Showing posts with label Umno. Show all posts

1Malaysia Dalam Kenangan

TELAH sepuluh hari UMNO/BN kembali memerintah. Dalam erti kata lain Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat meneruskan usaha murninya untuk memansuhkan tol dan PTPTN kerana belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Akan tetapi sekiranya dibelek-belek media perdana. Kelihatan seperti Barisan Nasional (BN) sudah pun memulakan langkah pemansuhan.
Tidak, jangan silap. Usaha pemansuhan UMNO/BN yang dimaksudkan bukan terhadap tol atau PTPTN. Itu bukanlah minat mereka. Tetapi apa yang dilihat sedang cuba dimansuhkan adalah falsafah 1Malaysia yang dijulang Najib Razak sebelum ini.
Lihat saja sejurus selepas UMNO/BN memenangi PRU-13, isu yang meletus ialah kononnya prestasi buruk UMNO/BN berpunca daripada “tsunami Cina”. Tanpa membuang masa pertuduhan itu disambut oleh lidah UMNO dengan terpampang sebesar-besar tajuk “Apa Lagi Cina Mahu?”
Bermulalah rentetan serangan demi serangan berbau perkauman seolah-olah keputusan PRU13 simbol kepada Cina lawan Melayu. Sehinggalah membawa kepada seruan paling bengap semalam agar diboikot perniagaan kaum Cina yang menyokong PR. Oh ya, bagaimana mahu tahu yang mana menyokong yang mana tidak? Katakan sajalah mahu boikot perniagaan semua orang Cina.
Najib Razak sendiri kelihatan sudah kurang bicara mengenai 1Malaysia sejak kemenangannya. Seperti yang kita tahu, 1Malaysia yang mahukan rakyat melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, tidak mendapat sambutan di kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Akibatnya bola tanggung “tsunami Cina” yang Najib lontarkan tentu akan memakan diri, apabila orang UMNO akan melihat 1Malaysia sebagai slogan gagal dan syok sendiri.
PR mungkin belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Tetapi selepas PRU13, semakin menjadi-jadi perpaduan rentas kaum para penyokongnya. Semakin berusaha penyokong PR untuk memperkuatkan perpaduan rentas kaum di kalangan mereka.
Jika sebelum PRU-13 UMNO/BN galak memainkan propaganda kononnya memilih mereka sama dengan memilih Malaysia. Pasca-PRU13 membuktikan pihak mana yang sebenar-benarnya mempunyai semangat Malaysia!
Seterusnya >>>

Kerajaan minoriti buat perangai

Kerajaan minoriti buat perangaiKetika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.

Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu.

"itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam.

"Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengulas isu ini.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%,  DAP- 15.4% dan PKR-20%).

Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.

Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.

Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.

Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.

Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.
Seterusnya >>>

“Majoriti Melayu tolak UMNO, BN kerajaan minoriti”


RAUB : Calon UMNO hanya memperoleh sekitar 3 juta daripada 6.58 juta undi orang Melayu malahan secara keseluruhannya Pakatan Rakyat (PR) mendapat jumlah undi lebih banyak berbanding BN pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menyifatkan prestasi UMNO sebenarnya menurun berbanding PRU ke-12 lalu.
Katanya, PR memperolehi undi majoriti iaitu lebih 50 peratus sedangkan BN hanya memperoleh undian minoriti sekitar 47 peratus untuk menduduki Putrajaya.
Pada masa yang sama beliau menempelak sikap UMNO dan media kawalan mereka yang terus membuat pelbagai dakwaan perkauman yang berbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia.
“UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai Melayu menolak UMNO dari menyokongnya.
“UMNO main isu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, penolakan terhadap UMNO dan BN sangat jelas terutamanya di kawasan bandar kerana mayarakat di kawasan itu terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dan merasai sendiri keperitan hidup sebenar berbanding kawasan luar Bandar.
“Dalam kawasan ini, rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan inilah idealisme dan wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana,” ujar beliau.

