KUALA LUMPUR:
PAS tidak mungkin bergabung dengan Umno membentuk satu pakatan politik,
sebalik parti Melayu itu diseru bersama PAS bagi memperjuangkan prinsip
dan dasar Islam yang selama ini diabaikan parti itu, tegas Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, isu
perpaduan antara PAS dan Umno akan timbul setiap kali menjelang dan
selepas pilihan raya umum terutama apabila keputusan pilihan raya itu
meletakkan Umno dalam keadaan kritikal.
“Sedangkan sewaktu Umno
‘kuat’, isu perpaduan ini tidak pernah timbul. Ini hanya mainan Umno
untuk tutup kelemahan dan tagih simpati rakyat,” ujar beliau sebagaimana
dilaporkan Harakah.
sudah la umno... hentikanlah usaha ni...buang masa je ...
ReplyDelete