1 MEI — Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan
Inchek Ibrahim Ali kononnya Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah
di kawasan Tunjung bernilai RM10 juta. Berita itu bolehlah untuk
menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila
masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan
dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen
akan marah.
Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui
kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk
mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Nik Aziz
jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tokguru, biarlah
berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama
Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai.
Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah
menjadi najis mughalazah.
Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan
berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar
berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu
untuk bayar saman tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat
khabar terletak di situ.
Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan
dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai
apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang
Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas
tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di
Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua.
Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.
Saya tidak mahu memberi jawaban dulu, mahu tengok seikhlas mana
Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak
menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau
terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam
buah kedepar hanyut air.
Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong
itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi
nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya
ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani
MoU projek berkenaan.
Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang
sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu
pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim
tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi
ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?
Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan
gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai
nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke
budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di
pinggir-pinggir kampung Pasir Mas.
Sekali lagi diingatkan Tokguru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab
apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi
reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon
ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah. Ibarat Utusan
dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu
najis tersebut.
Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; “pergi taya
Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... di sana nanti semua
anggota kita menjadi saksi..” Ada faham ke Brahim bab ini?
Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa
buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk
rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh
sampai nak “kirah” semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat.
Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.
Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi
saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga
berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa
saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh...
RM4 juta harga Tokguru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong)
hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Nik Aziz macam Madir,
(Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak orang terkaya di
Malaysia? Brahim, Nik Aziz bukan seperti Madir, Nik Aziz adalah Nik Aziz
yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis “menete tak
reti bahasa”.
Kalaulah Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4
juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam
pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang
menerimanya sebagai tokguru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia
tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga
Brahim.
-/
msomelayu.blogspot.com
0 Komen pengunjong :