- Roketkini.com
Seterusnya >>>

Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum


KUALA LUMPUR : Majoriti rakyat Malaysia daripada kalangan Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban menolak politik ketakutan dan kebencian Barisan Nasional (BN), tetapi pemimpin UMNO masih terus mencetuskan kebencian kaum terhadap orang bukan Melayu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hari ini calon BN yang kalah di Shah Alam, Zulkifli Nordin pula berbohong kononnya DAP mahukan Melayu mati dan menuduh Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, sedangkan ketika itu Kit Siang berada di Sabah.
Katanya, kenyataan pemimpin UMNO itu ternyata menimbulkan kemarahan bukan saja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Pada ulangtahun ke-44 tragedi rusuhan 13 Mei 1969, rakyat Malaysia diingatkan bagaimana mereka membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan menolak perkauman BN dan UMNO. 51% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan menolak BN dan UMNO, diperlihatkan daripada akhbar UMNO, Utusan Malaysia untuk menyambut 13 Mei sebagai ‘hari suci’, seolah-olah mahu meraikan kematian ratusan malah mungkin ribuan rakyat Malaysia yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, selain itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Datuk Mohd Noor Abdullah juga mengugut masyarakat Cina supaya bersedia untuk tindak balas masyarakat Melayu kerana ‘pengkhianatan’ mereka pada PRU-13 lalu.
Katanya, Mohd Noor pasti merujuk kepada tindak balas Melayu UMNO dan bukan Melayu yang mengundi DAP dan Pakatan Rakyat.
“Bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap kenyataan Datuk Mohd Noor itu sebagai ‘memalukan Klu Klux Klan (KKK) yang membanggakan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler’. KKK adalah sebuah pertubuhan haram ultra-kulit putih yang menindas orang kulit hitam dan Hitler adalah rasis paling agung dalam sejarah dunia.
“Anwar berjanji Pakatan Rakyat akan memperlihatkan perbezaan yang jelas berbanding UMNO dengan tidak menyebarkan perbalahan kaum tetapi menyebarkan kedamaian dan rasa hormat sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.
Menurutnya, bolehkah Datuk Mohd Noor membuktikan tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu.
Beliau berkata, apa yang Mohd Noor sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lakukan bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin.
“Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, suatu siasatan penuh pasti akan dilakukan dan memaksa mereka yang ‘menelan’ RM52 bilion itu membayar balik kepada rakyat Melayu dan Bumiputera miskin. Sama juga, RM3 bilion yang dicuri daripada masyarakat India dan RM14 bilion daripada masyarakat Cina mesti dikembalikan,” katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenar siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah ialah mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorok kegagalan mereka.
Katanya, kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir mengenai Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion dan tidak mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan SPRM serta mencabar dan menyerang SPRM yang disebutnya sebagai tidak jujur dan ‘nakal’.
“Bagi seorang Ketua Menteri Sarawak, tindakan beliau yang enggan bekerjasama dengan SPRM mengenai tuduhan rasuah adalah satu pelanggaran serius terhadap tugas dan tanggungjawab.
“Mengikut Sekseyn 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan bekerjasama dengan SPRM apabila seseorang disiasat adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagaimanapun SPRM gagal bertindak terhadap Abdul Taib tanpa sebarang protes daripada seorang bekas hakim seperti Datuk Mohd Noor,” ujarnya.
Menurut beliau, mampukah UMNO membuktikan ciri 1Malaysia dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan mengugut masyarakat Cina supaya bersedia menerima tindak balas daripada Melayu UMNO.
Katanya, jika UMNO gagal berbuat demikian, UMNO tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya kerana kejatuhan merudum dua parti komponen BN itu pada PRU-13 lalu.

- Roketkini.com
Seterusnya >>>

Tsunami Cina? DAP jadi mangsa, UMNO mahu terus bodohkan Melayu


POLARISASI undi mengikut kaum kata Najib. Nampaknya beliau terlalu gelojoh membuat andaian melabelkan sokongan padu masyarakat Cina yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‘tsunami Cina’. Ternyata, dakwaan Najib itu sekadar bebal yang menimbulkan rasa kurang selesa rakyat Malaysia terhadap sentimen perkauman yang seolah-olah sengaja dibakar.
Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) masih menjalar. Kekalahan memalukan beberapa tokoh popular BN samada daripada UMNO atau MCA dan lain-lain tidak dapat tidak perlu diterima sebagai adat bertanding dalam sebuah negara Demokrasi Berperlembagaan.
Namun, BN yang nampaknya tidak dapat menerima kemenangan tipis mereka ini masih tidak serik memainkan sentimen kaum. Sudah tentu yang menjadi mangsa adalah DAP.

DAP jadi mangsa…Siapa DAP?
DAP adalah parti untuk semua. Perjuangan DAP adalah dengan maksud murni melepasi batas kaum dan agama. DAP semakin diterima ramai, bermula daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak hingga segenap lapisan kaum di Semenanjung, DAP berjuang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
PRU-13 kali ini memperlihatkan tiga calon Melayu yang mewakili DAP menang di Bukit Bendera, Mentakab dan Raub. Ini yang tidak diwar-warkan media massa.
Rakyat Malaysia semakin waras, adakah menjadi satu kesalahan undang-undang apabila orang Cina menolak parti perkauman seperti MCA dan UMNO? Apalagi MCA terang-terang telah menghina Islam.
Adakah orang Melayu yang mengundi DAP wajar dikatakan pengkhianat sedangkan pemimpin UMNO yang berdosa menggadaikan tanah di kampung Melayu dibiarkan. Siapakah sebenarnya pengkhianat?
Adakah dengan beralihnya undi rakyat Malaysia khususnya pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat wajar dilabel sebagai ‘Tsunami Cina’ yang diapi-apikan seolah-olah masyarakat itu memusuhi Melayu? Walhal yang kalah ialah MCA, UMNO daripada BN.

