Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum


KUALA LUMPUR : Majoriti rakyat Malaysia daripada kalangan Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban menolak politik ketakutan dan kebencian Barisan Nasional (BN), tetapi pemimpin UMNO masih terus mencetuskan kebencian kaum terhadap orang bukan Melayu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hari ini calon BN yang kalah di Shah Alam, Zulkifli Nordin pula berbohong kononnya DAP mahukan Melayu mati dan menuduh Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, sedangkan ketika itu Kit Siang berada di Sabah.
Katanya, kenyataan pemimpin UMNO itu ternyata menimbulkan kemarahan bukan saja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Pada ulangtahun ke-44 tragedi rusuhan 13 Mei 1969, rakyat Malaysia diingatkan bagaimana mereka membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan menolak perkauman BN dan UMNO. 51% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan menolak BN dan UMNO, diperlihatkan daripada akhbar UMNO, Utusan Malaysia untuk menyambut 13 Mei sebagai ‘hari suci’, seolah-olah mahu meraikan kematian ratusan malah mungkin ribuan rakyat Malaysia yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, selain itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Datuk Mohd Noor Abdullah juga mengugut masyarakat Cina supaya bersedia untuk tindak balas masyarakat Melayu kerana ‘pengkhianatan’ mereka pada PRU-13 lalu.
Katanya, Mohd Noor pasti merujuk kepada tindak balas Melayu UMNO dan bukan Melayu yang mengundi DAP dan Pakatan Rakyat.
“Bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap kenyataan Datuk Mohd Noor itu sebagai ‘memalukan Klu Klux Klan (KKK) yang membanggakan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler’. KKK adalah sebuah pertubuhan haram ultra-kulit putih yang menindas orang kulit hitam dan Hitler adalah rasis paling agung dalam sejarah dunia.
“Anwar berjanji Pakatan Rakyat akan memperlihatkan perbezaan yang jelas berbanding UMNO dengan tidak menyebarkan perbalahan kaum tetapi menyebarkan kedamaian dan rasa hormat sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.
Menurutnya, bolehkah Datuk Mohd Noor membuktikan tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu.
Beliau berkata, apa yang Mohd Noor sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lakukan bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin.
“Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, suatu siasatan penuh pasti akan dilakukan dan memaksa mereka yang ‘menelan’ RM52 bilion itu membayar balik kepada rakyat Melayu dan Bumiputera miskin. Sama juga, RM3 bilion yang dicuri daripada masyarakat India dan RM14 bilion daripada masyarakat Cina mesti dikembalikan,” katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenar siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah ialah mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorok kegagalan mereka.
Katanya, kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir mengenai Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion dan tidak mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan SPRM serta mencabar dan menyerang SPRM yang disebutnya sebagai tidak jujur dan ‘nakal’.
“Bagi seorang Ketua Menteri Sarawak, tindakan beliau yang enggan bekerjasama dengan SPRM mengenai tuduhan rasuah adalah satu pelanggaran serius terhadap tugas dan tanggungjawab.
“Mengikut Sekseyn 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan bekerjasama dengan SPRM apabila seseorang disiasat adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagaimanapun SPRM gagal bertindak terhadap Abdul Taib tanpa sebarang protes daripada seorang bekas hakim seperti Datuk Mohd Noor,” ujarnya.
Menurut beliau, mampukah UMNO membuktikan ciri 1Malaysia dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan mengugut masyarakat Cina supaya bersedia menerima tindak balas daripada Melayu UMNO.
Katanya, jika UMNO gagal berbuat demikian, UMNO tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya kerana kejatuhan merudum dua parti komponen BN itu pada PRU-13 lalu.

- Roketkini.com

1 comment :

  1. jangan terpedaya dengan teknik puak omno ni bila lemah mula gelabah cakap pun macam orang baru baik sakit tak berapa nak betoi .dulu tak da parti yang mampu bagi saingan kini sudah ada. tak pernah hidup ada pesaing yang hebat bila jumpa tu macam orang gila gila - kesian lambat nak terima perubahan masa .asyik nak main tektik lama juga.hidup ini bukan kita tengok orang lain buat perubahan aja tapi kita kena jadi sebahagian dari ajen perubahan itu.setiap hari kita lawan meredah arus perubahan zaman.Allahuakbar.

    ReplyDelete