anda esok sebaik yang termampu. Jaga maruah dan penghormatan anda esok. Anda sesekali jangan menganggap dengan segala macam senjata yang ada miliki ia boleh melindungi anda. Iya mungkin ia berguna kepada anda di dunia ini tetapi tidak diakhirat.

Esok adalah penting, adalah mustahak kepada semua pihak, khasnya Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jayanya himpunan esok bererti negara ini akan bertukar pemerintah menjelang Mac atau April ini. Gagalnya himpunan esok bermakan BN akan terus kekal untuk memerintah negara untuk sekurang-kurang 30 tahun akan datang.

Renungi dan hakimilah peristiwa esok dengan sebaik-baik renungan dan penghakiman. Selamat berhimpun dan menjulang kemerdekaan kepada semua. Merdeka, Merdeka, Merdeka Rakyat Malaysia. Kemaskan panji kemenangan didalam tangan setiap dari kita.

- http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Umno Kelantan sudah mula gaduh

Salah satu baner yang desak agar Dali tak jadi calon.

Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.

Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.

Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.

Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.


Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.

Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.

Contohnya apa yang berlaku dalam Umno Bahagian Tanah Merah. Segelintir ahli tidak senang dengan politiking ketua bahagiannya, Ikhmal Hisham yang dikatakan memaslukan keahlian. Ekoran itu laporan dibuat kepada Pejabat Setiausaha Agung namun ia dibekukan begitu saja. Apa jadi, akhirnya maslaah keahlian palsu di dalam Umno Kelantan terpaksa diheret ke mahkamah ekoran itu juga menyebabkan Umno Tanah Merah berkucah.

Tampaknya begitu juga apa yang berlaku di Pengkalan Chepa. Sebelum ini Umno Pengkalan Chepa adalah bahagian yang agak lantang dan kerap mencabar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segala tindakan Umno Pengkalan Chepa seolah-olah menunjukkan ia berada dalam kekompakan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini ia memberi gambaran sebaliknya.

Dengan apa yang berlaku di Pengkalan Chepa itu memberi petanda kurang baik kepada Umno Kelantan. Kalau tunjuk perasaan dan desakan ke atas Dali itu merupakan protes dalaman, ini bermakna kejadian cas keting dan sebotaj sesama sendiri tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini sudah kedengaran berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pimpinan Umno di beberapa buah bahagian berhubung masalah calon. Perihal calon boleh menang (winnable candidate) ini sudah merebak perlahan-lahan ia membakar seperti api membakar dalam sekam.

Katanya ada pimpinan bahagian yang merasakan mereka lebih layak dan senior dalam parti kurang senang dengan penampilan beberapa calon boleh menang. Mereka juga mendakwa sudah bertahun menggerak jentera parti serta mendekati ahli serta sudah berbelanja ratusan ribu tiba-tiba bila calon hendak diserahkan kepada orang lain ia kurang disenangi.

Sudah kedengaran desas desus dan cakap-cakap mengatakan sekiranya pihak atasan tetap mengutamakan calon boleh menang dan mengenepikan calon pilihan bahagian, calon berkenaan akan disebatoj. Jika ini berlaku ia boleh merosakan potensi Umno untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru apa yang berlaku bakal memeningkan Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan. Di Kelantan dengarnya sekurang-kurang empat atau lima calon boleh menang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Idea winnable candidate yang cetuskan Najib Razak ini juga katanya telah mencelarukan keadaan.

Ada pimpimpin yang katanya bersetujuan dengan konsep calon boleh menang itu tetapi ianya di depan saja tetapi bersedia melakukan sebotaj di belakang. Insiden yang berlaku di Pengkalan Chepa itu perlu disekat oleh pihak Umno. Kalau ia tidak disekat, aksi-aksi protes calon itu akan berjangkit dan merebak ke kawasan lain.

Sudah pasti tunjuk perasaan di airport itu akan menjadi idea kepada pihak-pihak lain pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau pemilihan calon di bahagian masing-masing. Tambahan pula berlaku di Kelantan di mana orang Kelantan ia unik dan sedia berpatah arang berkerat rotan dalam apa juga situasi jika mereka kecewa.

http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Muhyiddin kudeta kuasa Najib?


Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.
Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.

Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.
Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?

Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.

Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya?

Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sylit itu dibawa jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak.

Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyiddin memenuhi beberapa slog kenegaraan sementera Najib pulang.

Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berehat di luar negara atau shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shopping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan menggelombangkan aspirasi tahun baru.

Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya perutusan Najib dipotong 15 minit dari time asal).

Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas. Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus.

Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai prestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib.

Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib.

Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiada apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat.

Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno di tangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina.  Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang gentleman dan berdasarkan fakta kecewa degan Najib.

Selain itu pendedahan tauke karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak.

Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan ototnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendukung dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menunjukkan kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelongsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada prima facie.

Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendak diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah.

Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk di hadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyuddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu.

Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Muhyiddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya.

Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafei Apdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri! Hebat.

Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk menguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya.

Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerjakuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri.

Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein ataupun para diktator lain. Yang terbayang di mata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani.

Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri. Ha guana Mat, Mat mana lagi Mat Maslan lah. Fikir Mat... 

-/ http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>

Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Ddiamkan?


Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk menjawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu memohon maaf sama?

Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.

Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan.



Apa yang diucapkan bekas timbalan menteri itu tepat apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno.

Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan.

Isu itu ialah tragaedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libaya ditembak mati bersama 12 orang penduduk kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemesterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas.

Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak Polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaaan UBN. Sebaliknya kalai dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali.

Sesuatu kejadian itu boleh diputar belitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuanya. Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya.

Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku tidak mengetahuinya. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dekomentari di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata alatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di Cina. Mesej apa yang hendak ditunjukkan?

Walaupun kertas putih mengenai tragedi itu sudah di dedah di Parlimen, namun itu secara formal saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan.

Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu.

PAs sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAs tidak berbuat begitu.

Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya.
Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat.

Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila PAS juga tidak mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi di atas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesaidan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan.

-/ http://msomelayu.blogspot.com
Seterusnya >>>