‘Mahathir bapa perkauman’
Selain Najib, campur tangan Mahathir mengeluarkan kenyataan yang membakar sentimen perkauman amat dikesali. Persoalannya ialah, adakah benar sokongan padu masyarakat Cina memilih Pakatan Rakyat sebagai ‘Cina tolak salam persahabatan orang Melayu’?
Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang disegani, beliau sewajarnya mengukuhkan lagu persaudaraan sesama kaum. Pilihan raya adalah medan perang antara parti politik yang bertanding, bukannya medan pertempuran mana-mana kaum dengan kaum yang lain.
Bagaimana pula dengan sokongan padu masyarakat Cina terhadap calon Melayu dan India daripada PAS, PKR malah calon Melayu DAP sendiri? Andaian dangkal Mahathir sebenarnya akan menambahkan lagi beban BN apalagi tilikan beliau untuk menguburkan karier politik Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersasar jauh.

Dulu, Cina, Melayu dan India sokong kuat BN
BN gagal memahami mengapa pengundi khususnya di kalangan masyarakat Cina tidak memilih mereka. Kemenangan besar PR pada PRU-13 sudah pasti merupakan hasil kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan politik.
Kita juga tidak boleh menolak kekalahan teruk BN ini pada masa yang sama dipengaruhi kekecewaan, kesedihan dan kemarahan sebahagian besar rakyat yang muak dengan kegelojohan dan salah urus tadbir pemimpin BN. Rakyat tahu, cuma sebahagian mereka masih takut untuk berubah akibat mainan politik sentiment BN.
BN harus bermuhasabah kembali, mengapa sokongan yang diterima BN daripada masyarakat Cina sebelum tunami 2008 tidak dibangkitkan Najib? Malahan pihak oposisi sebelum itu tidak pernah menyentuh sokongan padu pengundi Melayu, Cina dan India kepada UMNO, MCA dan MIC sebagai satu ancaman terhadap mereka.
Sentimen perkauman yang dibuahkan Najib dan diapi-apikan Utusan Malaysia serta media arus perdana ini membuktikan betapa hipokritnya slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan. 1Malaysia Najib Razak sudah mati. Yang ada hanya 1UMNO, 1MCA dan 1MIC.
Najib tidak boleh bermain api kerana rakyat sudah bijak bermain internet. Utusan Malaysia harus diambil tindakan. Sedang rakyat Malaysia semakin bijak dan terbuka, taktik kotor BN memutar sentimen perkauman ini bakal membawa bala kepada BN sendiri.

– Roketkini.com
Seterusnya >>>

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.
Seterusnya >>>

Umno 2013 bakal alami nasib MCA 2008


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008. KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama. Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suatu tinjaun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).

Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.  

Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah.

Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancangan untuk membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti Giant, Aeon dan 99 Speedmart.

Faktor ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman.

Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.

Dari segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam. Contoh keadaan ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik murahan.

Bukan sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.

Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar ‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar ‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam.

Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.

Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpinan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysa, (Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang kian berleluasa dan semakin bahaya.

Ekoran skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.

Keadaan ini lebih jelas dengan rujukan dibuat kepada tinjauan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan, Merdeka Center yang memetakan peratus sokongan terhadap Najib semenjak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menter sehingga tahun 2013.

Graf 1 menunjukkan sejak April 2012, kepercayaan orang awam terhadap prestasi sebagai Perdana Menteri kian berkurang dan ini dibalas dengan peningkatan peratus dalam kadar tidak puas hati orang awam terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri. Penurunan kepercayaan kepada prestasi Najib bermula pada Disember 2011 di mana sokongan 71 peratus telah mengalami kejatuhan berterusan sehingga Januari 2013 di mana sokongan tersebut adalah sebanyak 61 peratus. Manakal perasaan tidak puas hati pula kian menunjukkan peningkata bermula Mei 2012 dari 23 peratus meningkat kepada 32 peratus pada Januari 2013.

