Himpunan akhir menjelang pilihan raya umum ke-13,
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tetap
akan diadakan di Stadium Merdeka lokasi awal yang ditetapkan. Walaupun
ada cadangan daripada polis Kuala Lumpur agar ia dipindah ke stadium
Nasional Bukit Jalil, kononnya untuk memudahkan manusia dimobilis namun
pihak penganjur tetap mahu meneruskan himpunan itu di Stadium Merdeka.
Cadangan itu semacam suatu perangkap?
Alasan yang diberikan,
kerana persiapan telah dibuat di stadium Merdeka. Semua persiapan
pentas dan layar besar untuk 'menampung tonton' peserta yang dijangka
melimpah tidak dapat masuk ke dalam sudah dipunggah ke stadium
berkenaan. Lagi pun stadium itu ada signifiken tersendiri terhadap
himpunan berkenaan. Sekiranya selapas pilihan raya nanti UBN 'syahid'
dan Pakatan Rakyat mengambil alih kekuasaan, ia akan dicatat; himpunan
sejarah yang menjatuhkan kerajaan UBN dan meruntuhkan hegomeni Umno
klimaksnya di situ - Stadium Merdeka.
Stadium Merdeka itu juga akan menambah satu lagi bahan koleksi momentum kemerdekaan negara ini.
Apa yang harus difahami HKR adalah himpunan bukan saja menuntut lapan
perkara berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi dilaksanakan seperti
mana dideklarasikan oleh
Bersih. Tetapi ia membawa makna
lebih besar dari itu. Maksud dan mesej lebih jauh dari itu untuk
mendapat kemerdekaan negara dan rakyat lebih bererti lagi. Kemerdekaan
bagi membebaskan rakyat dari ketidakadilan, penindasan dan kezaliman
ciptaan UBN.
Kemerdekaan sebelum ini adalah
kemerdekaan bangsa Melayu, tetapi kemerdekaan selepas 56 tahun bakal
dicapai nanti apabila runtuhnya hegomeni Umno dan BN, adalah
kemerdekaan rakyat. Justeru kemerdekaan rakyat ini lebih besar dan
hebat dari kemerdekaan tahun 1957 itu. Semua bangsa di dunia kini
sedang menuntut kemerdekaan peribadi rakyat.
Jelas, bukan semua
lapisan rakyat menerima amanat pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos
1957 lalu. Kemerdekaan itu ada unsur-unsur ketidaktulenannya. Ia
adalah kemerdekaan yang dirancang atau kemerdekaan subsidi. Kemerdekaan
itu kurang menjerap. Sebab itu bangsa Indoneisa bila bercakap fasal
kemerdekaan Malaysia mereka akan ketawa. Mereka menganggap kita bukan
merdeka, cuma diberi kemerdekaan. Ertinya kemerdekaan tanpa
peperangan.Celaka kau Indoneisa?
Mungkin itu persendaan
Indoneisa yang tidak sukakan kita, tetapi hakikatnya tiap dari kita
yang bernafas dan bernaug disini memahami sejauh mana keberertian
kemerdekaan itu. Setiap dari kita tahu seluas mana ruang kemerdekaan
diberikan kepada kita.
Kerana kemerdekaan disedekahlah maka
kita banyak tunduk kepada kuasa kolonial. Dalam bidang tertentu kita
masih lagi terikat dengan kolonial. Paling jelas mengenai perlembagaan
negara yang digunakan pakai kini dan diagungkan oleh Umno. Ia tidak
mempunyai
sprit dan roh Islam. Umnolah yang menjadi juara
mendukung perlembagaan itu. Lantaran itu bagi PAS apa yang
diperjuangkan Umno itu perlu ditentang kerana ia berkonsepkan
perlembagaan sekular.
Pihak yang menerima kemerdekaan seperti
yang ada, akan mempertahankan apa yang dikatakan kemerdekaan itu.
Kenapa, kerana kemerdekaan hari ini lebih merupakan kebebasan untuk
mereka melakukan apa yang mereka citakan bukan yang rakyat seluruh
impikan. Kemerdekaan negara digunakan sebagai kemerdekaan melaksanakan
hak dan kemahuan peribadi mereka, Umno. Kemerdekaan kini membela dan
memberi kesenangan kepada kroni dan bersifat nepotisme.
Sebab
itu himpunan esok mereka akan menghalang, mengejek, mempersendakan dan
berusaha untuk mengagalkan kerana ia bakal mengacam hidup dan kehidupan
mereka. Rakyat pula menerusi Pakatan Rakyat akan cuba membangunkan
sebuah kemerdekaan sejati, kemerdekaan rakyat yang bakal membebaskan
mereka dan merasai kehidupan lebih adil dan saksama. Kemerdekaan untuk
membaiki kemerdekaan negara bangsa.
