IPOH 13 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak
bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah kerana
mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina kaum lain.
Mohd Noor semalam dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak
lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula
masyarakat, ekoran keputusan Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Katanya, ini kerana orang Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
Anwar berkata, kenyataan Mohd Noor itu rasis apabila membangkitkan isu perkauman dan mengheret kebencian antara kaum.
“Cuba
saudara bayangkan, hari ini 2013, masih ada bekas hakim perkakas Umno,
namanya Mohd Noor buat kenyataan begitu rasis,” kata Anwar depan 50,000
rakyat pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13
di Ipoh, Perak malam tadi.
Katanya, penyakit perkauman sempit ini menjadi nadi dan fahaman dalam
Umno, dan sebab itulah Umno harus dihumban dari negara ini.
“Ini bukan soal parti, bukan soal KEADILAN, DAP atau PAS. Ini bukan
soal tokoh, bukan soal marah kita kerana pilihan raya tipu, ini soal
menyelamatkan negara Malaysia yang tercinta dari perasuah dan pengamal
perkauman.
“Saya Melayu, saya orang Islam, saya bangga dengan budaya saya dan
saya amalkan agama saya, tetapi saya tidak pernah mengajak dan
menganjurkan supaya anak-anak dan keluarga kita menghina kaum lain,”
kata Anwar.
“Bangun dan selamatkanlah negara kita. Kita mesti ada pemimpin yang
berani. Berani mengatakan ya saya seorang Melayu tetapi saya tetap
pertahankan hak tiap rakyat negara kita pelbagai kaum dan agama, baru
boleh pimpin negara ini,” tegasnya lagi.
Tambahnya, tiada salah semua masyarakat berbilang kaum di negara ini
mengangkat dan menyanjungi di antara satu sama lain tanpa mengira agama
dan bangsa.
“Bila Umno BN kalah (undi popular), apa Najib (Razak) kata? ‘Tsunami
Cina’. Apa salah kalau Cina pertahan dan sokong keadilan, sokong hak
asasi, sokong negara yang bersih dari rasuah.
“Apa salah kita angkat Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri yang
rekodnya baik dari segi ekonomi, berperibadi baik serta tidak rasuah dan
bersih. Saya juga sokong Guan Eng,” kata Anwar.
“Apa salah untuk orang Cina memuliakan seorang tokoh besar seperti
Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) kerana peribadinya, kecemerlangannya,
akhlaknya, moral dan integritinya, serta prinsipnya mempertahankan hak
semua rakyat dan memuliakan Islam. Apa salah orang Cina angkat dan
muliakan Nik Aziz,” katanya disambut tepukan gemuruh.
tak de modal nak cakap keluarlah ungkapan lama pertahankan hak melayu dah puluh tahun dah apa yang ditahan.bila nampak sokongan kuncup mula gugup.ada syarat ke dalam pru orang mesti sokong kita
ReplyDeleteini pru acuan apa -tak sokong musuh sokong kalu kawan .kuno sungguh otak manusia ni