Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli (foto) mengenai
individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan
SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan
pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz
Yusuf.
Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"
Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung
menyebut nama Aziz dan Wan Omar tetapi kenapa Aziz terasa panas
punggung? Ada apa-apa ke?
Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal
itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan
Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...
Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu'
laki Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan
Tajuddin Rahman kepada beberapa orang pengundi di Kuala Besut, tetapi
bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosuder di dalam sesebuah
organisasi.
Mereka yang ada otak dan otaknya bergerak akan membuat penilaian sendiri
terhadap apa yang berlaku. Begitu juga ahli firasat sudah dapat membaca
apa sebenar yang berlaku dengan merenung muka kedua mereka, Aziz dan
Wan Omar.
Tidak munasabah kalau Aziz atau Wan Ahmad tidak mengetahui mengenai
urusan pembelian dakwat itu atau berbagai peralatan lain sedangkan ianya
bernilai jutaan ringgit. Peruntukan dakwat kekal itu saja bernilai
lebih RM7 juta. Apakah boleh, sebagai seorang pengerusi dan timbalan
pengerusi melepaskan begitu sahaja urusan pembelian dan perolehan lain
kepada setiausaha?
Untuk mengukuhkan dakwaan Aziz ini mungkin rakan koribnya Wan Ahmad Wan
Omar boleh membuat penjelasan berpandukan kepada pengalamannya yang
pernah menjadi Setiausaha SPR sebelum ini. Apakah urusan perolehan untuk
SPR diuruskan oleh setiausaha dan tidak ada apa-apa campur tangan
pengerusi? Jawab Wan Omar, bantulah kawan itu.
Dalam pada itu Aziz juga membuat penjelasan pembelian dakwat kekal itu
berjalan dengan baik. Beliau menghujah mengatakan ianya diluluskan oleh
kementerian kewangan dengan baik. Alasan ia diluluskan oleh kementerian
kewangan dengan baik tidak begitu kemas. Apakah maksud dengan baik itu,
Jiz? Apakah apabila sesuatu diluluskan oleh kementerian kewangan ia
dijamin tidak berlaku penyelewengan. Cara Aziz berfikir semacam lah
beliau tidak pernah berkerja dengan kerajaan. Aduh..beruk Bidah terlekat
ekor di selongan.
Pihak kementerian kewangan akan meluluskan berapa saja jumlah yang
dikehendaki setelah ianya dilulus oleh SPR. Bajet itu disediakan oleh
SPR di mana Aziz adalah pengerusinya. Mustahil kalau semasa membuat
kelulusan itu Aziz tidak tahu? Mesti tahu. Rasanya Kamarudin tidak akan
berani buat bersendiri memadangkan ia jumlah yang besar. Dan kalau benar
Aziz tidak tahu seperti dijelaskan malangnya Malaysia mempunyai seorang
pengerusi seperti Aziz.
Begitu juga cara Aziz melemparkan perkara itu kepada Kamarudin
seakan-olah beliau mahu ianya dipikul oleh Kamarudin bersendirian tanpa
mengaitkan dia dan Wan Ahmad. "Elok urusan ini diajukan kepada
Kamaruddin," begitulah katanya dipetik.
Adalah sesuatu yang janggal Aziz sebagai pengerusi tidak mengetahui
apa-apa mengenai tender menender pembekalan dakwat kekal itu. Sikap Aziz
boleh disangsikan kerana sebelum ini dialah yang menegaskan dakwat itu
kekal, (sambil menunjukkan jarinya yang berlumuran dakwat bagi
menyakinkan orang ramai), selepas itu dia sendiri juga mengakui sebuah
jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat keadaan dakwat itu bila
timbul kekalutan.
Sebenarnya sikap dolak dalih dan berpendirian tidak kemas beginilah
menjadikan sebahagian besar pengundi semakin mempertikaikan akan
ketelusan dan kebersihan SPR sebagai badan bebas. Sikap Aziz yang tidak
tegas dalam pendirian mempertahankan keputusan dibuatnya itulah makin
menyebabkan rakyat marah kepadanya dan juga SPR.
Pastinya isu berkaitan pembelian dakwat kekal dan dakwaan dibuat Rafizi
dalam parlimen itu akan menjadi perhatian SPRM. SPRM tidak perlu
melepaskan begitu saja memandangkan ia melibatkan kewangan rakyat yang
besar. Cuma kita harap jangan dalam kasus ini teknik menggunakan 'Bafia'
seperti mana berlaku ke atas pendedahan Rafizi mengenai akaun dalam
perniagaan lembu gemuk (NFC) digunakan. Rafizi yang sebelum ini
mendedahkan pernyataan kewangan syarikat NFC telah disaman atas
kesalahan dibawah Bafia.
Dalam pada itu sejuta tahniah kepada Rafizi Ramli atas inisiatif
mendedahkan perkara itu dalam memastikan wang rakyat tidak dibazirkan
dan SPR sebagai badan bebas benar-benar bebas sesuai dengan
kewujudannya. Langkah dan keberanian dipunyai Rafizi harus menjadi tiruan dan teladan wakil-wakil rakyat yang lain.
-/ http://msomelayu.blogspot.com
0 Komen pengunjong :