PRU13 melihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia berdasarkan kelima-lima faktor yang telah disebutkan di atas. Kelima-lima faktor ini akan mempengaruhi keputusan PRU13 ini di mana ianya akan menjadi penentu hala tuju rakyat sama ada untuk memilih PR atau BN sebagai kerajaan baru untuk lima tahun akan datang. Dan mengikut maklumat di atas, peluang untuk PR memenangi PRU13 adalah lebih cerah daripada BN.
Seterusnya >>>

Pencalonan Zulkifli Noordin, Fathul Bari dikecam


PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin  dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.
Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama  Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang,  Perlis.
Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam  gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,”  kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.
Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan  dalam agama Hindu.
Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.
“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini.
“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa  tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.
As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas  tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.
Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen  dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.”

Seterusnya >>>

Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, Ulama tak winnable?


(Apakah ini penghormatan terakhir untuk ketiga-tiga sayap Umno ini....tunggu)

KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.

Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut.

Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.

Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.

Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.

Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.

“Ya. Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno. Bagi Umno, itu adalah luar biasa. Kini mereka terpaksa mencatur semula. Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya. Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

“Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor. Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih. Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka,” kata sumber itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut:

“Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.

"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding,” tegas beliau.

Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.

“Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.

"Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu?

"Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.

"Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir,” kata sumber Umno tersebut.

Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?

“Ada perjanjian,” kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut.
Seterusnya >>>

Umno heret Ops Daulat untuk kempen PRU

(Bendera Ops Daulat yang dinaikkan di Bukit Lada, Chenor)

MARAN: Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.

Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.

Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin , 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.

“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?

“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.

Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.

Ops Daulat ialah operasi pasukan keselamatan menggeledah dan menjejaki pengganas Sulu yang menceroboh kawasan di Lahad Datu, Sabah bulan lalu sehingga mengorbankan 8 prajurit negara dan berpuluh-puluh anggota mereka.

Sementara itu ketua keselamatan PAS Dun Chenor, Ahmad Jamal Azian , 44, berkata tindakan menaikkan bendera BN dengan Ops Daulat itu seolah-olah ada pihak yang mahu timbulkan suasana tegang dengan sentimen keselamatan.

“Apa maksud mereka naikkan bendera itu? Adakah mereka ingin mengatakan pembangkang itu seperti penceroboh Sulu? Adakah mereka mahu mengatakan menyokong BN itu syahid dunia seperti perajurit yang gugur? Apakah Ops Daulat itu sememangnya dirancang jadi modal PRU? Atau adakah mereka sekadar mahu menaikkan semangat pekerja pilihan raya Umno yg dilihat masih lena?

“Semua itu menimbulkan persoalan tetapi dilihat seolah-olah Umno sudah ketandusan isu sehingga sanggup mencemarkan perjuangan perwira negara di Lahad Datu,” katanya.

Sementara itu Penyelaras PAS Dun Chenor, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, tindakan Umno menyamakan kempen PRU 13 dengan Ops Daulat adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban dan tindakan menaikkan bendera itu amat tidak wajar.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat jika bendera tersebut terus dibiarkan.
Seterusnya >>>

PKR cabar Najib singkir 8 pemimpin Umno terlibat rasuah

Shahrizat-Abdul-Jalil-NFC

PETALING JAYA 12 MAC: KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan lapan pimpinan Umno yang terpalit skandal rasuah dan penyelewengan daripada senarai calon BN.
Mereka terlibat adalah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Turut tersenarai, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media berkata, penyingkiran tersebut akan membuktikan keikhlasan Najib selaku Pengerusi BN untuk mementingkan calon di kalangan pemimpin ‘bersih’.
“Nama-nama ini pernah memiliki rekod-rekod skandal rasuah harus digugurkan jika benar Najib mahukan calon bersih.
“Calon perlu dilihat bersih dan tidak tercemar, kerana semua mereka yang dinamakan itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Rafizi berkata, jika Najib tidak bersedia menggugurkan mereka, ia membuktikan Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan mampu menang, seperti diuar-uarkannya.
“Jika Najib masih menyenaraikan kelapan-lapan nama ini, bermakna Umno BN tidak pernah serius meletakkan calon, seperti mana yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008,” kata Rafizi. – NS
Seterusnya >>>

Peserta himpunan pro-BN lempar telur, kayu

ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11

Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN hari ini bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang ini.

Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.

Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar.

Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".

Tian menafikan dakwaan tersebut dan memulakan tindakan undang-undang ke atas penulis blog pro-Umno Papagomo yang menimbulkan dakwaan tersebut.

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu pada mulanya dilakukan pada jarak dianggarkan 50 meter dari ibu pejabat PKR.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke arah pejabat parti tersebut sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan membawa poster dengan slogan "Anwar Ibrahim Dalang Lahad Datu".

Gerombolan berkenaan secara tiba-tiba seterusnya meluru ke arah enam orang penyokong PKR yang berdiri di luar premis yang berkunci itu.

