Menteri yang dikenali dengan Kerbau Air dikalangan penjengok blog
saya, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya telah menjadikan jawatan baru
Menteri Dalam Negeri (KDN) sebagai kempen untuk mengukuhkan kedudukannya
di dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pemimpin (MT) pada
Oktober nanti; maka Zahid kena mulai berkempen dari sekarang bagi
menjamin kedudukkan sekurang-sekurang sebagai Naib Presiden kekal.
Walaupun dalam pemilihan lalu Zahid mendapat undi terbanyak untuk kerusi
Naib Presiden, tetapi ia tidak menjamin beliau kekal dengan kedudukan
itu dalam perhimpunan nanti. Prestasi Zahid sebagai Menteri Pertahanan
dinilaiukur oleh ahli Umno sejauh mana kebolehan dan kemampuan Zahid
sebagai menteri.
Ahli Umno kini bukan saja akan teruja atau menganggap seseorang menteri
itu berkualiti setakat tahu berjabat tangan sambil menepuk bahu dan
mengeluarkan ketawa kuat selepas itu mengoncang-goncangkan tangan
tetamu. Ahli Umno akan membuat pennilaian dari sudut intelektual dan
profesionalisme seseorang yang bergelar menteri.
Juga ahli Umno tidak akan mudah teruja setakat dapat
menghadiri jamuan majlis hari raya atau kenduri kahwin yang dibuat di
lokasi mewah dan sebagainya. Apa dinilai ialah pandangan dan juga
idea-idea penyelesaian (solusi) masalah oleh menteri berkenaan. Pemimpin
atau menteri bukan sahaja diharap menjaga Umno tetapi menjaga negara
keseluruhannya.
Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid sangat lemah dan tidak tegas. Beberapa
kenyataan dan keputusannya boleh dipertikaikan. Misalnya menggunakan
kuasanya sebagai menteri bagi menjamin kemenangan UBN satu tindakan
huduh. Beliau sering dipadankan dengan kebolehan dan kemampuan Menteri
Dalam Negeri sebelum ini Hishamuddin Hussein. Beliau dianggap adik
beradik segenetik kurang cerdik dengan Hishamuddin Hussein. Ada juga
mengatakan wawasan diterapkan oleh Shafei Afdal untuk pembangunan luar
bandar lebih baik dari Zahid.
Satu kayu ukur untuk melihat siapa lebih hebat di antara tiga Naib
Presiden ialah pada ucapan penangguhan dalam perhimpunan agung Umno.
Ternyata ucapan Zahid lebih serabut dan komidian berbanding Shafei.
Banyak kenyataan-kenyataan beliau tidak menggambarkan kenyataan dari
seorang menteri dari ketegasan dan sosok sebagai seorang menteri
pertahanan. Seorang menteri pertahanan bukan saja memerlukan seorang
yang bermulut besar (bual) tetapi ketegasan dalam tindakan serta
keakuratan dan keabsahan dalam kenyataan-kenyataa dibuatnya. Malangnya
banyak ketegasan dibuat Zahid khasnya kepada publik tidak ditunaikan dan
ia lebih sebagai satu gerakan untuk halau itik makan padi saja.
Kalau kita masih ingat beliau pernah berjanji ingin menjelaskan satu
persoalan terhadapnya mengenai kunjungannya ke Makkah yang menaiki jet
peribadi. Bila dipersoalkan Zahid berjanji dia akan jelaskan jet siapa
yang beliau naiki itu. Waktu itu beliau di New Delhi. Katanya sekembali
dari New Delhi dia akan jelaskan. Aduh cik Minah sayang, bulu ketiak
panjang....sampai ke hari ini beliau tidak menjelaskan siapakah yang
punya jet berkenaan, apakah kepunyaannya atau orang lain.
Begitu juga kenyataan Zahid sebagai menteri pertahanan mengenai
kehilangan enjen jet tidak lama dulu. Satu masa dia mengatakan harga jet
itu RM500 ribu, selepas itu dalam kenyataan lain angkanya bertukar
menjadi RM 1 juta dan akhir sekali nilainya cuma RM69 ribu saja.
