Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Strategi Umno tawan Selangor terbongkar


PETALING JAYA: Blogger Abdul Rahman Talib yang lebih terkenal sebagai Tulang Besi telah membongkar kaedah Umno untuk menawan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, empat kaedah digunakan oleh Umno dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno telah berjaya menukar puluhan ribu pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah.
“Selain itu mereka turut menukar alamat pengundi-pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS dan mendaftar banyak pengundi-pengundi  hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Pada ketika ini BN mempunyai 20 kerusi DUN  – 18 dari Umno dan dua  MCA (dua). Pakatan Rakyat pula mempunyai 36 kerusi DUN dari jumlah keseluruhan 56 kerusi.
PAS tidak mampu
Menurut Abdul Rahman pada ketika ini Umno/BN yakin boleh memenangi 35 kerusi DUN berbanding 21 kerusi Pakatan dan menjelang pilihanraya yang dijangka diadakan dalam bulan Jun bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan, 13.
Beliau menambah bahawa usaha Pakatan untuk menentang penipuan ini adalah minima.
Ini kerana SPR menetapkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui pada RM10 untuk satu nama.
“PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja dan terpaksa berjimat menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi,” katanya.
Oleh itu, beliau menggesa para pengundi Selangor menyemak nama mereka di dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
“Pastikan nama-nama saudara saudari tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka,” kata Abdul Rahman.

-/FMT

2 comments :

  1. semak segera ini penting ni
    kalau dah bertukar macam mana?

    ReplyDelete
  2. celakalah kepada amnok dan pemimpin2nya yg zalim dan sesat lagi menyesatkan... Amin

    ReplyDelete