Mereka melemparkan telur, kayu, sebuah kotak dan juga satu kon trafik – ada di antaranya disasarkan ke arah bangunan dan ada juga ke arah penyokong PKR – namun tidak menyebabkan kecederaan.
Seterusnya >>>

Umno hadapi perang dengan jeneral tempang

Umno hadapi perang dengan jeneral tempang Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang.
Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka.
Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat.
Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka.
Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru.
Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo.
Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat.
Pemuda lumpuh
Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak.
Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi.
"Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis.
Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.
Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung.
Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan.
Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy.
Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing.
"Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy.
"Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir).
"Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu.
Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat.
Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti.
Azalina
Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada.
Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan.
Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina.
"Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini.
Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia.
Namun manusia ini sama saja. Ia lebih mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri.
Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib.
Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN.
"Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya.
Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja.
Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya.
Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini.
Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi.
Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional.
Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib.
TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara.
Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka.
Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno.
Seterusnya >>>

Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya

azmizam

SHAH ALAM 26 FEB : Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keadaan ini dilihat tindakan terdesak dari Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi BN, sehingga terpaksa turun bagi menyuntik semangat kepada jentera mereka yang kian lesu.
“AMK Selangor menyatakan bahawa tidak akan sama sekali gentar untuk bertarung dalam Pilihanraya Umum ke 13 dan perlantikan Najib Razak.
“Ia cuma mendedahkan lagi kepincangan kepimpinan Umno-BN yang terus menerus buntu menghadapi kemaraan rakyat yang bakal menolak mereka buat penggal kedua berturut-turut,” kata Azmizam dalam kenyataan medianya.
Tegas beliau, AMK Selangor turut mempersoalkan bahawa Umno-BN tidak mempunyai calon Menteri Besar untuk negeri itu.
“Apakah yang terlalu dicemaskan oleh Najib Razak dengan tindakan ke belakang beliau dengan bersetuju menjadi pengarah pilihan raya negeri sahaja.
“Apakah Najib Razak bimbang sabotaj dari dalam yang akan menjerat hayat politik beliau dalam Umno sekiranya beliau gagal memimpin BN untuk sekurang-kurangnya bertahan di Putrajaya,” soal beliau.
Ujarnya, sekiranya Najib Razak dan Datuk Seri Mohamed Zin merasakan perkara ini akan menggetarkan anak muda AMK , ternyata telahan itu sama sekali adalah silap.
“AMK Selangor akan melangkah teguh memimpin jentera anak muda untuk memastikan segala strategi Najib Razak dipatahkan demi mempertahankan negeri ini,” katanya.
Seterusnya >>>

Cuba gagalkan MB agih geran kepada peneroka


GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir hari ini.


Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.

Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.

Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.

Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.

Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.

Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.

Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.
Seterusnya >>>

Umno ApaLagi?

DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dilema yang sedang menghantui UMNO-BN membuatkan mereka hilang arah dalam rangka politik buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang sering mereka putarkan.
Di sebalik sensasi isu kalimah Allah yang dimomok-momokkan, dalam kekecohan Perkasa yang konon mahu membakar Bible versi bahasa Melayu, dua tokoh politik negara, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bertemu dalam suasana penuh mesra memberi renjatan mengejutkan UMNO-BN.
Apalagi, ia bukanlah pertemuan formal di pentas ceramah. Malahan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut hari lahir beliau ke-82 di rumah Pengerusi DAP itu.
Mungkin hasil pertemuan ini polemik isu kalimah Allah yang dicipta balaci dan propagandis UMNO-BN terbantut tidak sampai klimaksnya.
Ada yang kata PAS dah lain. Ada yang kata DAP pun dah lain. “Dulu bujang sekarang dah kahwin,” sindir seorang teman UMNO. Lebih ekstrim, ada juga pencacai UMNO menuduh yang bukan-bukan, “Tengok, ini bukti PAS barua DAP.”
Sudah tentu orang yang melabel ‘barua’ bagi pertemuan dua tokoh utama oposisi ini cetek akal.
Ia sama dangkal kalau kita menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi barua kepada Kristian apabila beliau mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom, pada 18 Julai 2011.
Apapun persepsi yang tercipta dengan pertemuan bersejarah dua tokoh yang sering dilaga-lagakan itu, ia telah mengukir satu lembaran baru ukhwah yang terpahat di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Bila mana seorang pemerintah Kristian, Raja Najashi yang memerintah Habsyah memberi suaka politik kepada sekumpulan umat Islam yang memohon perlindungannya, ia telah memulakan satu era baru dalam sejarah awal ketamadunan Islam dan menggambarkan ketinggian sifat manusiawi. Ini yang UMNO-BN cemburui.
Dominasi UMNO terhadap parti gabungan di bawah BN seperti MCA dan MIC jauh bezanya dengan amalan PR. Amalan jahiliah ‘dominasi’ UMNO ini sudah tak terbendung lagi sehingga melingkupkan ekonomi negara. Sebab itulah banyak benda yang tak mampu dijawab Najib sendiri.
PR menjunjung prinsip hak untuk berbeza pendapat, bekerjasama memartabatkan rakyat. Sudah tentu ia tidak lari daripada acuan demokrasi. Yang pasti, UMNO gagal memperbodohkan rakyat Malaysia. Kesedaran dan sensitiviti di kalangan kita semakin kukuh. Jadi, UMNO apa lagi?

