GEORGE
TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri
perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia,
pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin
DAP Lim Kit Siang hari ini.
Penasihat
DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke
atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak
gembira dengan keputusan pilihan raya.
“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai
untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi
keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk
menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat
Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan
bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam
satu kenyataan hari ini.
Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan
tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka
akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa
dan pandai berpolitik sahaja.
“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri
sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12
bulan daripada sekarang.
“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka
kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru
selamat dan terjaga semula?” kata Lim.
Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang
konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan
terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun
banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas
hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan
perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan
Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal
Lim lagi.
Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia
hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan
bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh
terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan
dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.
“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau
keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara
boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan
dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.
Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak
terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat
hati dan mendapat tumpuan orang ramai.
Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah
kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun
sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah
separuh daripada keseluruhan pengundi.
Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku
tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi
beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah
diubah.
Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan
Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam
tindak balas terhadap kebimbangan awam.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah,
mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan
pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan
dari Januari hingga Oktober 2011.
0 Komen pengunjong :