Perbezaan kenyataan-kenyataan sebeginilah menyebabkan orang mulai
mengukur kepada caka-cakap Zahid sejauh mana benar, tepat dan boleh
dipercayai. Atau dia hanya berkomidi tanpa mengira tempat dan keadaan,
Terbaru beliau mengatakan ada tiga pemimpin pembangkang akan didakwa di
mahkamah kerana terlibat dengan tragedi Lahad Datu. Katanya pendakwaan
itu akan dilakukan selepas pilihan raya. Malangnya pilihan raya sudah
hampir dua minggu tetapi pendakwaan belum dibuat. Orang ramai
ternanti-nanti dengan janji Zahid itu. Apakah kenyataan itu hanya dakyah
pilihan raya saja? Kalau ia sekadar modal pilihan raya untuk
menimbulkan kelam kabut kepada pihak Pakatan Rakyat, nyatalah kita dapat
mengukur tinggi rendah politik Zahid.
Hari ini beliau telah menyerang Anwar Ibrahim secara terbuka. Beliau
nampaknya dilantik oleh Najib untuk menyerang Anwar. Najib belum memberi
apa-apa ulasan berhubung himpunan Black 505 (mungkin masih phobia
dengan kekalahan UBN yang hilang tujuh kerusi dan hilang undi popular)
tetapi Zahid sudah mendahului Najib dengan mengecam anak-anak muda yang
berhimpun.
Zahid telah mengambil alih tugas Najib dengan melayan kemarahan rakyat
secara pongoh. Boleh jadi Zahid diperintah oleh Najib tetapi boleh jadi
juga sikap melampau Zahid dan berperangai macam kambing tidak cukup
garam itu atas inisitifnya sendiri. Zahid mula membuat perhitungan untuk
peperangan Oktober akan datang. Serangan ke atas Anwar dan pencincangan
beliau kepada Pakatan Rakyat sebagai menanam saham untuk dirinya
sendiri.
Bagi saya kecaman Zahid kepada Anwar atau pun kumpulan anak muda yang
bersama Anwar hanya satu sandiwara bukan bertolak daripada keserisuan
isu berkenaan ataupun dibuat demi kepentingan negara. Zahid ingin
menunjukkan dia hero Jawa peranakan berani untuk menghalau orang. Maksud
Zahid ialah untuk diperhatikan oleh 148,000 ahli Umno di seluruh negara
kelak. Zahid mahu tunjukkan dalam ramai-ramai khasnya di kalangan Naib
Presiden beliaulah paling berani dan konmited dengan Umno.
Kalau itulah tujuan Zahid ia tindakan silap. Zahid dinilai bukan saja
kepada kenyataan-kenyataan dan dakyah 'lewel'nya dalam politik. Orang
juga akan melihat kepada sejarah masa lampau, hubungan beliau dengan
Anwar Ibrahim sendiri. Pemerhati politik dan juga pemimpin Umno lain
sudah mengenali siapa dia Zahid Hamidi. Sudah tahu bau mulutnya makan
petai atau jengko atau buah geduak?
Di mana Zahid Hamidi sebelum Anwar dipecat dari Umno? Apakah yang Anwar lakukan kepadanya. Siapakah yang memberi pink form
saham kepadanya. Zaman siapakah syarikat-syarikat milik Zahid seperti
Tekala Sdn Bhd, Kertam Holding Sdn Bhd dan sebagainya wujud. Apakah
zaman Najib menjadi Menteri Kewangan atau Anwar Ibrahim?
Dan dimanakah Zahid semasa Anwar dipecat? Bukankah Zahid tercokol berada
di rumah Anwar bersama rakan-rakan pemuda Umno lain yang hidup merayap
macam kutu itu? Saya masih simpan hingga ke hari ini gambar-gambar
Zahid berceramah menggerakkan semangat refomis di rumah Anwar? Dan orang
juga akan menjadi tertanya-tanya kenapa selepas itu beliau boleh
berundur meninggalkan Anwar dan mendedahkan kemaluannya sendiri konon
dia menjadi alat Anwar. Tidakkah pendedahan itu menujukkan Zahid seorang
'komidian'?
Apa yang Zahid lakukan hari ini tidak boleh
menutup apa yang beliau lakukan sebelum ini. Setiap gerak geri kita,
kata-kata kita dan tindak tanduk kita direkod oleh sejarah. Sejarah
tetap akan kekal selagi semua manusia tidak gila. Mungkin Zahid telah
gila kepada dirinya sendiri menyebabkan segala peristiwa lalu beliau
sudah tidak ingat. Kalau dia ingat dia tidak akan membuang najis atas
tangga sendiri.