-Roketkini.com
Seterusnya >>>

Memerangi zombie: Satu perjuangan melawan UMNO


PILIHAN raya sudah terlalu hampir. Kehangatan nafasnya sudah boleh dirasa di balik tengkuk. Najib Razak sudah tidak punya banyak pilihan. Badan legislatif Negeri Sembilan bakal terbubar secara automatik pada 28 Mac nanti. Mustahil Najib Razak mahu negeri yang hampir ditawan Pakatan Rakyat pada PRU-12 melalui pilihan raya sendirian.
Najib mesti bubar Parlimen sekitar tarikh itu juga. Tidak kiralah apa pun yang terjadi atau apa pun tilikan ahli nujum Putrajaya; Najib Razak sudah tidak punya banyak alasan.
Namun apalah sangat yang kita nantikan untuk mula berkempen. Barisan Nasional (BN) pimpinan United Malays National Organisation hari demi hari berkempen di kaca televisyen dan surat khabar. Kalau itu tidak dipanggil kempen, takkan nak dipanggil iklan cucur pisang?
Untungnya Pakatan Rakyat ini bukanlah sangat kerana ia mencuba untuk menjadi koalisi politik yang tulus dan telus berkhidmat untuk rakyat; tetapi untungnya Pakatan ini ialah kerana lawannya tidaklah begitu cerdik. Tak adil untuk kita merasakan bahawa kita ini bagus sangat.
Cuma UMNO ini yang amat tidak bagus. Mungkin ada orang UMNO yang bagus tapi rata-rata pemimpin dan kroni kapitalis mereka memang sah tak bagus. Kegagalan terbaru bagi kolektif parti etnosentrik ini pastilah dapat dilihat dalam kempen ucapan tahun barunya yang kini memperlihatkan betapa sakit dan nazaknya BN ini.

Memerangi zombie
BN harus pertamanya difahami sebagai parti politik yang jahat. Kenapa jahat? Kerana ia sudah puluhan tahun berkuasa dan mahu terus berkuasa serta sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kuasanya. Antara lain termasuk menyenaraikan hantu di dalam senarai daftar pemilih.
Isu pengundi hantu ini kalau dibukukan setiap satunya, barangkali boleh dibuat antologi cerita hantu yang boleh dijual. Mujur tuan punya hantu juga tidak begitu cerdik dan bertindak menghantar kad ucapan kepada hantunya. Mudah bagi pihak lawan mencari dan memerangi hantu terbabit.
Barangkali tidak sabar-sabar lagi mahu berinteraksi dengan pengundi, BN telah mula menghantar kad ucapan kepada pengundi di Selangor. Setakat ini belum ada lagi kad yang dihantar kepada negeri lain.
Pendedahan kewujudan ‘zombie Bukit Gasing’ minggu lalu pastinya membuka mata ramai orang. Mana mungkin dalam satu rumah yang tak pernah disewakan atau dihuni orang lain boleh berdaftar sampai puluhan manusia yang tidak dikenali tuan rumah. Di mana mereka sembunyi? Bawah katil? Dalam almari kasut? Mana?
Maka zombie-zombie yang muncul ini mesti diperangi menjelang PRU-13 yang sudah semakin hampir itu. Kenali zombie-zombie ini. Kalau nampak mukanya itu tak semacam warganegara, tahan dia dan suruh dia menyanyi lagu Negaraku. Masanya sudah tiba untuk zombie dan hantu ini semua diperangi habis-habisan.
Lapan minggu sahaja lagi sebelum DUN Negeri Sembilan terbubar secara otomatis. Anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, adakah anda sudah bersedia?

– Roketkini.com
Seterusnya >>>

Umno jadi mangsa kejayaan sendiri : Profesor UM


PUTRAJAYA - Umno, yang telah menyumbang kepada pembangunan nasional sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih dekad lalu,  turut menjadi mangsa kepada kejayaannya sendiri dalam perkembangan politik tanah air.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, dengan berkurangnya kebergantungan rakyat kepada parti itu, Umno bukan hanya terpaksa berhadapan dengan parti pembangkang, tetapi juga terpaksa 'bertembung' dengan komponen BN.

