Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Letak bom petrol tindakan tak bertamadun- Nik Nazmi


KUALA LUMPUR 1 Mei: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengutuk tindakan pihak tertentu meletakkan bom petrol di bilik Gerakan BN yang disifatkannya sebagai tidak bertamadun.
Beliau berkata demikian mengulas insiden penemuan bom petrol di Bilik Gerakan Umno DUN Seri Setia baru-baru ini yang mengundang kebimbangan penduduk setempat.
“Kejadian tidak bertamadun yang berlaku di Bilik Gerakan ini tidak boleh diterima sama sekali dan kami melahirkan rasa simpati kami kepada rakan-rakan Umno Barisan Nasional (BN) Seri Setia.
“Walaupun tidak memiliki maklumat secukupnya, kami menyedari bahawa kejadian seperti ini sememangnya akan menimbulkan kegelisahan dan kegusaran di kalangan penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan media.
Tegasnya, KEADILAN memandang serius perkara itu dan menggesa  polis menjalankan siasatan segera serta mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan selamat.
Menyedari kejadian ini menimbulkan kegelisahan  di kalangan penduduk, beliau menasihati mereka agar bertenang.
“Saya menyeru penduduk Seri Setia, Kelana Jaya dan rakyat Malaysia amnya agar bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan kejadiaan yang berbaur jahat ini,” katanya

1 comment :

  1. pakatan rakyat kok tumpang letak bom petrol disitu, lepas tu pergi ambil balik dan barulah bakar bilik gerakan tu.

    ReplyDelete