SHAH ALAM:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyelar tindakan Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan pembinaan rumah
mampu milik hanya akan dibina di kawasan Dun yang dimenangi Barisan
Nasional (BN) sahaja.
“Sebagai Menteri Besar kita jangan meletakkan diri kita setaraf
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan
kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Ini merupakan satu
kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar,
tindakan tersebut juga menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri
Besar.
"Membina rumah kos rendah ini adalah tanggungjawab
kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi tanggungjawab dia bagi
memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi.
Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini.
"Semua ini disebabkan oleh sikap balas dendam dan peribadi, sepatutnya
sebagai sebuah negara maju politik sedemikian sudah tidak ada lagi dalam
negara ini," kata beliau mengulas kenyataan Ahmad yang meminta rakyat
di kawasan Parlimen dan Dun dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan
daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Mustafa berkata, jika
cukai yang diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan
Rakyat yang menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan
masalah.
"Duit yang diambil dari cukai rakyat jika dikembalikan
kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk kita meneruskan
menyediakan kemudahan kepada rakyat.
"Tapi ini tidak berlaku,
kerajaan jangan ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa
yang menjadi kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat
setempat bukannya kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih.
"Ahmad ini tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang
dipilih, hentikan politik balas dendam serta bersifat peribadi tetapi
jika ini yang beliau tekankan saya rasa beliau tidak layak menjadi
seorang Menteri Besar," jelasnya.
Beliau yang berharap sebagai
rakyat yang perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak
wajar dilakukan oleh kerajaan.
Ini, katanya proses demokrasi
apabila pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab
untuk semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun
BN.
Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu).
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
0 Komen pengunjong :