"Umno juga terpaksa berurusan dengan parti-parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"'Alignment' politik yang diwujudkan sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tidak setakat membuka ruang dan peluang kepada penyertaan untuk memudahkan mobilisasi rakyat," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Lanskap Politik Malaysia Selepas PRU12 dan Menjelang Tahun 2020 di sini, hari ini.

Beliau membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Isu-isu Malaysia Menjelang 2020.

Seminar ini diadakan di sebalik desas-desus PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, dipercayai akhir Mac.

Kata Mohamad, kesan daripada 'alignment' politik itu turut telah melonggarkan perikatan dalam BN sekali gus mendedahkannya kepada agenda tarik-tali antara satu sama lain.

Beliau menjelaskan, parti-parti yang menjadi komponen dalam gabungan itu kini mempunyai 'leverage' yang bertambah, semakin sukar didamaikan dengan "sorotan dan sogokan seperti Umno lama."

Beliau menambah, Umno yang lemah telah menjadi parti dominasi BN itu relevan kepada golongan ini.

Sementara itu, beliau menambah, kebebasan bersuara yang dipupuk media alternatif dan pengaruh globalisasi semasa turut pengaruhi keadaan semasa.

"Peranan dua perkara itu turut memperkasakan perjuangan media massa untuk menuntut apa sahaja dalam keadaan semasa.

"Generasi baru dari pelbagai latar belakang etnik menjadi pemain penting dalam kebangkitan ini," jelasnya.

Ujarnya, generasi baru yang tidak terikat kepada sejarah dan tidak tertekan oleh ancaman luar dilihat lebih yakin mengharungi masa depan disebabkan pencapaian ekonomi di beberapa tahun kebelakangan ini.
Seterusnya >>>

Kuasa Melayu tetap kekal tanpa UMNO


JOHOR BAHRU, 19 JAN: Dengan majoriti orang Melayu di negara ini melebihi 60 peratus, walaupun tanpa UMNO, orang Melayu tidak mungkin akan kehilangan kuasa kerana ada parti politik lain yang boleh mengambil alih pemerintahan negara.
Ia diperkukuhkan dengan struktur demografi dan politik Malaysia yang berpaksikan demokrasi berparlimen dan berpegang pada konsep rakyat adalah tuan manakala wakil rakyat dipilih oleh rakyat.
Demikian antara kesimpulan yang dirumus dalam Wacana Roketkini.com berjudul “Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?” yang diadakan di Hotel Good Hope, Skudai, Johor yang membariskan ahli panel terdiri daripada Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Ariffin Omar; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Zairil Khir Johari dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Tajuddin Rasdi dan Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator.
Dr Ariffin berkata, dakwaan orang Melayu akan hilang kuasa hanya ditakutkan dengan fantasi yang dicipta untuk kepentingan UMNO-Barisan Nasional (BN) kerana jika DAP menjadi parti yang mendominasi sekalipun, ia ‘tidak akan berani’ mengabaikan orang Melayu.
“Hakikatnya DAP juga terpaksa bergantung kepada orang Melayu bagi membolehkan ia menang dalam pilihan raya.
“Apa yang berlaku selama ini adalah satu persepsi negatif yang diambil daripada sejarah apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia ketika itu. Sebab itu orang anggap DAP sebagai parti Cina,” katanya.
Tambah beliau, apa yang boleh menghilangkan kuasa Melayu ialah UMNO sendiri mengambil contoh pertembungan UMNO dengan raja-raja Melayu, gejala rasuah dan penyelewengan harta negara dan sebagainya.
“Mereka (UMNO) paling lama memerintah. Mereka juga yang merosakkan negara ini, rosakkan perlembagaan, merosakkan orang Melayu itu sendiri,” jelas Dr Ariffin yang juga Ahli Dewan Negara.
Prof Dr Tajuddin pula berkata, perkara pokok bukan isu ‘kuasa’ Melayu atau tidak kerana negara adalah milik semua rakyat Malaysia dan yang penting adalah penekanan terhadap kepentingan tanggungjawab moral dan masyarakat.
“Sistem yang ada sekarang jelas. Kerajaan yang ada adalah kerajaan oleh rakyat, untuk rakyat. Kita boleh naikkan sesuatu kerajaan, kita juga boleh menjatuhkannya melalui undi.
“Masalahnya apabila kita jahil, kita tidak tahu mengenai sistem yang diamalkan. Macam mana kita nak hilang kuasa kalau kita tahu di mana tempat kita dalam demokrasi?” katanya.
Melayu sebenarnya ditindas UMNO
Sambil menempelak dakwaan jahat bahawa DAP menindas orang Melayu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Zairil Khir Johari sebaliknya memberi contoh pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang  yang terbukti membela Melayu.
“Kita tidak nafi memang ada orang Melayu di Pulau Pinang yang miskin. Ia bukan baru lima tahun, dah lama mereka miskin sejak di bawah pemerintahan kerajaan BN lagi. Soalnya, apa yang BN buat selama memerintah negeri itu.
“Sekarang, antara usaha yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang lakukan ialah membela bukan saja orang Melayu tetapi siapa saja yang miskin dan tidak terbela. Kini, Pulau Pinang adalah negeri pertama berjaya membasi kemiskinan tegar,” jelasnya.
Selain itu, mulai tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengeluarkan status mana-mana keluarga miskin negeri itu dengan menambah pendapatan mereka terkeluar daripada garis kemiskinan.
“Kerajaan negeri akan menambahkan pendapatan setiap keluarga miskin supaya menjadikan pendapatan mereka sekurang-kurangnya RM770 sebulan,” tambah Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.
Beliau berharap rakyat Malaysia berhati-hati dengan maklumat yang disampaikan media arus perdana kawalan BN kerana telah banyak membuat laporan yang tidak benar dan tepat terhadap parti atau negeri.

