Isyarat yang sangat jelas apabila menyaksikan himpunan rakyat
menentang penipuan dalam PRU yang lalu di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan
Ipoh, ialah majoriti yang hadir adalah pengundi muda pelbagai kaum dan
pengundi bandar yang juga pelbagai kaum.
Himpunan yang dinamakan Himpunan Black 505 – seterusnya akan diadakan
dari negeri ke negeri, seluruh negara mencerminkan kemarahan rakyat
terhadap pelbagai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU baru-baru ini.
Namun kebangkitan rakyat ini kelihatan berdepan dengan golongan rasis
yang mengapi-apikan semangat perkauman dari pelbagai pihak yang dapat
disimpulkan bahawa mereka dari golongan yang sangat kecewa dengan
prestasi lemah Umno/BN.
Mengenai golongan perkauman ini, saya memetik pandangan Dr. Asri
Zainal Abidin dalam tulisannya di Sinar Harian baru-baru ini yang
menentang semangat rasis ini.
Katanya, tindakan
sesetengah pihak mengapi-apikan
isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyah yang
diharamkan syarak. Tindakan ini kata beliau, boleh mengundang kemusnahan
masyarakat dan negara terutama negara '
multiracial' seperti Malaysia ini.
Kerana, katanya, sikap ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan
penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. “Lantas akan
menimbulkan ketegangan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran,
sebaliknya atas '
prejudice' perkauman,” kataya.
Dr. Asri menyebut, antara perkara yang ditentang oleh Nabi
Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang
menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran
dan keadilan.
Islam, kata Dr.Asri, adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi
dan keadilan Islam itu merentasi perbezaan pemikiran dan agama.
Sebenarnya pandangan para ilmua agama sudah lama didengar bagaimana
Islam menentang fahaman perkauman, namun fahaman jahiliyah ini masih
juga berkembang. Maka menjelang PRU yang lalu dan sesudahnya, suara
perkauman terus kedengaran dan dihembus dengan kerasnya lagi oleh media
yang mendukung fahaman itu.
Oleh itu, kebangkitan rakyat – terutama rakyat bandar dan generasi
muda – yang berlaku sekarang akan terus berdepan dengan golongan rasis
ini, namun golongan perkauman ini, akan dapat dikalahkan.
Kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya kemenangan besar DAP bukan
semata-mata undi Cina, bahkan undi Melayu juga. Umpanya kemenangan
pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah, Lim Guan Eng di Pulau
Pinang dan calon DAP di tempat lain bukan semata-mata kerana undi Cina,
tetapi juga undi pelbagai kaum.
Begitu juga kekalahan calon BN, Ali Rustam di Bukit Katil di tangan
calon PKR, bukan semata-mata kerana penolakan undi Cina di situ, tetapi
juga penolakan pengundi Melayu yang ramai di kawasan itu.
Ada puluhan contoh lagi di mana ramai pengundi Melayu bandar dan semi
bandar menolak calon BN, di samping pengundi Cina yang secara
besar-besara menolak calon BN sama ada calon BN itu Melayu, Cina atau
India. Pengundi bandar dan semi bandar serta pengundi generasi pemuda
sudah jelas menolak calon BN bukan kerana bangsa atau keturunan, tetapi
kerana BN dipenuhi rasuah, nepotisme, penyelewengan dan lain-lain.
Jelaslah keputusan PRU ke-13 itu tidak memihak kepada Barisan
Nasioal, walaupun ia menang tipis, bukan kerana perkauman, tetapi
hal-hal yang sudah diketahui umum.
Oleh itu sentimen perkauman itu cuba disemarakkan oleh golongan
berkepentingan justeru mereka ini tidak mampu menerima hakikat sebenar.
Sebenarnya, api perkauman ini tidak mudah padam kerana ia akan terus
dinyalakan oleh pihak berkepentingan, walaupun sikap mereka ini
ditentang oleh Islam. Oleh itu golongan pengundi muda dan pengundi
Melayu bandar yang kini sedang bangkit ini akan terus berdepan dengan
golongan rasis ini.
Hari-hari mendatang, semakin hangat sambutan terhadap kebangkitan
rakyat, semakin besar ‘kemurkaan’ golongan ini. Namun saya sekali lagi
yakin golongan tersebut akan hanyut bersama sampah saraf sejarah.
Oleh itu, saya percaya bahawa negara ini yang rakyatnya berbilang
kaum dan agama, yang selama ini hidup dengan harmoni, tidak akan menjadi
sebuah negara rasis dan diktator seperti negara German di zaman Adolf
Hitler.
Saya juga yakin, tidak akan wujud di negara ini kumpulan samseng dan rasis seperti
Klu Klux Klan yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat sendiri selepas perang saudara di negara itu dulu, semata-mata untuk mempertahankan
supremacy kulit putih yang anti pendatang dengan melakukan tindaka keganasan.
Sementara kita menyaksikan terus kebangkitan rakyat, terutama
pengundi muda dan pengundi bandar, kita mendengar berita bahawa Pakatan
Rakyat sedang menyiasat 27 kes keputusan pilihanraya peringkat parlimen
yang dimenangi oleh BN di mana ada laporan mendakwa ada berlaku
penipuan.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa
penyiasat itu berkata, pihaknya telah menerima 237 aduan dari pelbagai
pihak mengenai apa yang terjadi dalam PRU yang lalu itu.
Menurut beliau, 27 kerusi parlime yang akan disasat ialah
Bentong,
Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang,
Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort,
Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Bharu, Pulai,
Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok,
Pensiangan and Saratok.
Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kes-kes ini akan menang
ketika di bawa ke mahkamah nanti. Ini adalah perjuangan yang panjang.
0 Komen pengunjong :