Berdasarkan realiti itu
maka semua lapisan rakyat yang mahukan kepada kemerdekaan peribadi yang
hakiki, kemerdekaan rakyat, kebebasan dalam erti kata sebenarnya
menurut konsep beragama perlu hadir beramai-ramai ke stadium Merdeka
untuk menyatakan hasrat dan menyuarakan kemahuan kepada kebebasan.
Kalau tidak sempat hadir tetapi harus mendoakan dari jauh dengan penuh
tawaduk dan istiqamah.
Polis jangan jahat
Atas janji pihak berkuasa polis yang sedia mengawal keadaan tidak perlu
takut dan gentar untuk hadir. InsyaAllah esok tidak akan ada
kerkecohan dan ketegangan berlaku seperti sebelum ini.
Himpunan esok juga merupakan ujian besar kepada Pakatan Rakyat dan juga
rakyat Malaysia. Rakyat seluruhnya akan melihat dan menjadi saksi
apakah perubahan yang dibawa oleh PR benar-benar dituntut oleh rakyat
atau ia tidak lebih menjadi modal dan ilusi pembangkang saja. Ia akan
terbukti kalau himpunan besar jumlahnya mencecah lebih 500,000. Dan
sekiranya sasaran 1 juta jiwa berjaya dicapai ia memberi isyarat jelas
yang Najib Razak dan semua kepimpina UBN perlu 'meninggalkan' segera
negara ini. Oh ya jangan lupa angkut Mahathir Mohamad sekali.
Yang akan dinanti dan disaksi esok juga apakah himpunan itu berlangsung
dalam aman dan harmoni. Ini penting. Semua pihak yang terlibat esok
kena memastikan tidak ada sebarang kekecohan. Tunjuk dan buktikan
setiap orang yang hadir ikhlas dan tulus untuk mencari kebenaran.
Sekiranya himpunan itu esok menjadi tegang, huruhara ia akan memberi
implikasi buruk kepada rakyat yang sedang memerhati. Pintu pilihan raya
yang akan di buka bila-bila masa itu belum pasti rakyat akan memasuki
dari arah pintu PR kalau berlaku keburukan esok.
Ingatan kuasa
kepada anak-anak muda PR supaya tidak terlebih emosi. Ingatlah
perangkat dan dalih yang berada di hadapan. Tidak ada guna sedikit pun
kita berjaya berhimpunan tetapi himpunan itu rosak dan menjadi hodoh.
Ini semua akan terjawab dan tercermin dalam himpunan besok. Jumlah
kehadiran, kelicinan himpunan berkenaan adalah dua faktor utama. Tidak
kira kalau pun himpunan itu dikucar ganggu atau pun diburuk dan
dihuduhkan mana-mana pihak ia tetap memberi impak kepada Pakatan Rakyat.
Buat polis sendiri yang berjanji untuk memberi perlindungan mengawal
dan tidak akan melakukan provokasi atau menggunakan anggota gelap untuk
membuat kacau, anda juga akan diperhatikan esok. Kalau himpunan esok
dikacau, kelompok manusia disembur gas dan air gatal, dipukul dan
ditangkap maka anda tidak akan dipercayai selama-lamanya oleh rakyat
negara ini. Rakyat akan melihat anda adalah musuh dan anti kepada
kemerdekaan rakyat. Akta Perhimpunan Aman 2012 mungkin tidak sesuai
diguna esok.
Maka anda juga perlu menjaga kredibiliti dan
integriti anda esok sebaik yang termampu. Jaga maruah dan penghormatan
anda esok. Anda sesekali jangan menganggap dengan segala macam senjata
yang ada miliki ia boleh melindungi anda. Iya mungkin ia berguna kepada
anda di dunia ini tetapi tidak diakhirat.
Esok adalah
penting, adalah mustahak kepada semua pihak, khasnya Pakatan Rakyat dan
Barisan Nasional. Jayanya himpunan esok bererti negara ini akan
bertukar pemerintah menjelang Mac atau April ini. Gagalnya himpunan
esok bermakan BN akan terus kekal untuk memerintah negara untuk
sekurang-kurang 30 tahun akan datang.
Renungi dan hakimilah
peristiwa esok dengan sebaik-baik renungan dan penghakiman. Selamat
berhimpun dan menjulang kemerdekaan kepada semua. Merdeka, Merdeka,
Merdeka Rakyat Malaysia. Kemaskan panji kemenangan didalam tangan
setiap dari kita.
-
http://msomelayu.blogspot.com
0 Komen pengunjong :