Kepada Zahid kita boleh maafkan tetapi beliau perlu bersikap rasional
dan kurangkan emosional. Saya hendak mengingatkan Zahid lawannya yang
sebenar untuk dia menjadi timbalan perdana atau perdana menteri bukan
Anwar, tetapi orang lain. Zahid tidak mengenali musuh beliau siapa yang
sebenarnya? Inilah kesilapan Zahid. Sasarannya salah. Inilah kesilapan
kadok setelah naik junjung.
Untuk pengetahuan Zahid musuh beliau atau batu penghalang untuk beliau
naik bukan Anwar tetapi Muhyuddin Yassin. Beliau harus berdepan dengan
Muhyuddin secara lunak. Muhyuddin selepas akan akan menyekat kemaraanya.
Najib yang kini berada dalam keadaan telor di hujung tanduk tidak dapat
melakukan apa-apa untuk membantu Zahid kerana dirinya sendiri juga
sakit.
Menyerang Anwar yang berada di luar Umno tidak menguntungkan Zahid.
Bahkan tindakan itu merugikannya. Seperkara lagi beliau juga kena ingat
yang mendominasi Umno kini golongan muda. Jadi sikap Zahid bermusuh
dengan orang muda atau cuba menunjuk motor besar kepada orang muda ia
tidak membawa apa-apa keuntungasn. Orang muda memiliki motor lebih
berkuasa tinggi dari motor Zahid Hamidi.
Kalau tidak kena gaya musuh Zahid bukan saja Muhyuddin tetapi Najib juga
boleh bertukar menjadi musuh Zahid. Bagi Najib beliau tidak akan
bersama orang yang mulai dibenci oleh ahli Umno. Bagi Najib
seburuk-buruk atau sepondan Hishamuddin dia tetap akan memilih
Hishamuddin sebagai penggantinya kerana Hishamuddin ada adik beradik
sepupunya. Zahid kena sedar dan tahu ini.
Seperti dikatakan tadi di dalam keadaan Najib sendiri nyawa-nyawa ikan
dia tidak boleh banyak membantu orang lain termasuk Zahid. Saya
meramalkan dalam pemilihan Umno akan datang Zahid tidak akan mendapat
blassing sesiapa, manakala Muhyiddin sudah tentu ada itik nila yang
hendak disokongnya. Hendak tidak hendak Zahid terpaksa mempertahankan
jawatan secara solo.
Ketika Muhyuddin sedang menyusun tapak kepada orang yang akan
menjejaknya nanti, Zahid kena sedar dia berada dilorong lain. Muhyuddin
sama sekali tidak akan kenang kepadanya. Apakah kita lupa yang Zahid
pernah membuat kenyataan akan bertanding jawatan timbalan presiden Umno
kemudian menarik balik. Kenapa? Dan kenyataan Zahid itu tidak akan
dilupakan Muhyuddin dan ia sekali lagi akan dilihat sebagai komidian.
Saya sokong dgn kata kata DS Ahmad Zahid Hamidi KDN .Itu sahaja kata kata atau bahasa yang difahami oleh petualang negara. Saya harap DS Ahmad Zahid Hamidi dapat menjalankan tugas dengan tegas berpandukan undang-undang yang sediaada. Rakyat Malaysia maukan negara yang aman dan sejahtera untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jgn layan sangat semua petualang negara itu.
ReplyDeleteWalau pun menjawat jawatan menteri mana sekalipun hendaklah bersifat mesra ,rendah diri dan adil,Rakyat hanya memerlukan ini saja sebagai menteri termasuk menteri dalam Negeri ,jangan anggap kuasa penuh diberi kepada Agensi penguatkuasa itu adil terhadap rakyat kena selalu pantau ,selama ini ada juga kezaliman dilakukan dan menyalah guna kuasa , jadi sebagai menteri yang baru corakkan kepimpinan dan prestasi yang tinggi lebih dari menteri sebelumnya. rakyat perlu
ReplyDeletepemimpin yang mulia dan berhemah bila dah terlepas cakap susah nak tarik balik.Jasa DS Syed Hamid , TS Megat Juned ,dan DS Azmi Khalid
bagaikan ingin dikembalikan.