KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) yakin ekonomi Malaysia akan
terus kukuh dan tidak terjejas sekiranya berlaku peralihan kuasa dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) akan datang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya PR
tidak akan keliru dengan hujah-hujah pemimpin Umno-BN dan penganalisis
politik mengatakan kestabilan politik penting oleh itu tidak perlu
kerajaan yang baru.
“Bagi saya, faktor yang paling penting dalam menentukan hala tuju dan objektif pengurusan ekonomi.
“Sekarang banyak muncul penganalisis yang mengatakan jika PR menang,
ekonomi akan terjejas. Sebaliknya, pemerhati bebas menyatakan lebih
optimis. Sebagai contoh, Prof Roubini mengatakan bahawa ekonomi kita
akan kekal teguh walaupun dengan perubahan dalam kerajaan,” katanya
ketika merasmikan program ‘Economic Management During Political
Transition di Hotel Renaissance, di sini.
Anwar menambah PR lebih mempunyai ‘jalan’ dan pendekatan bagaimana
untuk menguruskan ekonomi negara berbanding kerajaan sedia ada yang kini
menyebabkan negara mengalami defisit.
“Status quo akan dikekalkan, dasar-dasar ekonomi yang sudah kukuh
tidak akan diubah. Tapi kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat
dimonopoli oleh kroni-kroni pemimpin.
“Lihat sahaja sekarang, semakin dekat pilihan raya semakin banyak
wang dilaburkan dan ia akan menyebabkan defisit negara meningkat.
“Tidak akan ada kesinambungan pemerintahan Umno-BN, apa yang hilang
kita akan dapatkan kembali untuk dipulangkan kepada rakyat,” katanya.
Kira-kira 100 orang hadir dalam program itu.
Program itu membincangkan nasib ekonomi Malaysia jika berlaku peralihan kuasa dalam pilihan raya akan datang.
Hadir sama Pengarah Eksekutif Institut Penang, Prof Woo Wing Thye ;
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Exco Kerajan Negeri
Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
0 Komen pengunjong :