– Roketkini.com
Seterusnya >>>

Ada juga jerung yang tidak punya masalah.

SUARA Wanita 1Malaysia, ringkasnya (SW1M) pastinya akan dipertanggungjawabkan kerana telah melahirkan kesedaran di kalangan golongan atas pagar untuk menolak United Malays National Organisation dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang semakin dekat tarikh hari jadinya.
Sudah masuk empat hari dan jenaka #listen masih lagi menjadi bualan ramai. Mujur videonya itu tidak ada babak menari ala Gangnam. Jika tidak, barangkali populariti Sharifah Zohra Jabeen akan melonjak naik hatta mendapat tawaran berlakon atau mungkin dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO. Ya lah, Ketua Wanita yang dahulu hanya prihatin kepada lembu. Si Zohra Jabeen ini bukan sahaja pedulikan lembu, tetapi juga haiwan lain yang menanggung pelbagai masalah. Termasuk ikan jerung.
Menurut Zohra Jabeen, jerunglah haiwan paling sengsara di atas muka bumi ini kerana diburu untuk siripnya yang dibuat sup. Sebagai nota pinggir, saya sarankan tuan-tuan janganlah makan sup sirip ikan yu (jerung) menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Kasihan ikan jerung tersebut.
Namun kita tidak patut merasa kasihan dengan jerung lain yang tidak sangat bermasalah, malah hidup aman sentosa sebagai kroni UMNO. Jerung ini mandiri dalam UMNO sebagai konco-konco pemerintah yang sentiasa mengalirkan projek dan dana kepada mereka untuk terus mengisi tembolok sendiri di kala rakyat ramainya miskin melarat dan hidup dalam kesusahan serta dibebani hutang.
Namun jerung-jerung UMNO tiadalah peduli akan susah senang rakyat jelata, kerana menurut Zohra Jabeen, haiwan pun ada masalah.
Tidak payah peduli dengan krisis air yang menjadi senjata ampuh UMNO untuk menekan warga Selangor dan Kuala Lumpur hanya demi memperkayakan kroninya yang mengawal urusan jual beli air. Dasar jerung.
Jerung UMNO mahu kita semua berada di bawah rantaian makanan, supaya dia boleh ‘ngap’ kita bila-bila masa, termasuk dengan mengganggu bekalan air sambil selamba berkata bahawa masalah yang ia cetuskan itu boleh diselesaikan jika UMNO dan BN diberi mandat untuk ke sekian kalinya. Eh? Mestikah tunggu pilihan raya baru mahu selesaikan masalah air yang puncanya datang dari Tuhan?
Bagi UMNO dan para pengikutnya, penyelesaian untuk setiap masalah terletak pada mengekalkan kuasa UMNO. Ini boleh difahami dengan mudah kerana memang dialah punca masalah. Dari dialah masalah datang, dan kepada dialah masalah kembali. Kalau tidak suka, boleh keluar dari Malaysia. Mudah betul.
Mentaliti beginilah yang melahirkan bukan sahaja satu malah ribuan lagi Sharifah Zohra yang mempunyai kapasiti intelek sebesar hama.
Masanya telah tiba untuk lawan pembodohan. Masa telah tiba untuk bangkit dan lawan.

– Roketkini.com
Seterusnya >>>