PETALING
JAYA, 15 Mei — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjauhkan diri dari
desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya
2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi
memberikan peluang kepada pengundi untuk “menyuarakan kemarahan” mereka
terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan
bukan pendirian rasmi gabungan tersebut.
“Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada
kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan,”
kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
majlis presiden PR di sini.
Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim bersetuju dengan
pandangan tersebut seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today
mengatakan pengundi seharusnya menjatuhkan BN melalui demonstrasi
jalanan.
PR telah berulang kali mengatakan Pilihan Raya 2013 telah dicemari dengan penipuan besar-besaran.
Awal hari ini
The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR
telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun
disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan
tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru
berakhir itu.
Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen
PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan
mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada
rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak BN, walaupun
gabungan itu kembali berkuasa.
Mereka bersetuju sedang berada dalam pertempuran kalah kemungkinan
direncanakan untuk mereka, walaupun mengakui kewujudan saluran
undang-undang bagi mencabar keputusan di kawasan-kawasan tertentu di
mana mereka percaya mempunyai bukti penipuan mencukupi.
Anwar, walau bagaimanapun, menegaskan perhimpunan penting sebagai
tempat untuk pengundi menyuarakan kemarahan mereka terhadap penipuan
pilihan raya yang itu.
"Kita mesti benarkan rakyat menyuarakan rasa meluat mereka," katanya.
PR gagal merampas Putrajaya pada pilihan raya 5 Mei minggu lepas
dengan majoriti kecil, mendapat 89 kerusi Parlimen berbanding BN 133,
lebih tujuh kerusi berbanding dengan apa yang mereka perolehi pada
Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi gabungan pembangkang itu mengadu ditipu apabila keputusan
keseluruhan gagal untuk mencerminkan trend undi popular, menyaksikan PR
mendapat 51 peratus berbanding BN 48 peratus, keputusan yang mereka
dipersalahkan atas amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan
penipuan undi oleh musuh-musuh politik mereka.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan rancangan
untuk bersara secara serta merta dan mengadakan bantahan keputusan
pilihan raya, mengetuai pasukannya dalam beberapa siri perhimpunan untuk
membuktikan majoriti daripada pengundi Malaysia menyokong mereka.
Selepas mengetuai bantahan di Petaling Jaya dan Pulau Pinang, PR
mengadakan perhimpunan ketiga di Ipoh, hujung minggu lalu, dimana Anwar
berikrar tidak akan mengalah sehingga keputusan pilihan raya disahkan
dan dakwaan PR mereka sekarang ini seharusnya berada di Putrajaya.
0 Komen pengunjong :